33

717 24 0
                                    

Empat tahun kemudian

"Happy birthday Iffat!" beberapa orang staf di Sazarudin & Co. bersorak di hadapanku. Aku yang baru melangkah masuk ke dalam pejabat terkejut dengan kejutan mereka.

"Allah selamatkan kamu,"

"Allah selamatkan kamu,"

"Allah selamatkan Iffat,"

"Allah selamatkan kamu,"

"Tiup lilin ni Iffat, kek nak cair dah," Kak Raudhah membawakan aku sebiji kek coklat yang dicucuk dengan lilin berbentuk nombor dua dan sembilan.

Hari ini, aku sudah genap berusia 29 tahun. Itu juga menandakan sudah empat tahun aku meninggalkan Hazzar dan yang lain.

"Yeayyy!!!" jeritan nyaring dari staf-staf Sazarudin & Co. bergema. Kek tadi dipotomg lalu diagihkan. Kak Raudhah pula datang menyuakan kek itu padaku. Tak sangka pula, mereka mengingati hari lahir aku.

"Happy birthday Iffat. Saya doakan yang terbaik untuk diri kamu dan kerjaya kamu. Kamu antara staf terbaik yang kami ada di sini," kata majikanku, Encik Sazarudin.

"Terima kasih, bos. Saya janji, saya buat kerja lagi rajin lepas ni," gurauku. Encim Sazarudin ketawa.

"Ada-ada je la awak ni, Iffat. Sejak bila awak malas, saya pun tak tahu," katanya lalu terus masuk ke biliknya.

Sambil bekerja, aku juga sedang menghabiskan pelajaran di peringkat PhD di UUM. Ada berbaki dua bulan saja lagi sebelum aku bakal menamatkan pelajaran dan selepas itu, aku masih tiada rancangan untuk berbuat apa-apa lagi.

Aku rindu pada mak, abah, adik beradik, umi dan walid. Mak dan abah tak pernah jemu memujuk aku agar balik. Mereka mahu mencari keberadaan aku dan aku melarang sekeras-sekerasnya.

Soalnya, tiada sesiapa pun yang tahu ke mana aku pergi selepas aku melarikan diri dari rumah mertuaku. Atau lebih tepat lagi, bekas mertua untuk kali kedua?

Prang! Mangkuk yang tadi elok dalam peganganku sudah jatuh, pecah berkecai atas lantai.

Aku sudah berbulan-bulan menahan air mataku daripada keluar dengan penuh sabar. Akhirnya, hari ini tangisan yang aku tahan terhambur jua.

"Aku dah sembuh. Kau tak perlu jaga aku lagi. I only need Azeera in my life, as my wife. Not you!"

"Oh, Iffat dah lupa. Abang dah boleh bergerak sendiri walaupun dengan bantuan tongkat kan? Buat apa lagi Iffat nak ada  dengan abang? Jadi lepas ni, abang nak cari Kak Zeera balik ke?" soalku sinis.

Kesabaranku benar-benar telah tercabar hari ini. Hampir lima bulan aku menjaga dia tanpa mengenal erti lelah dan penat. Melayan segala kerenahnya biarpun aku tahu dia sengaja mengada-ngada, mogok mahukan Kak Azeera. Nampaknya, semua yang aku lakukan tak bernilai di mata Hazzar.

"Yes, dia je yang layak jadi isteri aku. Aku tak kisah apa jadi sekali pun. Aku akan benarkan dia jadi model macam dia nak, yang penting dia jadi suami aku," kata Hazzar. Aku sudah menggeleng kepala kerana tidak percaya dengan tingkah suami aku ni. Macam dah gila talak!

"Then, what about me?" aku bertanya pada dia.

"Kau, aku ceraikanlah. Tak kuasa aku nak jadi suami kau lagi! Patutlah Ikram tak nak dengan kau. Aku rasa tak senang je dengan kau ni. Apa yang ada dekat kau ni, aku tak tahulah!"

"Sampai hati abang cakap Iffat macam tu! Okay, abang nak sangat Iffat keluar dari rumah ni kan? Iffat akan buat. Abang boleh ceraikan Iffat macam yang abang nak. Iffat dah banyak bersabar dengan abang!" aku mahu keluar dari bilik ini. Tinggak di sini hanya membuatkan hatiku makin panas.

Saat aku membuka pintu bilik, muncul wajah umi dan walid. Umis sedang menangis teresak-esak sambil memandangku.

"U..mi...," umi terus menarik aku ke dalam rangkulannya.

"Kenapalah nasib anak umi macam ni, Iffat? Umi minta maaf... Iffat jangan pergi ya?" umi cuba memujukku. Namun, hari itu adalah hari terakhir aku di situ sebelum aku meninggalkan semuanya. Urusan perceraian diserahkan bulat-bulat pada Hazzar.

Jadinya, aku masih lagi memegang gelaran janda berhias buat kali kedua dengan bangganya!

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now