15

524 12 1
                                    

"Aku terima nikahnya Iffat Atilia binti Rahman dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai,"

"Sah?"

"Sah,"

Tangan dipanjatkan meminta doa. Dengan sekali lafaz, aku sah bergelar isteri kepada Ikram Adri. Lelaki pertama yang aku cinta.

Usai Ikram menunaikan solat sunat, dia datang duduk disampingku. Satu kotak baldu merah dibuka. Cincin dibawa keluar lalu tanganku dicapai.

Ikram menyarungkan cincin itu padaku. Bermacam-macam gaya kami lakukan semasa sesi bergambar.

"Pengantin lelaki tu, cuba senyum sikit. Keruh aje muka tu. Macam kena kahwin paksa pula," gurau jurugambar dihadapan kami.

Tetamu yang ada disitu tertawa. Namun, tawa mereka sedikit pun tidak menyedapkan hati aku.

_______________

"Awak pergilah mandi dulu. Lama saya nak buka tudung ni. Banyak sangat pin," kataku pada Ikram yang sedang duduk di atas katil. Dia sedang menatap telefonnya lalu mengangkat wajah untul memandang aku.

"Okay. Jangan lupa, kejap lagi kita nak pergi rumah umi," balasnya. Aku mengangguk.

Jarum yang tersemat dikepala dan bahu aku bawa keluar satu per satu. Susah betul! Sampai tercucuk jarum-jarum itu pada jari aku.

Mahu minta tolong Ikram, dia sedang mandi pula. Tudung pun hampir siap dibuka.

Tudung yang siap dibuka aku masukkan ke dalam bakul kain yang terletak di hujung bilik ini. Bilik Ikram. Kami bakal menetap di kondominium milik Ikram mulai hari ini.

Teringat pula kejadian petang tadi sebelum aku dan Ikram memulakan perjalan ke sini. Berlakunya drama air mata antara aku dan mak.

"Sudahlah tu, Timah. Anak awak ikut suami dia aje. Nanti baliklah. Awak menangis macam anak awak nak duduk dekat hujung dunia," kata abah.

"Anak kita dah kahwin bang. Lepas ni, ikut suami selalu. Tak duduk dengan kita," kata mak. Pipiku dikucup bertalu-talu.

"Ikram, jaga anak mak baik-baik ya. Mak percayakan kamu," pesan mak.

"Betul tu, Ikram. Abah cuma nak pesan satu pada kamu. Andai kata kamu tak mahukan anak abah lagi, pulangkan semula dia pada abah dengan cara yang baik. Abah tak marah. Abah percaya pada ajal, maut dan jodoh, semuanya di tangan Tuhan," pesan abah pula.

"Abah...kenapa cakap macam tu?" soalku lalu menghamburkan tangisan di dada abah. Sedih kerana mendengar ayat menusuk kalbu dari abah.

"Baik, mak, abah. Ikram akan cuba jadi suami yang baik," kata Ikram.

Kring Kring!

Telefon Ikram yang dari tadi berbunyi mematikan ingatanku tentang kejadian tadi. Aku segera menghampiri telefon milik suamiku itu.

Sweetheart♥️
- Macam mana? Seronok dapat kahwin dengan Iffat tu? You dah lupa I ke sayang? I merajuk pun you tak kisah. Boleh kahwin lagi dengan perempuan tu. I lagi cantiklah! Apa yang you pandang dekat dia?

Siapa Sweetheart ni? Jantung aku sudah berdetak laju. Pintu bilik air yang masih tertutup dengan bunyi jirusan air aku pandang seketika sebelum kembali menatap skrin telefon Ikram.

Aku cuba membuka telefon itu. Sayang sekali, ada password. Apa password dia ya?

140593

Aku cuba menekan tarikh lahir Ikram dan...telefeon itu terbuka. Mesej yang dihantar oleh Sweetheary tadi aku ketik.

Tergamam aku saat melihat gambar profil Sweetheart. Naira...

Ikram
-Kejap aje sayang. Lepas I jujur dengan dia, I ceraikan dia terus. Nanti kita proceed dengan wedding kita

Mesej itu adalah mesej yang dihantar Ikram pagi tadi pada jam 10.30 pagi. Bermakna sebelum kami dinikahkan. Mesej-mesej itu aku selongkar sehingga ke mesej paling awal.

16 Ogos 2022

Dang!

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now