"Mama, adik menangis," Aslan memanggil aku saat aku sedang mengacau kuah gulai lemak ikan patin. Api aku tutup lalu menuju ke ruang tamu bersama Aslan.
Terlihat sosok Qaiser yang sedang berzikir dan menepuk perlahan paha Sayyid. Sayyid pula sedang menangis. Si kecil itu terus duduk ketika melihat aku.
"Sayyid, kenapa menangis ni? Sayyid lapar ke? Mama baru je suapkan nasi tadi," anak lelaki yang baru berusia dua tahun itu aku dukung lalu digosok perlahan belakangnya. Perlahan-lahan tangisannya reda sehingga dia terlentok di bahuku.
"Aik, adik dah tidur?" soal Aslan hairan.
"Haah, kalau nak tidur, kenapa menangis? Tidur je la," ucap Qaiser yang juga hairan dengan tingkah seorang bayi sebesar Sayyid. Aku ketawa perlahan.
"Baby memang macam ni. Dia tak pandai bercakap lagi, jadi dia tak boleh nak bagitahu apa dia nak. Aslan dengan Qaiser masa baby pun macam ni juga," terangku.
"Oooo," muncung mulut kedua-duanya tanda faham dengan apa yang aku kata sebentar tadi.
"Dah, mama tinggalkan Sayyid dengan korang kejap. Temankan adik kejap ya? Mama nak mandi. Kejap lagi papa sampai, kita makan sama-sama," tubuh Sayyid yang sudah lena aku letakkan ke atas tilam bayi.
"Okay, mama!"
Inilah rutin harian aku sebagai suri rumah. Menyiapkan suami dan anak-anak di waktu pagi, menyambut kepulangan Aslan dan Qaiser dari sekolah pada tengah hari, menguruskan Sayyid yang masih kecil dan kerja rumah yang lain.
Sudah enam tahun berlalu. Entah mengapa, rutin yang aku amalkan selama enam tahun ni membuatkan aku rasa bosan. Mahu bekerja pun, nak kerja di mana? Usia pun dah nak masuk 4 series.
Belum lagi nak cakap dengan suamiku sendiri kalau aku mahu bekerja. Sudah tentu dia bantah, atau mungkin aku diberi pilihan sama ada bekerja di firmanya atau duduk di rumah seperti sekarang.
Sudah tentu aku tak mahu bekerja dengan dia walaupun itu adalah apa yang umi dan walid galakkan memandangkan hanya Hazzar seorang yang mempunyai ilmu perundangan dalam kalangan adik beradiknya.
Kata umi dan walid, lebih bagus kalau suami dan isteri sama-sama bekerja di bawah satu bumbung menguruskan empayar yang dibina keluarga mereka selama ini.
Tapi, aku tahu itu tak mudah. Walaupun aku bukan jenis yang mengambil tahu kata-kata orang, tapi aku yakin ada hari aku akan tersungkur. Aku tak mahu dengar ayat-ayat seperti...
"Laki dia bos besar, mestilah senang dapat kerja dekat sini,"
"Kau jangan cakap bukan-bukan pasal dia, dia report kat bos, kau hilang kerja weh!"
Aku tak akan terganggu kalau tak ada apa-apa yang terjadi. Hazzar tak tahu hal ni. Hanya aku saja yang tahu.
Empat tahun lepas
"Macam mana bos boleh ada rasa dengan bekas adik ipar sendiri? Aku dengar, dorang kena tangkap basah masa majlis Tuan Ikram. Entah-entah, dia memang gatal. Sebab tulah, Tuan Ikram ceraikan dia. Lepas tu, dia goda pula bos kita,"
Aku hanya buat-buat tidak dengar saja, padahal ayat mereka jelas di telingaku. Aslan dan Qaiser yang sedang tidur di dalam baby stroller aku amati.
Terasa panas tubir mata saat cerita lama diungkit, biarpun apa yang mereka katakan tadi tidak benar sama sekali.
Kalau aku beritahu hal ini pada Hazzar, ibarat aku menutup periuk nasi enam orang pekerjanya. Tak tergamak aku berbuat begitu.
Haih, aku rasa aku tak patut fikir hal ni lagi. Hazzar tak pernah buat aku rasa kekurangan biarpun menjadi seorang suri rumah. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk aku, suami dan anak-anakku.
ANDA SEDANG MEMBACA
LELAKI TAKHTA HATI(C)
RomancePerkenalan Iffat dan keluarga Hajah Mariam atas suatu tragedi membawa kepada hubungan erat antara Iffat dan keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom itu. Iffat menuntut ilmu di UK, Hajah Mariam dan suaminya pula menetal di situ kerana ingin ke...
