"Bah!!" aku mengejutkan Mak Timah yang sedang mengemas rumah sewaku dari belakang.
"Oh mak kau terkejut badak berendam! Ish budak ni, kalau tak kejutkan mak Timah, memang tak sah!" bebel Mak Timah. Aku sudah ketawa terbahak-bahak melihat Mak Timah yang melatah.
"Ni, Mak Timah dah kemas rumah Iffat ni. Esok cuti, boleh pergi kelas dengan senang hati. Tak perlu fikir nak kemas rumah lagi," kata Mak Timah sambil menepuk-nepuk dua bantal di sofa.
"Terima kasih, Mak Timah. Buat susah-susah je," ujarku.
"Tak ada yang susah, Iffat. Kamu bayar Mak Timah, Mak Timah buat kerja. Kalau kamu tak ambil Mak Timah kerja kemas rumah kamu, macam mana Mak Timah nak bagi anak-anak makan?" sedih pula bila teringatkan anak-anak Mak Timah yang masih bersekolah.
Dompet aku capai dan beberapa keping not RM 100 aku keluarkan. Duit itu aku masukkan senyap-senyap ke dalam bag tangan Mak Timah. Kalau bagi terus, dah tentu-tentu Mak Timah tak terima.
"Hurm, Mak Timah baliklah dulu. Iffat sambungkan kerja ni. Sikit aje lagi," aku mengambil vakum di tangan Mak Timah.
"Eh, jangan, Iffat. Takkan kamu nak potong gaji Mak Timah pula?" soal Mak Timah dengan dahi yang sudah berkerut.
"Tak apalah, Mak Timah. Saya yang nak buat, takkan saya nak potong gaji Mak Timah pula. Lagipun, saya dah lama tak buat kerja rumah. Apa salahnya saya sambung sikit? Dah-dah, Mak Timah balik dulu ya? Boleh masak awal hari ni,"
"Yalah. Ada apa-apa, call Mak Timah. Mak Timah balik dulu ya?"
Lengan baju aku sinsing ke atas. Kerja membuang habuk di sofa tadi aku sambung.
________________
Prof Madya Dr Zainal
-Iffat, nanti masuk bilik saya kejap. Saya nak kenalkan awak dengan lecturer yang saya cakap hari tu.You
-Okay, noted prof.Prof Zainal mahu mengenalkan aku dengan seorang pensyarah dari IPTA lain untuk membantu aku menyempurnakan hasil kerjaku. Tak sangka pula, pensyarah itu akan datang hari ini.
Aku segera mengemas barang-baranganku sebekum menaiki lif ke tingkat 5. Pintu bilik Prof Zainal aku ketuk sebelum dia menyahut dari dalam.
"Assalamualaikum," aku memberi salam. Masuk saja dalam bilik ini, satu bau yang sudah lama aku buang dari ingatan masuk laju ke dalam hidung.
"Waalaikumussalam. Hazzar, ni Iffat. One of best student yang saya cakapkan tu," aku tergamam saat wajah itu menoleh padaku.
"Iffat, ni Dr Hazzar. Dia pensyarah undang-undang di UM. And the best part is, dia ada urusan dengan firma yang awak bekerja sekarang. Sazarudin & Co. , right?" soal Prof Zainal.
"Y..yes," jawabku. Prof Zainal ketawa perlahan.
"Gagap pula budak ni. Dia nervous kot, Hazzar. Tapi, dia sangat bagus. Saya dah tengok semua hasil kerja dia, memang tip top," ujar Prof Zainal.
"Saya tak sabar nak berurusan dengan Puan Iffat," kata Hazzar. Mataku terjegil. Puan? Aku bukan isteri kau lagi!
"Puan? Eh, dia cik la. Belum kahwin lagi," kata Prof Zainal lalu menyambung tawanya. Untuk dia memang lawak, untuk aku tak. Kalaulah dia tahu apa yang sudah terjadi, rasanya kipas pun tak berbunyi.
"Okay, so...sebagai sesi perkenalan hari ni, apa kata kita pergi tea time dekat Coffe Bean? Saya belanja. Iffat, awak datang dengan Grab macam biasa kan?" aku mengangguk.
"Maaf, prof tapi saya rasa...,"
"Alah, jangan risau. Nanti Hazzar hantarkan kita balik. Saya pun datang ke sini hari ni sebab Hazzar hantar. Boleh, Hazzar?"
"Sure, why not?" jawab Hazzar.
![](https://img.wattpad.com/cover/348565491-288-k63471.jpg)
YOU ARE READING
LELAKI TAKHTA HATI(C)
RomancePerkenalan Iffat dan keluarga Hajah Mariam atas suatu tragedi membawa kepada hubungan erat antara Iffat dan keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom itu. Iffat menuntut ilmu di UK, Hajah Mariam dan suaminya pula menetal di situ kerana ingin ke...