43

1.2K 24 1
                                        

"Where are you going? Come here, sleep beside me," panggil Hazzar saat aku mengambil sebiji bantal lalu berjalan ke arah sofa. Sejak empat tahun lepas, bukankah memang di situ tempat aku?

"Iffat, abang panggil ni," aku hanya diam dan merebahkan diri ke atas sofa. Cakaplah aku keras kepala sekalipun, aku masih tak dapat lupakan apa yang terjadi beberapa malam yang lepas. Aku masih rasa takut kalau Hazzar bertindak seperti malam itu pada diriku lagi.

"Iffat tak ready lagi nak tidur sekatil dengan abang," jawabku. Tak sampai hati mahu memekakkan telinga dari mendengar panggilannya.

"Tak ready apa lagi? Kita dah pergi jauh dari tidur. Now you are telling me that you are not ready to sleep with me?" balas Hazzar.

"Iffat takut kalau abang buat benda yang sama pada Iffat lagi...," Hazzar mengeluh perlahan. Aku dengar bungi derap langkahnya menghampiriku. Duduk dilabuhkan di sisiku yang sedang berbaring mengiring di atas sofa empuk dalam bilik itu.

"Bangun, Iffat. Tengok abang," arahnya. Aku bangun perlahan-lahan biarpun wajah masih menunduk lagi. Tak betah untuk menatap wajahnya di kala kedudukan kami agak rapat ketika ini.

"Look at me," wajahku ditarik ke atas. Aku mengetap bibir saat mata kami bertembung.

"You have my words, sayang. Abang janji yang abang tak akan paksa Iffat macam hari tu lagi. Atau Iffat masih tak terima abang lagi? Abang salah ke bila abang bawa Iffat balik untuk hidup dengan abang?" soalnya. Aku menggeleng perlahan.

"Cakap, Iffat. Abang nak dengar suara, bukan tengok Iffat menggeleng," arahnya tegas.

"No,"

"Then? Kenapa tak nak tidur dengan abang?" soalnya lagi.

"Iffat dah kata, Iffat takut abang buat perkara yang sama lagi," balasku.

"Abang tak akan buat lagi. Abang tak akan sentuh Iffat kalau Iffat tak rela. I promise to you," wajahku diusap lembut.

"Do you love me?" soalku.

"Yes, I do. Abang cintakan Iffat sangat-sangat dan abang betul-betul maksudkan apa yang abang cakap. Abang berdosa sangat dengan apa yang abang dah buat dulu pada Iffat. Abang mengaku, dulu abang terlalu kejar perempuan yang tak pernah harapkan abang. Abang cuma bertepuk sebelah tangan. Bila abang disahkan lumpuh, abang terbawa-bawa dengan emosi. Hidup abang rasa tak tenang. Abang asyik salahkan Iffat macam Iffat punca abang dan Zeera bercerai. Padahal, kami yang tak ada jodoh. After you left me, Zeera datang dan marah abang. Dia kata yang abang tak reti bersyukur ada isteri sebaik Iffat. Abang sedar, Iffat berusaha jaga abang sebaik-baiknya waktu abang sakit dulu. Iffat memang seorang isteri yang baik," jari-jemari Hazzar bermain di rambutku.

"Bila Zeera marah abang, baru abang sedar. Abang rupanya rindukan Iffat sangat. Lama-lama, rindu tu jadi cinta. Abang sentiasa teringatkan Iffat. Sampai abang dah betul-betul sembuh pun, abang harap abang sakit balik supaya Iffat datang jaga abang," ciumannya dilabuhkan ke dahiku.

"Jangan tinggalkan abang lagi, Iffat. Abang tak benarkan Iffat pergi dari abang lagi. What happened last few nights adalah cara terakhir yang abang boleh fikirkan untuk ikat Iffat dengan abang selama-lamanya," aku memeluknya erat. Tubuh Hazzar mengeras seketika sebelum dia membalas pelukanku lebih erat.

"Iffat minta maaf. Iffat berdosa sebab dah tinggalkan abang selama ni,"

"Abang sentiasa maafkan Iffat. Malah, abang sentiasa doakan supaya isteri abang ni baik-baik sahaja dan balik kepada abang semula. Merata-rata abang cari Iffat tapi tak jumpa. Abang hampir berputus asa. Tak sangka, si manja ni rupanya duduk dekat hujung Malaysia, tengah sambung belajar," usik Hazzar sambil tersengih. Hidungku dicuit perlahan.

"Iffat tak manja la!" lengan sasa Hazzar aku pukul perlahan.

"Tipu! Abang selalu tengok perangai Iffat bila dengan mak, abah, umi, walid dan Hanani. Semua orang pun kata Iffat manja. You know what, rumah ni jadi meriah sebab ada Iffat. Umi dan walid sayang sangat dengan Iffat sebab sikap Iffat yang buat semua orang senang," terang Hazzar. Aku hanya tersenyum.

"Sekarang, abang nak tanya. Iffat cintakan abang?"

"Iffat cintakan abang," jawabku dengan penuh yakin.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang