"Iffat, along mana?" soal umi yang baru sampai ke hospital bersama walid dan angah.
"Abang masih dekat dalam lagi umi. Doktor tengah rawat abang," jawabku.
"Ya Allah, macam mana boleh accident? Harap-harap tak ada apa-apa yang teruk terjadi," kata walid.
Aku hanya mendiamkan diri. Nak menyahut pun, rasa tak boleh. Penat dan terkejut.
_____________
Berhari-hari aku ulang-alik dari rumah, tempat kerja dan hospital demi menjaga Hazzar yang masih tidak sedarkan diri. Hari ni, sudah masuk hari keempat.
"Abang, abang macam mana hari ni? Iffat datang nak jaga abang malam ni. Esok cuti hujung minggu. Jadi, Iffat boleh jaga abang lama sikit," ucapku di sisi Hazzar.
Umi dan walid aku suruh pulang. Mereka tak sepatutnya berjaga di sini. Aku tak mahu menyusahkan mereka.
"Zee.....ra....," aku menoleh ke arah Hazzar. Dia sudah membuka mata.
"Abang? Abang dha sedar? Kejap, Iffat panggil doktor,"
Aku menekan butang hijau di atas katil. Tidak lama kemudian, doktor sampai dan aku disuruh keluar terlebih dahulu bagi memudahkan mereka untuk merawat Hazzar.
"Kenapa dengan kaki aku? Kenapa aku tak boleh bergerak?!" suara Hazzar yang menjerit dari dalam kedengaran sehingga ke luar bilik. Aku resah menunggu Hazzar selesai diperiksa.
"Kenapa dengan kaki aku...Doktor, saya tak boleh berjalan!"
Lama aku menunggu sehingga doktor tadi keluar dari bilik wad yang menempatkan Hazzar dan datang kepadaku.
"Doktor, suami saya macam mana? Dia okay ke?" soalku resah.
"Suami puan lumpuh separuh badan akibat daripada kemalangan. Tapi, puan jangan risau. Ia cuma lumpuh sementara. Encik Hazzar boleh kembali sihat jika menjalani rawatan dengan baik,"
Aku melihat Hazzar dari cermin tingkap wad yang didiaminya. Suamiku sedang menangis teresak-esak.
Dan aku juga nampak gerak bibirnya...memanggil Zeera.
_____________
"How do you feel today?" soalku dengan nada mendatar.
"Fine," jawab Hazzar yang tidak memandangku. Aku menaikkan katilnya agar dia boleh duduk bersandar. Mangkuk tingkat yang berisikan makanan buat Hazzar aku buka. Umi yang mengirimkan lauk itu tadi.
Umi dan walid tidak dapat datang melawat Hazzar hari ini kerana menjaga bayi Kak Hanani dan angah yang tidak sihat. Kak Hanani dan angah masing-masing sedang bekerja di luar kawasan.
Lauk-lauk tadi aku masukkan ke dalam mangkuk dan dibawa ke arah Hazzar. Aku melabuhkan duduk di tepinya.
"Makan dulu ya. Kejap lagi, nurse datang nak bersihkan abang. Doktor kata, hari ni abnag boleh balik. Umi dan walid cadangkan supaya kita duduk dengan dorang sampai abang sihat balik," ujarku lalu menyua sudu ke mulutnya.
Hazzar hanya memandang sudu itu kosong.
"Kenapa tak nak makan?" soalku.
"Gigi ngilu kena sudu," aku meletakkan mangkuk tadi di atas meja kecil tepi katil dan masuk ke dalam bilik air. Tanganku dibasuh sehingga bersih sebelum aku kembali ke arah Hazzar.
Aku menggaul nasi tadi dengan tanganku. Nasi tadi aku sua kepadanya. Hazzar yang tercengang terus membuka mulut tanpa bantahan. Nasi dan lauk tadi dia makan sehingga licin. Sepatutnya, ada sedikit buatku.
Tapi, bila Hazzar mahu menambah, aku turutkan saja. Aku boleh beli makanan kemudian.
"Puan, kami datang nak bersihkan suami puan. Boleh ke kami nak mula sekarang?" soal seorang jururawat lelaki yang ditemani dua orang jururawat perempuan.
"Ajar saya sekali boleh?" soalku. Jururawat lelaki tadi mengangguk dan tersenyum padaku.

ANDA SEDANG MEMBACA
LELAKI TAKHTA HATI(C)
RomantikaPerkenalan Iffat dan keluarga Hajah Mariam atas suatu tragedi membawa kepada hubungan erat antara Iffat dan keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom itu. Iffat menuntut ilmu di UK, Hajah Mariam dan suaminya pula menetal di situ kerana ingin ke...