FORTY-EIGHT

10 1 0
                                    

'Satu Hari di Dunia'

Kita semua manusia biasa,
Tidak lekang dari dosa pahala,
Kita dicipta dari Tuhan yang sama,
Aku hidup bersujud ke Maha Esa,
Mengapa engkau hidup bagai tiada Dia?
Orang bersujana, kita berbahasa,
Nirmalanya hati dek kata-kata,
Manakan pula orang tak suka,
Kerana mulut, badan binasa,
Jangankan kerana renjanamu kepada manusia,
Tuhan yang ada engkau lupa,
Jangan dianggap cerahnya jumantara,
Tiada metaka yang bakal tiba,
Hidup di dunia jangan terlalu banyak bercanda,
Atmamu milik Tuhan kita,
Hilang ditarik sekelip mata,
Seluas segara dialun selebu bersela tenangnya,
Jangan kau anggap semua benda engkau yang punya,
Tiada yang selamanya, semua pinjaman semata,
Jangan mendongak ke langit, lubang di tanah tak nampak dek buta,
Baharinya mulut, orang suka,
Setiap apa yang kau kata, durjana semata,
Habis ditempelak semua makhluk di buana,
Makian jadi zikir di mulut yang hina,
Bukan mahu mengingatkan Tuhan yang ada,
Malah menambahkan api amarah orang pula,
Hidup di dunia, manusia cerca, Tuhan hina,
Hidup tak senang, mati payah pula,
Dosa dikumpul, pawaka neraka menunggu di sana,
Jangan hanya ingat dengan Tuhanmu sahaja engkau berdosa,
Maaf dipinta manusia, baik dibuat di dunia.

tamat.

(Sajak Bahasa Melayu)

-2023

STATE OF MINDWhere stories live. Discover now