4

540 14 0
                                    

Aku sudah memaklumkan pada umi yang aku dah sampai ke rumah. Umi berpesan agar aku mengirimkan salam pada mak dan abah.

Mak dan abah tahu tentang hubungan aku dengan umi serta walid. Mereka terkejut dan menggeleng apabila aku bercerita tentang umi dan walid yang banyak memberi aku hadiah sewaktu berada di sana.

Mula-mula, mak nampak risau dengan cerita aku. Mungkin mak syak yang aku ada sugar daddy kat UK. Yelah, hidup mewah. Dapat baju, bag, kasut dan make up mahal dari orang lain yang baru dikenali, siapa je yang tak fikir bukan-bukan?

Tapi lepas aku meyakinkan mak dan abah dengan menunjukkan gambar aku, umi dan walid yang ditangkap sewaktu kami berkelah di Castle Park, mak dan abah menghela nafas lega.

Tak tergamak lagi aku untuk mencari sugar daddy. Aku masih tahu dosa dan pahala walaupun sudah lama menetap di negara orang.

Lagi empat hari, aku akan mula bekerja di firma guaman yang terletak di Kuala Lumpur.

Sebelum aku pulang ke Malaysia, aku sudah mencari pekerjaan dan rumah sewa untuk menetap.

Kalau dah nama rezeki, memang tak salah alamat! Aku diterima bekerja di firma tersebut dan bakal bekerja di situ tidak lama lagi.

Mak dan abah juga tidak membantah untuk aku terus bekerja walaupun baru saja pulang. Kata mereka, rezeki aku. Bukan semua graduan dapat kerja dengan mudah zaman sekarang.

___________

Harini, hari Sabtu. Aku dah bergerak ke rumah sewa aku di Kuala Lumpur untuk mengemas apa yang patut.

Ingat nak buat hari Ahad. Tapi bila fikir balik, aku akan bekerja pada hari Isnin. Jadinya, kalau semua nak dikemas esok, tentu aku penat.

Baju-baju kerja aku susun dalam almari. Siap menyusun baju, aku memasang cadar tilam.

Aku boleh kata, rumah ini sangat selesa. Ada vibes rumah sewa dalam drama Korea.

Bukan apartmen atau kondo, bukan juga rumah tingkat atau teres.

Hanya bilik atas kedai. Cuma mengambil masa lebih kurang 5 hingga ke 6 minit untuk berjalan kaki ke tempat kerja aku.

Ada juga aku survey rumah lain. Kondominium yang terletak 15 minit dari tempat kerja jika menaiki kereta.

Hal kereta, tolak tepi dulu. Kalau aku rasa kerja aku memuaskan, mungkin aku akan berpindah ke rumah lain dan membeli sebuh kereta.

Fuh, siap pun mengemas!

Aku melakukan sedikit regangan. Lenguh pinggang dari pagi berkemas. Lepas ni, boleh berehat.

Aku mematikan suis pendingin hawa. Tuala aku ambil lalu menuju ke bilik air. Mahu membersihkan diri. Lepas mandi, aku nak tidur!

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now