35

781 20 0
                                    

Sudah berkali-kali aku menukar siaran televisyen, satu pun tidak aku berminat untuk tonton. Peristiwa petang tadi masih berlegar-legar di ruangan fikiran.

"...siapa kata kita dah bercerai?"

"Abang tak pernah ceraikan Iffat,"

Macam ada betul juga apa yang Hazzar kata petang tadi. Sepanjang empat tahun ni, tak pernah sekali pun aku terima surat dari mahkamah. Jadi maknanya, memang betullah kami masih lagi suami isteri?

Bukan ke Hazzar beria-ria nak ceraikan aku sebab dia cintakan Kak Zeera? Dah tu sekarang dia dah kahwin ke belum dengan Kak Zeera?

"Abang tak pernah ceraikan Iffat. Itu hakikatnya. Dan abang juga tak akan ceraikan Iffat. Iffat akan terikat dengan abang sampai bila-bila,"

No! Aku tak nak dia lagi. Hati aku masih sakit mengenangkan peristiwa empat tahun lepas.

Apa cara yang aku boleh buat supaya kami bercerai?
________________

Pagi yang nyaman bersama Iffat Atilia! Aku bangun awal hari ni. Saja mahu berjoging di sekitar kawasan perumahan. Dah lama juga aku tak keluarkan peluh.

Sedang aku berjoging, aku terpandangkan seekor anjing yang besar sedang berura-ura mahu datang dekat ke arahku. Ini yang aku lemah ni!

Aku melangkah ke belakang sebelum memecut lari. Sambil berlari, sambil memandang ke belakang melihat anjing tadi yang seronok bermain kejar-kejar dengan aku.

Mana mak kau, wahai anjing? Jangan kacau aku!

Buk! Aku melanggar satu permukaan yang keras dan rata. Sakit di hidung bukan kepalang.

"Shuh! Shuh!"

"Cik, cik okay ke?" aku mengangkat wajah. Eh, macam kenal!

"Are you...cik yang kereta rosak tengah-tengah malam sampai terlanggar pokok dulu?" soal lelaki di hadapanku ini.

"Y..yes...macam mana awak tahu saya...siapa?" soalku ragu-ragu dengan dia. Takut juga kalau dia penjahat yang sentiasa mengawasi gerak-geri aku.

"Saya Khairul. Lelaki yang hantar cik ke rumah malam tu," tangannya dihulurkan kepadaku mahu berjabat tangan. Aku hanya memandang kekok sebelum Khairul menarik semula tangannya.

"Sorry, saya dah lupa. Lagipun, dah empat tahun perkara tu berlalu," ujarku.

"Itsokay. Urm, are you living in this neighbourhood?" soal Khairul. Aku mengangguk lagi.

"Awak pun tinggal sini ke?"

"Eh tak. Saya datang sini sebab singgah balik rumah daddy saya. Saya kerja dekat KL. Dapat cuti seminggu dan saya balik ke sini,"

"By the way, nama awak apa ya?" Khairul memandangku sambil bertanya.

"Iffat. Sebelum awak tanya umur, saya 29 tahun," balasku. Khairul sudah tersengih.

"Awak lebih berusia dari saya. Saya 26 tahun," kata Khairul.

"So, you must call her kakak. She is older than you that you must give your respect towards her," sampuk satu suara yang datang dari entah mana. Aku dan Khairul menoleh. Dia!

"Sayang, sayang pergi mana? Abang cari sayang dekat tilam kita, sayang tak ada pun!" kata Hazzar seolah-olah merajuk kerana isterinya hilang. Bahuku ditarik masuk ke dalam pelukannya.

"Abang ni siapa?" soal Khairul.

"Oh, abang ni suami Kak Iffat. Adik ni siapa?" Khairul dan Hazzar berjabat tangan.

"Saya Khairul. Jangan biarkan isteri abang merayau seorang diri. Bahaya. Dahlah isteri abang ni cantik. Tadi pun dah kena kejar dengan anjing. Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu ya," mataku mengekori Khairul yang sudah kembali berjoging meninggalkan aku dan Hazzar.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now