Ikram ni biar betul? Dia lamar aku untuk jadi girlfriend dia. Haih, Iffat. Masa orang tu anggap kau kawan, kau yang syok dekat dia.
Pintu kelas yang dibuka menandakan pensyarah sudah masuk. Sesi pembelajaran akan bermula. Aku masih lagi menundukkan wajah untuk mengemas meja aku yang bagiku nampak berselerak.
"Assalamualaikum and good morning everyone. I am Dr Hazzar Fateh, who will be teaching all of you for the code Employement Law. By the way, I would like to apologise for postponing last few class due to some cases. Jadi, kalau tak ada apa-apa, we shall proceed to the next agenda," pensyarah di hadapan memperkenalkan diri panjang lebar.
Eh, kejap. Hazzar Fateh? Aku mengangkat muka untuk melihat wajah pemilik nama itu.
Saat aku melihat wajah pensyarah itu, matanya tajam merenung aku. Wajah yang aku kenal. Dia anak sulung umi yang baru melangsungkan perkahwinan beberapa minggu yang lalu.
"Have you already done tidying up your table? Dari tadi tertunduk-tunduk," soal dia pada aku.
"Im sorry Dr,"
Kau ni, Iffat! Aduh, malu aku bila semua orang tengok aku sekarang ni.
"Its okay. Baik, saya nak mulakan kelas. Please pay attention,"
Dari cara dia mengajar, nampak betul-betul berkarisma. Dr Hazzar nampak hebat. Kalau tak, macam mana dia boleh jadi pensyarah undang-undang, dan uruskan firma guaman keluarga dalam masa yang sama?
_____________
Ikram
- Awak dah ada jawapan ke Iffat? Saya rasa dah lama saya tunggu. Tapi kalau awak nak lebih masa, saya boleh tunggu.Ni lagi satu hal. Tamat saja kelas, Ikram menghantar pesanan Whatsapp pada aku. Memang dah lama sejak dia lamar aku. Aku memang dah ada keputusan tapi tak tahu macam mana nak bagitahu.
You
- Saya dah ada jawapan. Saya terima awak, Ikram.Akhirnya, tamat sudah zaman bujang aku secara tak rasmi. Yalah, bagi aku, zaman bujanh tamat secara rasmi adalah bila aku dah berkahwin.
Sekarang, baru nak bercinta.
Ikram
-Yes!!! Thank you sayang. If awak free, why don't we go out tonight? Saya teringin makan soto dekat pasar malam.You
-Sure, see you tonight._____________
"Sedapkan soto dekat sini? Dulu, saya rajin juga datang sini dengan classmate. Tapi sekarang, semua dah kahwin," kata Ikram.
"Sekarang awak lonely lagi ke?" sengaja aku mengusik dia. Nasi impit aku kunyah dengan berselera sekali.
"Sekarang rasa bahagia sebab ada awak. Iffat, awak okay ke first date kita dekat pasar malam?"
"Kenapa tak okay pula? Okay je. Saya pun dah lama tak datang ke pasar malam,"
"Saya cuma risau awak tak suka. Yalah, first date kan sepatutnya dekat tempat mewah, background cantik,"
"Saya tak perlu semua tu. Orang bagi, saya terima. Orang tak offer, saya tak tanya. Sebabnya, saya okay je yang mana-mana," aku meyakinkan Ikram.
"Awak memang lain daripada yang lain, Iffat. That is why I love you so much," aku ketawa mendengar Ikram.
"Dah-dahlah tu jual minyak dengan saya. Sambung makan. Kejap lagi, saya nak cari makanan lagi," kataku.
Dalam hati, kembang kuncup. Mujur hati manusia duduk dalam badan. Kalau duduk di luar, mungkin Ikram tahu aku sedang terpesona dengan kata-kata dia.
YOU ARE READING
LELAKI TAKHTA HATI(C)
RomancePerkenalan Iffat dan keluarga Hajah Mariam atas suatu tragedi membawa kepada hubungan erat antara Iffat dan keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom itu. Iffat menuntut ilmu di UK, Hajah Mariam dan suaminya pula menetal di situ kerana ingin ke...