9

474 13 0
                                    

Pagi ini, aku memandu untuk pulang semula ke Kuala Lumpur. Sudah puas menghabiskan masa bersama-sama keluargaku.

Namun, seperti yang dijanjikan, aku akan menghadiri majlis ahli keluarga Ikram dan  umi terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah sewa.

Walaupun kelmarin Ikram ada menawarkan untuk mengambil aku di rumah sewa, aku telah menghantar pesanan bahawa aku akan bergerak sendiri kerana sudah mempunyai kereta.

Aku dengan dress merah menarik perhatian mak pagi tadi. Mak sudah bertanya aku nak pergi ke mana disebabkan aku kelihatan cantik sangat pagi tadi, katanya.

Aku rasa sekarang, aku berpakaian cantik sebab nak bagi impression pada Ikram. Eww, gelinya! Aku rasa aku punya perasaan pada Ikram. Tapi bila perasaan itu datang, aku terus menolaknya dan menafikan.

Kami baru berkenalan. Macam pelik saja kalau aku sudah tersuka.

Aku memandu mengikut arahan yang diberi Google Maps. Link yang dikongsikan oleh Ikram pagi tadi.

Aku sudah berpesan pada Ikram, aku sampai saja di sekitar rumahnya, dia perlu menjemput aku. Seganlah aku mahu berjalan seorang diri.

Puas aku mengajal rakan-rakanku untuk temankan. Hauk, satu pun tak boleh teman. Lagipun, aku bukan sebahagian daripada ahli keluarga Ikram, tapi pakai sedondon. Kemudian, memperkenalkan diri sebagai kenalan Ikram.

Bukankah pelik jika aku berseorangan ke sana ke mari?

Okay, dah sampai. Aku memakirkan kereta tidak jauh dari lokasi majlis. Sekarang, aku perlu whatsapp Ikram. Memberitahu dia aku sudah sampai.

You
-Saya dah sampai. Sini jemput saya=)

Ikram
-Okay, saya datang. Tunggu kejap ye sayang.

Sayang? Excuse me? Dia salah taip ni. Tapi tak apa, aku pun tak mahu membesarkan hal ni.

Lima minit kemudian, susuk Ikram muncul dihadapanku sambil mengelap peluh di dahinya.

Dia menatap aku lama. Aku mengecilkan diri. Tidak senang apabila dia melihat aku sebegitu.

"Kenapa? Make up saya bercapuk ke?" aku bertanya.

Dia menggeleng.

"Awak...cantik hari ni," kata dia.

Aku tersenyum suka lalu mengucapkan terima kasih padanya. Ini kali pertama ada lelaki kata aku cantik. Lebih kurang pecah rekod la.

Kami jalan beriringan ke rumah Ikram.

Masuk sahaja ke rumah, Ikram membawa aku berdiri di belakang susuk seorang wanita yang sedikit berisi. Wanita itu membelakangi kami.

"Iffat, ini umi saya," bisik Ikram di tepi telingaku. Aku mengangguk.

"Umi, inilah yang Ikram cakap tu. Nama dia Iffat," kata Ikram memanggil uminya yang sedang berdiri membelakangi kami ini seraya wanita itu memusingkan tubuhnya menghadap kami.

"Umi," kataku. Terkejut. Tidak percaya dengan wajah yang sedang aku lihat kini.

"Iffat... Iffat ke teman si Ikram ni?" tanya umi.

"Kejap, kejap...Umi dengan Iffat kenal ke?" tanya Ikram yang jelas terkejut melihat aku dan umi yang seolah-olah sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Umi mengangguk.

"Inilah kesayangan umi masa di UK. Manja umi dengan walid," kata umi lalu merangkul tubuhku erat. Pipi dan dahiku dikucup bertalu-talu saat pelukannya dilepaskan.

"Umi rindu sangat dengan Iffat. Tak sangka, Iffat berkawan dengan Ikram," kata umi membuatkan aku tersengih. Kecil betul dunia ni.

"Betul ke kawan aje? Ikram beria-ria nak ajak kawan dia. Perempuan katanya. Tak pernah sekali pun Ikram bawa kawan perempuan dia datang rumah kita," ujar walid. Ikram yang berdiri di tepi walid tersengih lalu menggosok lehernya.

"Sudah, sudah. Ikram, pergi bawa Iffat makan. Temankan dia. Bagi dia makan banyak sikit. Iffat jangan malu-malu ya. Umi nak pergi sambut tetamu kejap," kata umi.

Aku mengangguk.

"Jom?"

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now