"Allah selamatkan kamu,"
"Allah selamatkan kamu,"
"Allah selamatkan angah,"
"Allah selamatkan kamu,"
Kami semua menepuk tangan saat angah meniup lilin yang dicuck pada kek. Hari ini adalah hari lahirnya yang ke-38. Semua berkumpul di rumah umi dan walid untuk menyambut hari ini bersama-sama.
"Sayang, saya ada hadiah untuk awak," kata Kak Hanani lalu menghulurkan sebuah kotak berwarna biru. Angah mengambil kotak itu lalu membuka. Seketika kemudian, dia sudah ternganga. Wajah Kak Hanani dipandangnya.
"Betul ke ni?" soalnya. Kak Hanani mengangguk. Angah terus merangkul Kak Hanani dan mengucup kepala isterinya itu yang ditutupi selendang.
"Apa yang betulnya?" soal Hazzar.
"Hanani pregnant lagi!" jawab angah ceria.
"Syukur, alhamdulillah. Bertambah lagi cucu umi dengan walid," kata walid. Umi sudah meraup muka tanda bersyukur.
Usai angah meniup lilin, kami semua sudah mengambil makanan masing-masing untuk dijamah. Tapi, Hazzar menyuruh aku duduk di kerusi bersama Aslan kerana si kecil itu sedang tidur. Alahai anak, orang tengah ber-party, dia nak tidur pula!
"Sayang, abang bawa ayam bakar dengan mashed potato. Is that okay with you?" soal Hazzar yang baru duduk disamping aku.
"Okay je. Abang pegangkan Aslan kejap. Iffat nak cuci tangan," kataku yang berura-ura mahu bangun sebelum ditahan oleh Hazzar.
"Tak payah cuci tangan. Abang suapkan. Sayang dan baby kita yang comel ni duduk je," kata Hazzar lalu mencubit ayam bakar tadi sebelum disua kepadaku.
Baru saja Hazzar membawa ayam bakar itu kepadaku, aku sudah menekup mulut dan hidung. Bau ayam tadi seperti memualkan tekak aku.
"Kenapa ni sayang?" soalnya lalu meletakkan semula ayam tadi ke dalam pinggan. Aku menggeleng perlahan sebelum menyerahkan Aslan yang sedang tidur kepada Hazzar.
Siap saja Hazzar mengambil tubuh si kecil itu, aku segera berlari ke dalam rumah tanpa menghiraukan sesiapa pun yang memanggil aku dari belakang.
Isi perut dimuntahkan. Rasa perit di tekak. Sedang termuntah, aku mendengar suara Hazzar yang baru masuk ke dalam bilik air. Lupa, aku tak kunci pintu tadi. Belakangku diusapnya.
"Sayang, sayang okay tak?" soal Hazzar. Aku mengangguk dalam mencari wajahnya dari pandangan aku yang kian kabur.
Bum!
Dan semuanya menjadi gelap.
_______________
"Kan umi dah kata, sabar sikit! Tengok sekarang, si Aslan tu tak sampai empat bulan lagi," panjang lebar umi membebel. Aku dan Hazzar seolah-olah berada di dunia sendiri. Dari tadi tersenyum aje seperti bebelan umi hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
"Dahlah uminya, rezeki dorang nak tambah anak awal-awal. Abang tengok, dorang pun tak kisah je. Seronok lagi nampak la," kata walid. Umi yang sudah berdiri mencekak pinggang ditarik agar duduk kembali.
"Sorry, umi. Isteri along ni cantik sangat," kata Hazzar dengan selamba. Tanganku segera mencubit perutnya. Boleh pula dia cakap macam tu.
"Ini bukan soal cantik atau tak. Kamu tu yang gelojoh sangat,"
"Kan akak dah cakap, Iffat. Adik Aslan on the way," kata Kak Hanani. Aku hanya menundukkan wajah.
"Sudah, sudah. Along dengan angah, jaga isteri kamu berdua baik-baik. Ikram, kamu macam mana dengan bakal isteri kamu tu?" soal walid pada Ikram yang dari tadi hanya mendiamkan diri.
"Ikram akan bawa dia jumpa keluarga kita nanti," jawab Ikram.
"Baguslah. Jangan asyik ke sana ke sini dengan perempuan bukan mahram. Lagi satu, anggaplah Kalya dengan isteri kamu nanti sebagai amanah yang paling istimewa. Jangan sia-siakan mereka lagi. Fikir juga pada Kalya ni. Kesian dia, kecil-kecil lagi dah hadap banyak perkara. Paling penting, jangan ulang silap lama," pesan walid tegas.
"Baik, walid,"

ANDA SEDANG MEMBACA
LELAKI TAKHTA HATI(C)
RomancePerkenalan Iffat dan keluarga Hajah Mariam atas suatu tragedi membawa kepada hubungan erat antara Iffat dan keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom itu. Iffat menuntut ilmu di UK, Hajah Mariam dan suaminya pula menetal di situ kerana ingin ke...