26

588 15 0
                                    

"Just choose apa-apa baju yang Iffat nak. Kurung or dress, mana-mana pun boleh. Asalkan warna dia lilac," kata Hazzar berbentuk arahan. Aku patuh saja.

Nak cakap apa pun rasa tak larat. Aku ni betul-betul tengah demam. Rasanya, umi, walid dan Kak Hanani saja tahu.

Aku berjalan dalam butik yang Hazzar bawa aku. Terdapat banyak baju berwarna lilac. Aku nak pilih mana satu ni?

Tanganku mencapai sehelai dress chiffon. Di bahagian pinggang dan hujung lengan, ada manik-manik. Cantik!

"That suits you very well. Ambil je yang ni. Cepat sikit," sampuk Hazzar. Baju yang aku pegang tadi terus diambilnya lalu dibawa ke kaunter. Haih, tak menyabar betul Hazzar ni.
________________

Masuk saja dalam kereta, aku membuka mulut. Ada banyak perkara yang aku mahu selesaikan dengan Hazzar.

"Do you really agree with this marriage?" soalku.

Memanglah kami berkahwin atas tragedi buruk. Tapi, Hazzar melayan aku endah tak endah saja.

Andai kata dia tak mahukan perkahwinan ini, tak mengapa. Aku boleh beralah. Aku terima kalau dia sendiri yang jujur dengan aku.

Dia fikir, kalau aku dilayan macam ni aku faham ke?

"What do you mean?" dia memulangkan soalanku dengan soalan. Aku mengeluh lalu memicit pelipis kepala.

"I know that we are married just because of that night. Kalau a..abang tak sudi dengan perkahwinan ni, you can tell me. I will set you free from all this," jelasku. Aku sungguh berharap agar dia faham maksud aku.

"Yes, I don't want this marriage!" Hazzar menjerkah tiba-tiba.

"Then? Apa abang nak buat?"

"I don't know. Tengoklah nanti macam mana," kata Hazzar.

Ingatkan dengan Ikram saja yang complecated, abangnya juga sama. Apa maksud dia 'tengoklah macam mana'? Dia ingat kahwin ni main-main ke?

___________________

Aku melihat pantulan diriku dalam cermin panjang yang elok bersandar di sudut dinding bilik. Wajah yang sedikit pucat menyebabkan wajahku seperti tenggelam saja disebalik baju yang cantik ini.

Lipstick aku capai dari bag tangan lalu dioles ke bibir. Sudah berpuas hati dengan rupa aku sekarang, aku menyimpan semua barang-baranganku dengan kemas.

"Haih, susahnya nak ikat!" Hazzar dibelakang mengeluh. Aku memandangnya.

"Nak Iffat tolong ke?" soalku. Hazzar mengangkat keningnya.

"Sini, cepat," arahnya. Tali leher berwarna hitam diserahkan kepadaku.

Aku berdiri dihadapannya. Tubuhnya yang tinggi memerlukan aku untuk menjongketkan kaki ku biarpun tetap tidak sampai.

"Tunduk sikit. Tak sampai pula," Hazzar merendahkan sedikit tubuhnya.

Gulp!

Dekatnya... Menyesal pula tawarkan nak ikatkan tali leher untuk dia. Namun, aku segera mengawal riak wajah sendiri agar tak ternampak seperti perempuan gatal. Mahunya dia fikir aku suka duduk dekat-dekat dengan dia, tak ke haru?

"Done!" tali leher yang siap diikat aku kemaskan.

"Thank you. Abang tunggu dekat dalam kereta, kita pergi sekali," kata Hazzar lalu terus meninggalkan bilik.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now