"Okay cik. Kita dah sampai," kereta diberhentikan di kawasan tempat parkir kereta.
"Terima kasih, encik...,"
"Khairul,"
"Haa, encik Khairul. Terima kasih tumpangkan saya. I owe you one," ujarku. Kalau dia tak tolong, mungkin aku dengan pasrah tidur di tepi jalan malam ini. Bersedia saja bila ada harimau datang baham, gajah pijak kereta.
"Tak ada apalah. Saya nak cepat ni, boleh cik turun sekarang?" soalnya.
"Oh, okay-okay. Saya turun. Thanks, again,"
Kereta milik Khairul terus meninggalkan kawasan itu. Belum sempat aku menarik nafas, ada suara yang sudah menyapa aku dari belakang.
"Seronok, keluar dengan lelaki lain?" pemilik suara itu terus pergi meninggalkan aku di situ.
Hazzar. Mungkin dia baru pulang. Kejap lagi, adalah drama dekat rumah nanti.
________________
"Saya minta maaf sebab balik lambat. Bateri kereta habis dekat tengah-tengah jalan. Lelaki tadi yang tolong saya," aku menegur Hazzar yabg sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen dengan penjelasan yang pasti Hazzar sedang tunggu.
"So?" soalnya selamba.
"I'm just telling you what happened,"
"Like I care, Iffat. I don't want to know anything about you,"
"Apa masalah abang ni sebenarnya? Dah la tadi abang tuduh Iffat keluar berdua dengan lelaki lain, sekarang bila Iffat jelaskan hal sebenar, abang buat perangai macam ni pula!" marahku yang meluap-luap akhirnya meletus.
"Tell me, buat apa abang nak ambil tahu pasal Iffat? You are nothing to me!" balasnya.
"How could you! Iffat ni isteri abang. Ke, abang masih tak boleh lupakan Kak Zeera? Abang, Iffat boleh sabar kalau abang tak boleh lupakan Kak Zeera. Tapi, tak boleh ke abang layan Iffat dengan baik, walaupun bukan atas dasar isteri?"
"The answer is no! Dah tau buat apa tanya lagi? Abang terseka dengan perkahwinan ni!" ujarnya. Aku terdiam.
"Kalau macam tu, kenapa tak ceraikan Iffat?" soalku lirih.
"Sebab umi dan walid sayangkan Iffat sangat. Now I know, kenapa Ikram sanggup ada hubungan dengan perempuan lain belakang Iffat. Sebab umi dan walid sayang sangat dengan orang luar sampai anak-anak sendiri tak dipedulikan," aku mengeluh apabila mendengar pengakuan Hazzar.
Hazzar pula terus mengambil kunci kereta dan keluar dari rumah. Manalah dia nak pergi malam-malam macam ni.
Apalah nasib? Baik dengan Ikram mahupun Hazzar, aku melalui perkara yang sama.
_________________
Aku mencapai sehelai singlet dan seluar pendek lalu disarung ke tubuh. Tak perku risau kalau pakai begini walaupun Hazzar ada di rumah. Hazzar tak akan masuk ke bilik ini tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
Usai mengemaskan diri, aku duduk atas tilam. Telefon di capai. Entah mengapa, aku rasa tak sedap hati pula mengenangkan Hazzar yang berada di luar. Sekarang sudah lewat malam dan dia masih belum pulang.
Aku menghubungi nombornya dan panggilan itu berjawab. Tapi, yang menjawab panggilan itu adalah suara perempuan.
"Assalamualaikum puan. Maaf bertanya, apa hubungan puan dengan pemilik telefon ni ya?" soal wanita itu.
"Waalaikumussalam. Saya isteri dia. Suami saya mana ya? Kenapa telefon dia dekat cik?"
"Oh, begini puan. Suami puan kemalangan tadi. Ada dekat KPJ Ampang. Kami cuba unlock telefon ni, tapi tak boleh. Mujur puan call,"
Astaghfirullah, apa dah jadi ni? Aku terus mematikan talian dan menempah Grab. Aku sangat berharap ada Grab di waktu sekarang.
ANDA SEDANG MEMBACA
LELAKI TAKHTA HATI(C)
RomantikPerkenalan Iffat dan keluarga Hajah Mariam atas suatu tragedi membawa kepada hubungan erat antara Iffat dan keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom itu. Iffat menuntut ilmu di UK, Hajah Mariam dan suaminya pula menetal di situ kerana ingin ke...
