42

1K 25 0
                                        

"Iffat...Ya Allah, anak aku," mak memeluk erat tubuhku. Dahiku dicium bertalu-talu. Abah juga sama.

"Balik pun Iffat. Sampai hati Iffat sanggup tinggalkan keluarga kita empat tahun ni. Abah rindu dengan anak manja abah ni," kata abah seraya memeluk aku. Aku mengucup tangan mak dan abah.

"Iffat minta maaf, mak, abah. Iffat janji, Iffat tak akan buat lagi macam ni," ujarku. Selain berdosa kerana meninggalkan suami, aku juga rasa berdosa kerana menghilangkan diri tanpa pengetahuan mak dan abah.

"Iffat pergi mana selama ni, nak? Puas kami semua cari Iffat tapi tak jumpa," luah mak kesal dengan sikapku.

"Iffat dekat Kedah mak. Iffat dapat tawaran sambung PhD," jawabku.

"Bertuah punya anak. Dah, lepas ni jangan hilangkan diri macam tu je. Kesian dengan suami kamu ni juga. Habis daya dah dia mencari kamu," aku kembali mendiamkan diri. Hazzar yang berada disebelah aku pandang sekilas.

"Kamu berdua duduk berapa lama dekat sini, Hazzar?" soal abah pada Hazzar.

"Satu malam je, abah. Esok pagi balik rumah umi. Lusa balik rumah kami, nak sediakan apa yang patut. Hazzar dah kena masuk kerja lagi empat hari," balas Hazzar.

"Hah, yalah. Jom, masuk. Mak hari ni ada masak istimewa sebab Hazzar cakap yang dia nak bawa Iffat balik sekali,"

_________________

"Kenapa ni, nampak nervous je?" soal Hazzar sewaktu kami tiba di rumah keluarganya. Sudah tentu aku gementar, empat tahun aku meninggalkan anak sulung dalam keluarga ini, iaitu Hazzar, suamiku sendiri.

Apa pandangan mereka terhadapku nanti?

"Iffat...," jeda. Aku tak mampu menyambung kata-kata kerana terlampau gelisah.

"Jangan risau, sayang. Semuanya dah tahu yang kita balik hari ni. Abang ada, okay," pujuk Hazzar. Bahuku diusap manja sampai aku pula naik geli.

"Assalamualaikum," Hazzar memberi salam sewaktu kami masuk ke dalam rumah. Umi dan walid sudah berdiri ketika memandang aku dan Hazzar.

"Wa...waalaikumussalam... Iffat ke ni?" soal umi. Bila aku mengangguk, umi menekup mulutnya. Dia terus menghampiri aku dan mendakap aku erat.

"Iffat minta maaf, umi. Iffat keluar dari rumah ni tanpa bagitahu sesiapa pun. Iffat biadap," kataku.

"Bukan salah kamu, Iffat. Ya Allah, umi tak percaya kamu dah balik. Macam mana keadaan kamu selama ni? Umi risau. Tengok ni, dah kurus!" kata umi. Walid dan Hazzar sudah tergelak. Aku menghampiri walid pula. Walid juga merangkul aku.

"Balik pun anak perempuan kesayangan ni. Jangan lari lagi, ya? Walid nak sangat tengok Iffat bahagia dengan Hazzar. Lepas ni, fokus dapatkan walid dan umi kamu ni cucu pula," kata walid saja mengusik aku. Merah padam wajahku saat isu cucu dibangkitkan.

"Betul tu, Iffat. Umi teringin sangat nak main dengan anak kamu berdua pula. Cepat-cepat sikit berusaha tu. Kamu tu, Hazzar. Jangan bagi isteri stres sangat. Perempuan kalau stres, susah nak dapat baby. Tak elok juga untuk kesihatan," panjang lebar umi berpesan.

"Ya, umi. Hazzar janji akan jaga Iffat baik-baik,"

LELAKI TAKHTA HATI(C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang