Hari ini, aku akan kembali bekerja seperti biasa. Sepasang kasut tumit tinggi aku capai lalu disarungkan ke kakiku.
Hazzar awal-awal lagi sudah ke tempat kerja. Bukan hanya hari ini, malah setiap hari sejak kami berpindah ke penthouse mewah milik Hazzar.
Aku dah kata, dia layan aku endah tak endah saja. Aku sanggup bersusah payah bangun awal pagi untuk sediakan sarapan buat dia, tapi sikit pun tak dijamah. Begitu jaga makan tengah hari dan makan malam.
Lebih teruk lagi, kami tidak tidur sebilik atas permintaan Hazzar. Tak apalah, mungkin dia perlukan masa. Aku kena faham dengan perkara tu. Hakikatnya, dia tak boleh lupakan Kak Zeera lagi.
Aku pula, datang di waktu yang salah. Atau boleh jadi, aku orang yang salah untuk dia. Mana satu yang betul, aku sendiri tak tahu.
________________
"Iffat, nanti jangan lupa emelkan pada saya semua draf yang awak buat hari ni. Saya nak semak malam ni supaya kita tak kelam kabut untuk pagi esok. Boleh?" soal Puan Liyana, pengurus di jabatan aku bekerja.
"Boleh puan, saya submit sekarang," jariku laju mengetik tetikus dan butang papan kekunci. Semua hasil kerja yang aku buat bertungkus lumus hari ini dihantar kepada Puan Liyana.
Jam tangan aku lihat. Sudah jam 9 malam. Hari sudah lewat. Agaknya, apa Hazzar makan untuk malam ni ya?
Aku sengaja balik lambat malam ni memandangkan kerja memang banyak perlu disiapkan. Lagipun, Hazzar tak akan makan lauk yang aku masak. Rasanya, tak jadi masalah kut.
Aku segera melangkah keluar dari bangunan pejabat ini. Semua orang sudah balik. Tinggal dua orang pengawal keselamatan saja yang berkawal di luar bangunan.
Pintu kereta dibuka dan aku masuk ke dalam perut kereta sebelum memulakan pemanduan.
Harapnya, Hazzar tak balik lagi. Kadang-kadang, waktu macam ni dia sudah sampai ke rumah.
_______________
Sretttt!
"Ya Allah!"
Nafasku tercungap-cungap. Keretaku berhenti secara mendadak sehingga aku terlanggar pokok di tepi jalan. Kepala yang terhantuk pada stereng aku angkat perlahan.
Ya Allah, apa aku nak buat ni? Sudahlah tiada kereta yang lalu-lalang di jalan ni. Macam ada aku seorang saja.
Telefon aku capai lalu nombor Hazzar didail.
'Harap maaf. Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi,'
Tubir mataku yang sudah hangat tidak mematahkan semangatku untuk terus menghubungi Hazzar berkali-kali.
"Abang, angkatlah phone...,"
Namun, sama saja. Hazzar tidak menjawab panggilan aku. Aku nak minta tolong siapa? Semua yang aku kena tinggal jauh dari tempat ni.
Tok Tok! Cermin pintu kereta diketuk oleh seorang lelaki. Aku teragak-agak untuk membuka cermin tingkap itu. Tapi, aku cuba bersangka baik.
"Cik, cik okay tak ni?" soal lelaki tadi apabila aku keluar dari perut kereta.
"Saya okay. Cuma, kereta saya...tak tahu kenapa. Berhenti tiba-tiba," terangku.
Lelaki itu terus berjalan ke hadapan kereta. Aku melihat saja apa yang dia buat.
"Bateri dah kong ni, cik. Cik nak pergi mana ni?"
"Saya nak balik rumah," Lelaki itu melihat jamnya sebelum kembali memandang aku.
"Macam ni la, saya hantarkan cik balik. Kalau cik nak tunggu grab, saya rasa grab tak lalu kawasan sini. Lagi-lagi dah nak dekat pukul 10 malam," dan aku tanpa teragak-agak, terus menerima tawaran lelaki itu.
YOU ARE READING
LELAKI TAKHTA HATI(C)
RomancePerkenalan Iffat dan keluarga Hajah Mariam atas suatu tragedi membawa kepada hubungan erat antara Iffat dan keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom itu. Iffat menuntut ilmu di UK, Hajah Mariam dan suaminya pula menetal di situ kerana ingin ke...