45

789 17 0
                                    

"Sayang, abang nak cakap sikit boleh?" soal Hazzar yang sudah berbaring di atas tilam. Sejuk-sejuk ni, boleh pula dia tak pakai baju. Segan aku nak melihat dia.

"Apa dia?" soalku kembali sambil menyikat rambut.

"Sayang nak kerja lagi?"

"Kenapa tanya macam tu pula? Mestilah nak," jawabku. Ada la tu dia nak cari minta apa-apa.

"Kalau abang kata yang abang tak benarkan sayang bekerja, macam mana?" aku meletakkan sikat di atas meja solek.

"Alaaa, kenapa pula? Iffat bosan nanti duduk rumah," aku mengeluh. Mesti dia tak nak aku bekerja.

"Please, sayang. Abang mampu sangat nak tanggung Iffat dan anak kita nanti. Abang nak Iffat duduk berehat dekat rumah, jaga anak-anak. Atau, kalau nak kerja juga, kerja dengan abang. Nak?" aku laju menggeleng. Mestilah tidak! Bibir Hazzar bermain-main di sekitar wajah dan leherku. Makin aku menyeringai kegelian, makin liar wajahnya menjalar.

"Tak nak. Staf abang semua kenal siapa Iffat. Seganlah Iffat nanti nak kerja situ,"

"Please, abang. Bagi Iffat bekerja," aku memujuknya. Hazzar menggeleng.

"Sorry sayang, but I would say no. Abang tetap nak Iffat duduk dekat rumah. Abang dah tanya pendapat umi, walid, mak dan abah juga. Semuanya setuju kalau Iffat duduk rumah. Bolehlah, sayang. Dengar cakap abang ya? Kalau bosan sangat, abang benarkan Iffat jalan-jalan atau lepak dengan umi," ujar Hazzar. Mukaku sudah monyok. Aku nak kerja!

"Sayang...," panggil Hazzar. Tanganku ditarik kuat sehingga aku terduduk di atas ribanya. Kepalanya disandarkan ke belakangku.

"Abang tak nak Iffat penat. Iffat sendiri tahu skop kerja Iffat macam mana kan? Abang pun dah berhenti dari mengajar dekat universiti supaya abang boleh fokus pada firma dan keluarga kita. Abang ada masa lebih dengan keluarga. Tapi, Iffat isteri abang. Abang nak Iffat baik-baik aje. Tak penat atau tertekan untuk bekerja dan uruskan keluarga," Hazzar masih lagi berusaha memujuk aku.

"Abang bagi tawaran pada Iffat. Kalau Iffat nak bekerja, kerja dengan abang. Otherwise, duduk aje dekat rumah," ujar Hazzar tegas.

"Fine, Iffat tak bekerja lagi. Jangan sia-siakan Iffat sebagai suri rumah, ya? It is not easy for me to stop working," pesanku.

"I promise sayang. Jangan risau, abang akan bekalkan sayang my black card. You can use it anytime and anywhere. You always have my permission. Jangan takut jadi suri rumah juga. Our kids mesti bangga sebab mama dorang seorang wanita yang bijak pandai dan cantik," perutku diusap-usapnya. Aku menggeliat kegelian.

"How I really hope that there is my baby inside here," katanya sambil masih mengusap perutku.

"Sabarlah. Kalau dah rezeki, tak akan ke mana," balasku. Aku juga berharap kami dikurniakan zuriat secepatnya.

"Abang ada beli suplemen untuk sayang. Sayang cubalah makan kalau sayang suka. Puas abang menuntut ilmu dari umi, Hanani dengan Zeera," ujarnya. Aku memusingkan tubuh menghadap Hazzar.

"Kak Zeera dah pregnant ke?" soalku. Hazzar mengangguk.

"Dia dah kahwin one year after Iffat pergi ke Kedah. Suami dia adalah anak kepada business partner Pak Ngah dari Brunei. Tak lama lepas kahwin, dia terus pregnant. Now, they are living in Brunei," terang Hazzar. Aku hanya mengangguk. Bersyukur kerana akhirnya Kak Zeera bertemu dengan jodohnya yang sebenar.

"Hurm, malam ni tak pakai singlet dengan shorts ke?" terbeliak mataku saat Hazzar bertanya begitu padaku. Mana dia tahu?

"Hahaha, mesti terkejutkan? Abang nampak sayang pakai macam tu masa first time abang tidur dekat rumah sewa sayang. Abang ketuk pintu bilik banyak kali sebab nak minta sejadah, nak tahajud. Bila Iffat tak menyahut, abang buka je la pintu. Rezeki abang dapat cuci mata tengok sayang pakai macam tu," kata Hazzar yang sudah ketawa besar melihat wajah cemberutku.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now