44

777 17 0
                                    

"Hai, cerianya pagi ni. Semua sebab Iffat dah balik. Kalau tak, senyap je la meja ni setiap kali makan," gurau angah.

"Tu la. Umi bersyukur sebab akhirnya, Iffat balik juga," kata umi. Walid sudah tergelak besar. Umi sudah berkerut dahi memandang walid.

"Eh, abang ni? Kenapa gelakkan saya?" soal umi dengan wajah cemberut.

"Iffat, mujurlah Hazzar tak tunggu lama nak bawa Iffat balik. Iffat nak tahu, bila along kata dia dah jumpa Iffat dekat Kedah sana tu, awal-awal lagi dia dah ajak walid pergi ke Kedah nak tengok Iffat. Mujur walid pandai pujuk umi ni. Kalau tak, tak senang kamu dekat sana," usik walid. Umi di sebelahnya sudah menjeling.

"Jangan risau umi, lepas ni, kita dah ada geng. Umar dengan Utman pun tak lama lagi akan ada kawan," ucap Kak Hanani. Aku terpinga-pinga. Nak suruh aku duduk rumah jadi pengasuh anak dia ke?

"Siapa kawan Umar dengan Uthman, kak?" soalku yang jelas tak mengerti. Orang lain sudah tersengih-sengih. Lagi-lagi Hazzar yang sudah tersenyum lebar.

"Baby Iffat dengan dengan along la," angah kembali menyampuk. Mereka semua sudah ketawa besar seolah-olah aku tidak wujud. Aku yakin, wajahku sudah merah padam menahan malu.

"Sabarlah, sikit. Along baru je nak honeymoon dengan isteri along. Tapi, kalau dapat baby cepat-cepat pun, along lagi seronok. Along pun dah 39 tahun," kata Hazzar.

"Hah, dengar tu Iffat? Jangan tunggu lama-lama. Nanti anak masuk darjah satu, ayah dia dah jadi atok," gurau umi pula.

Anak? Aku tak pernah terfikir untuk punya anak sendiri. Tapi, bukankah seronok jika aku dan Hazzar ada zuriat kami sendiri? Hurm, sounds good.

_________________

"Rumah siapa ni, abang?" soalku bila Hazzar menghentikan kereta di hadapan sebuah rumah banglo dua tingkat. Tak pernah lagi aku ke sini. Hazzar mahu melawat sesiapa ke?

Pagar yang besar dan tinggi terbuka automatik. Hazzar memandu sehingga ke garaj.

Mataku melilau melihat kawasan di sekitar rumah ini. Memang cantik. Konsepnya klasik. Aku dari dulu mengimpikan untuk mempunyai rumah yang di dekorasi dengan konsep klasik.

Hazzar keluar dari perut kereta sebelum berjalan ke arah pintu di sebelahku. Pintu kereta dibuka lalu Hazzar menghulurkan tangannya kepadaku. Aku lambat-lambat menyambut huluran tangannya.

"Hei, sayang. Kenapa ni, macam takut je? Abang bukannya nak buat benda tak elok pada Iffat," kata Hazzar lalu tersengih. Jelas sangat riak wajahku yang pelik bercampur takut.

Kami berjalan bersama-sama. Hazzar mencapai gugusan kunci dari dalam poket seluarnya sebelum membuka pintu rumah itu.

"Tadaaa! Welcome home, darling!" ucap Hazzar kuat.

"This is...our house?" soalku.

"Yes. Rumah baru kita. Mulai hari ni, kita akan tinggal dekat sini," balas Hazzar.

"Kondo lama abang, macam mana?"

"Abang dah jual. Disebabkan abang tekad nak kita mulakan semuanya semula, abang beli rumah baru. Lagipun, kondo tu tak sesuai untuk bina keluarga besar. Nanti, anak-anak kita nak berlari pun tak cukup lantai," balas Hazzar.

"Amboi, anak pun tak ada. Dah cakap pasal anak-anak?" aku menjeling suamiku itu. Dia ketawa. Terlihat barisan gigi yang tersusun kemas.

"Mestilah! Abang nak anak seramai-ramainya dengan sayang. One is not enough. Nanti dia tak ada kawan,"

Pandailah dia. Yang beranak nanti aku. Tak apa, perempuan lahirkan anak, suamj kena jaga anak.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now