Prak! Prak!
Aku yang sedang bersembang dengan umi dan walid tergamam saat mendengar bunyi barangan yang jatuh dari bilik Hazzar. Terus saja aku berlari ke bilik. Risau jika ada apa-apa terjadi pada Hazzar.
Sudahlah sejak balik dari rawatan fisioterapi semalam, Hazzar mengamuk saja. Pinth bilik aku buka dengan laju.
Segala barang-barangan yang tersusun di meja solek sudah selamat mendarat atas lantai. Ada botol minyak wangi yang sudah pecah, alat solekku yang sudah berterabur dan tertumpah. Aku memandang Hazzar.
"Abang, abang buat apa ni?" soalku . Apa lagi yang dia tak puas hati?
"Aku dah berak. Busuk kau tahu tak?! Kau tahu jaga suami atau tak, hah?!" jerkahnya. Aku memandang umi dan walid yang berada di belakangku. Mereka sudah ketawa terbahak-bahak.
"Umi, walid, Iffat bersihkan abang kejap," kataku sebelum mereka meninggalkan aku dan Hazzar.
"Umi! Umi nak pergi mana?" Hazzar menjerit memanggil umi. Umi yang serba salah memandang aku. Aku cuma menggerakkan tanganku agar umi pergi saja meninggalkan kami.
"Hei, aku nak umi la! Aku tak nak kau! Keluar!"
"Eh, busuknya bilik ni. Hapak! Abang makan apa sampai berak busuk sangat ni?" soalku lalu berpura-pura menutup hidung. Saja mahu menaikkan darah lelaki itu. Hazzar yang sedang duduk di atas kerusi roda sudah gelisah apabila mendengar apa yang aku katakan tadi.
Kerusi roda tadi ditolak ke bilik air. Pakaiannya aku tanggalkan.
"Kau buat apa ni? Panggil umi dengan walid! Aku tak suka kau tengok aku!" Hazzar masih lagi membentak.
"Tak malu ke biar umi dengan walid tengok abang terbogel macam ni?" Hazzar kembali diam.
"Kalau tak malu, Iffat pergi panggil umi dengan walid sekarang," kataku lalu mengacah-acah seperti mahu keljar dari bilik air. Hazzar lebih pantas menahan aku.
"Kenapa? Kata nak umi dengan walid?" aku masih lagi mengujinya.
"Kau...kau nak jadi isteri aku kan? Kau la b...be..bersihkan," kata Hazzar. Haih, kalau drama ni tak haram untuk ditayangkan, pasti sudah pecah panggung!
Hazzar Fateh kita dengan perangai malu tapi mahunya. Ingat aku tak tahu, dia sengaja nak cabar aku?
______________
"Hazzar," Kak Zeera menyapa Hazzar. Aku yang merayu agar Kak Zeera datang ke sini. Hazzar sangatlah menanti bekas isterinya itu agar kembali kepadanya.
"Zeera...bila you datang?" Hazzar menyoal. Air mukanya teruja melihat Kak Zeera. Aku menahan geloran di dalam jiwa. Isteri mana yang tak cemburu melihat suami masih cintakan bekas isterinya, biarpun aku tahu keadaan kami yang sebenarnya?
"Iffat masuk dalam kejap," kataku berura-ura mahu meninggalkan mereka berdua.
"No, Iffat. You stay sini je," arah Kak Zeera.
"Buat apa dia duduk sini? I tak suka dia. Suruh dia pergi," kata Hazzar. Dia melemparkan jelingan.
"Tak, Hazzar. She must stays here with us,"
"Hazzar, apa yang tak cukup untuk you? Iffat kata, you masih harapkan I datang pada you. You sedar tak, kita dah bercerai. Iffat ni isteri you. You patut berterima kasih sebab dia sudi jaga you walaupun keadaan you macam ni. You rasa, kalau I masih lagi isteri you, I sanggup ke jaga you dan tinggalkan kerja modelling I? Tak, Hazzar. Tak semua orang sanggup tinggalkan kerjaya demi jaga pasangan yang sakit. Tapi, Iffat dah buktikan yang sebaliknya. I yakin, dia jaga you dengan baik tapi you suka provok dia kan?"
YOU ARE READING
LELAKI TAKHTA HATI(C)
RomancePerkenalan Iffat dan keluarga Hajah Mariam atas suatu tragedi membawa kepada hubungan erat antara Iffat dan keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom itu. Iffat menuntut ilmu di UK, Hajah Mariam dan suaminya pula menetal di situ kerana ingin ke...