FORTY-NINE

9 1 0
                                    

'Surat Cinta Buat Si Pemilik Hati'

Kemeja hitamnya, senyuman yang di damba,
mengulam bayang kalbuku,
Langkahnya seperti di atas angin masih diatip rapi ke tempat dituju,
Bunyi tapak kasutmu tidah lesah walakin laju tertumpu ke tempat yang satu,
Masih segar dalam ingatanku, gesar terbentuk di air wajahmu.
Pada bila kakimu langkah hampir mabur, boleh pula mata kita bertemu,
Bagaikan titisan hujan jatuh ke daun di pokok jeruju,
Sedetik hatiku berdegup kuat manakan langkahku pula kaku,
Bagaimana sesaat yang berlaku begitu pantas dirasakan bagaikan aku di angkasa sana sambil dikelilingi andani dan andu,
Bermain di fikiranku jelingan tajam matamu,
Beringat pula aku untuk semula ke situ,
Hari bersilih ganti, purnama demi purnama, malam bertukar-tukar, mentari masih satu,
Satu patah kata tidak diucapkan diriku,
Dari mata ke mata, dari senyuman ke senyuman, itu sahaja menjadi perbicaraan aku dan kamu,
Satu hari hening, melangkahlah dirimu mendekatiku sambil salam diucap dari bibirmu,
Walaupun seringnya kita berjalan ke arah berbeza namun hari itu langkah kita menyatu,
Satu hari ke lainnya, makin dekat hatiku kepadamu, makin menyemai rasa sayangku,
Walaupun begitu,  aku akhirnya menemui noktah kasihku buatmu,
Kerana kita di dua buana yang takkan bakal bersatu.

Engkau menyembah si Dia, aku bersujud ke Maha Esa,
Aku lebih memilih apa yang aku anut berbanding cinta kita,
Tidak dapat kita bersatu di dunia, tidak pula kita dapat bersama di syurga,
Akan kata Tuhan, cukuplah hanya rasa cinta yang terputus di sini, aku sudah cukup bahagia,
Ingatlah wahai kasihku, walau di tengah arungan sana mahu aku teruskan mengejar dirimu namu tidak dapat aku lakukan seperti sudah ku duga,
Buat pemilik hati, carilah bahagia kamu sendiri walau tidak aku bersama.

tamat.

(Sajak Bahasa Melayu)

-2022

STATE OF MINDWhere stories live. Discover now