SPECIAL CHAPTER 2

801 20 1
                                        

"Don't worry, sayang. And please, don't think too much. Tak ada rezeki kita," pujuk Hazzar di yang sedang memandu. Aku mengangguk.

Kami pulang dari klinik tanpa membawa sebarang berita gembira. Aku tidak hamil. Kata doktor, simptom yang aku alamai cuma berkait emosi sahaja.

"Abang, Iffat rasa teringin sangat nak makan pisang goreng cheese. Boleh tak kita stop kejap dekat gerai mana-mana?" soalku. Sudah dua minggu aku teringat akan makanan itu.

"Okay. Anything for you, sayang," Hazzar mengenyit mata.

Pelik juga aku kadang-kadang. Aku sering mengidam untuk makan macam-macam juadah. Tapi, doktor kata aku tidak hamil. Namun, melihatkan simptom-simptomnya, sama seperti ibu hamil. Tak datang bulan, cepat penat, sentiasa mengidam, sakit dada dan macam -macam lagi.

Argh! Mungkin itu semua cuma petanda yang aku bakal datang bulan, mungkin? Aku tidak mahu berharap apatah lagi bila doktor mengesahkan aku tidak hamil.

___________________

"Sayyid, kenapa meragam teruk sangat ni? Sayang mama nak apa lagi? Mama dah suap makanan dah susu dah. Lapar lagi ke?" soalku sambil menggendong tubuh montel Sayyid. Jujurnya, tak terlarat aku mahu mendukung Sayyid. Baru berusia dua tahun, namun tubuhnya agak besar. Sama seperti abang-abangnya.

Kata mak, mungkin anak-anakku mengikut genetik ayah mereka. Lihat sahaja dari umi, walid, Hazzar dan adik-adiknya. Mereka semua tinggi-tinggi belaka. Yang lelaki pula bertubuh sasa. Aslan dan Qaiser yang sudah berusia lapan tahun pula, tinggi sudah seperti kanak-kanak yang berusia 11-12 tahun.

"Sayang mama, kenapa ni? Cakap dekat mama, kenapa? Mama risau sayang... " aku memujuk Sayyid yang masih lagi dengan tangisnya.

"Maaa..... maa.... Papa...." tangis Sayyid.

"Iya sayang... kejap papa balik ya? Sayyid jangan menangis, " belakang tubuh itu aku gosok kuat. Jaga manja ayah, macam nilah. Setiap masa mahu papa.

"Adik kenapa tu?" soal Qaiser yang baru muncul bersama Aslan. Kedua-dua mereka memeluk aku erat.

"Dah balik sekolah dah? Papa mana?" soalku.

"Papa tengah kunci pagar," ujar Aslan.

Sayyid kemudiannya tertawa saat diacah-acah oleh abang-abangnya. Fuh, hilang sudah ragamnya. Baru aku boleh lega buat seketika. Sudahnya, tubuh kecil itu dibaringkan ke atas toto.

"Biar abang Alan dengan abang Qaiser yang main dengan adik. Adik jangan buat mama risau ya?" Aslan memujuk adiknya. Qaiser pula menepuk perlahan paha Sayyid. Terus senyap si kecil itu.

"Tak apa mama. Biar kita jaga adik. Mama pergilah," ucap Qaiser.

"Thank you sayang-sayang mama. Jaga adik kejap okay. Mama nak pergi tengok papa," ujarku.

Kelihatan Hazzar yang berada di muka pintu, sedang membuka kasut kulitnya. Hairan aku melihat wajahnya. Pucat.

"Abang, kenapa pucat semacam je ni?" soalku. Tanganku melekap di dahi dan pipinya. Tak panas pun.  Tak semena-mena, tangan Hazzar menangkap tanganku lalu dicium telapak tanganku itu. Sengihan malu terbentuk di bibir.

"Abang ni, baru balik kerja pun boleh beromantika depan pintu. Nasib tak ada orang tengok, " usikku.

"Sayang, abang rindu sayang sangat... abang tak sihat hari ni," ujarnya. Tubuhku dirangkul ke dalam dakapannya.

"Tak sihat? Kenapa tak balik awal? Abang sakit apa?" soalku.

"Abang muntah-muntah je hari ni dekat ofis. Abang ingat nak balik awal, tapi ada meeting yang urgent hari ni, " jawabnya.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang