"Anak papa, Aslan buat apa tu?" Hazzar yang baru selesai mandi duduk di ruang tamu bersama aku dan Aslan di dalam dukunganku. Aku sedang berpantang di rumah umi memandangkan umi lebih dekat.
Hazzar mengucup pipi tembam milik Aslan sehingga anak kecil itu merengek. Aku terus menampar perlahan lengan Hazzar. Suamiku itu cuma tersengih saja.
"Jangan buat anak kita. Iffat dah penat nak tidurkan dia," kataku.
"Okay, abang tak janji yang abang tak buat lagi. Anak kita comel sangat. Macam mana abang nak tengok je tanpa buat apa-apa?" kata Hazzar lalu tertawa.
Sememangnya Aslan mudah tidur, tapi sangat mudah juga untuk terjaga. Bunyi tapak kaki juga boleh mengejutkan dia dari tidur. Bila terbangun, mulalah tangisannya bergema satu rumah. Jenuh mahu memujuknya.
"Haih, manjanya Aslan dengan mama. Sikit-sikit cari mama. Habis tu, bila papa boleh bermanja dengan mama pula?" soal Hazzar dengan bibir yang memuncung. Dahiku sudah berkerut.
Ini lagi seorang. Anak nak berkepit dengan mak, bapa pun tak nak mengalah!
"Kamu tu, Iffat. Jauhkan sikit diri dari suami kamu tu. Umi risau nanti Aslan dari baby lagi dah ada adik," sampuk umi yang baru datang bersama dulang makanan untuk aku. Makanan khas untuk orang berpantang.
"Eh, kenapa pula? Tak boleh, Iffat duduk dengan abang je. Jangan nak pergi jauh-jauh," balas Hazzar. Walid sudah ketawa di belakang umi.
"Walid tengok along ni dah macam kucing gatal dah. Asyik menyenggol je dengan Iffat tu," kata walid pula.
"Tu yang saya suruh Iffat duduk jauh-jauh dari along, bang. Nak-nak lagi si Iffat ni tinggal lagi berapa hari je nak habis berpantang," umi berkata sambil memandang Hazzar yang menyuap aku dengan makanan yang dibawanya tadi.
Biarpun rasa terseksa menahan malu gara-gara mereka yang sedang mengusik, aku tetap menggagahkan diri menelan nasi. Sebab umi masak sedap!
"Hah, sedap Iffat lauk hari ni?" soal umi. Aku menunjukkan thumbs-up padanya sambil tersengih.
"Sedap. Mula-mula, Iffat takut juga nak makan ikan haruan ni sebab orang kata hanyir. Tapi, umi masak sedap je. Kena dengan selera," balasku. Umi senyum lalu mengangguk.
"Syukurlah kalau kamu kata macam tu. Naira tu, umi masak masa dia bersalin dulu, tak dijamah pun," kata umi lalu mengeluh. Aku dan Hazzar memandang sesama sendiri.
"Umi, mungkin rasa ikan haruan tu tak kena dengan selera dia. Ramai je orang tak suka makan ikan haruan," aku memujuk umi. Umi mengangguk perlahan.
"Janganlah sedih, Yam. Mungkin dia tak biasa makan macam tu. Kita dalam rumah ni memang biasa makan ikan haruan," walid pula memujuk umi.
Tangisan Aslan yang bergema mengalihkan pandangan kami semua. Aku segera mengkendong Aslan lalu menepuk pinggul Aslan perlahan.
"Hurm, tengok ni. Menangis je, mama dia dukung. Papa ni gigit jari je tengok mama peluk cium Aslan," kata Hazzar. Suasana kembali ceria.
"Tengok tu, bang. Tak habis lagi si along nak menempel dengan isteri dia. Iffat, malam ni tidur bilik bawah. Kalau kata ada orang kacau juga, umi teman Iffat tidur. Walidnya nanti jaga along ni, jangan bagi keluar bilik," kata umi. Kami sudah ketawa melihat umi yang separuh mengamuk melihat Hazzar yang tak mahu mengalah dengan si kecil Aslan.
YOU ARE READING
LELAKI TAKHTA HATI(C)
RomancePerkenalan Iffat dan keluarga Hajah Mariam atas suatu tragedi membawa kepada hubungan erat antara Iffat dan keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom itu. Iffat menuntut ilmu di UK, Hajah Mariam dan suaminya pula menetal di situ kerana ingin ke...