Aku sedang menyikat rambut saat mak datang membuka pintu bilik. Aku memandang wajah mak.
"Iffat, ibu dan ayah mertua kamu datang," kata mak. Aku cuma diam merenung emak.
"Keluarlah jumpa mereka. Apa jadi pun, kamu kenal mereka dulu sebelum Ikram. Umi dan walid tu juga baik sangat dengan kamu," pujuk mak. Mak mesti faham isi hati aku yang serba sedikit seperti menolak untuk berjumpa sesiapa saat ini.
"Pakai tudung ya. Bekas abang ipar kamu pun ada," kata mak sebelum menutup pintu bilik.
Aku menyudahkan kemasan pada rambut lalu menyarung tudung ringkas. Kardigan hitam dicapai lalu disarung ke atas singlet bertali halus.
Memang kebiasaan aku kalau duduk di rumah cuma memakai singlet, crop top dan seluar pendek. Melainkan kalau mahu keluar bilik, aku akan pakai lebih sopan.
"Iffat," sapa umi saat aku menunjukkan diri di ruang tamu. Umi terus bangun lalu memeluk aku. Kedua-dua pipi aku dicium.
Satu yang aku sangat kagum dengan umi, umi sentiasa mengasihi menantunya. Kak Hanani juga dilayan sangat baik, seperti anak kandung.
"Sebenarnya, kami datang sini sebab nak minta maaf atas apa yang jadi pada Rahman dan Hatimah. Kami tak sangka Ikram boleh buat perangai macam tu sekali," ujar walid.
"Kami memang terkilan dengan apa yang jadi. Tapi, nak marah pun benda dah jadi. Saya dan keluarga anggap tiada jodoh antara Ikram dan Iffat," abah menjawab.
"Rahman, Hatimah...saya betul-betul minta maaf dengan apa yang dah jadi. Saya sayangkan Iffat macam anak sendiri. Saya malu dengan apa yang anak kami dah buat pada Iffat,"
"Umi, Iffat okay aje umi. Umi dengan walid jangan risau. Iffat akan lupa semuanya nanti. Jangan sedih ya?" aku memujuk umi dan walid.
Kasihan juga melihatkan umi dan walid datang meminta maaf bagi pihak anak mereka. Haih, Ikram. Betul-betul bongkak.
Mungkin sekarang, dia sedang berseronok dengan Naira. Naira tentu seronok sebab Ikram akan ada masa lebih untuk dia sekarang.
______________
"Iffat," sapa Kak Long.
"Ya, kak. Kenapa?"
"Iffat asyik termenung je. Okay ke tak ni? Akak risau pula," aku tertawa perlahan.
"Iffat okay je. Biasalah, kak. Siapa yang tak sedih kalau diceraikan dalam keadaan macam tu? Cuma, Iffat lebih kepada kecewa bila teringatkan dorang berdua," luahku.
Sudah berhari-hari aku tidak menangis. Mungkin Allah mengetahui isi hati aku. Entahlah, rasa tidak berbaloi lagi untuk menangis demi lelaki seperti Ikram dan kawan seperti Naira.
Rasa menyesal.
"Sabar, ya Iffat. Mungkin, jodoh Iffat yang sebenar belum sampai lagi. Iffat kena banyak berdoa pada Allah. Mudah-mudahan, Allah permudahkan semuanya.
"Thanks, kak. Iffat tak sangka, Iffat jad janda dah, kak," gurauku separuh tertawa. Kak Long juga ketawa. Tengah emosi pun boleh buat lelucon.
"Janda berhias, Iffat. Untung siapa dapat Iffat nanti. Akak doakan lelaki tu, yang terbaik untuk Iffat, amin,"
"Amin,"
Semoga diperkenankan.
YOU ARE READING
LELAKI TAKHTA HATI(C)
RomancePerkenalan Iffat dan keluarga Hajah Mariam atas suatu tragedi membawa kepada hubungan erat antara Iffat dan keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom itu. Iffat menuntut ilmu di UK, Hajah Mariam dan suaminya pula menetal di situ kerana ingin ke...