1

865 38 4
                                    

Enam jejaka kacak beratur secara memanjang ke belakang.Bagi menyambut hari lahir puteri pertama Tengku Aiman dan Mawar Kasturi iaitu Tengku Aifa,mereka berenam akan menari tarian yang terkenal pada sejagat ini.

Rentak lagu mula dimainkan, Aidan duduk paling hadapan dengan wajah tidak rela itu dia turut gerakkan kepala mengikut rentak muzik.Aidan keluarkan kaki ke kanan,Abbas di belakang Aidan keluarkan kaki ke kiri,begitulah kaki mereka berselang seli keluar sehingga kaki Hans yang bediri belakang sekali keluar.

"Come babehhhh!!"jerit Abbas memeriahkan lagi suasana.Tangan kanan diangkat tinggi membuat gaya jari gojo satoru.

"Let gourrrr one two one two three"jerit Hayyan.

"TAPOPS mengembara satu galaksi
Mencari Power Sphera tuk dilindungi
Power Sphera tak boleh salah guna"

Mereka berenam mula menari gaya komando kokoci dan power sphera motorbot.

"Oleh si alien, si alien"jerit Aryan tangan membentuk penumbuk dijadikan sebagai mikrofon.

"Si alien durjana!"jerit Abbas,Hayyan dan Aryan kuat.

Para ibubapa di bawah mengeleng kepala dengan karenah anak mereka.Bapa paling hyperactive kita berikan kepada Tengku Aiman dan Reez Haider.Dari tadi bertepuk tangan gembira kalah adudu.

"TAPOPS mengembara satu galaksi
Mencari Power Sphera tuk dilindungi
Power Sphera tak boleh salah guna"

Mereka kembali beratur seperti tadi.

"Oleh si alien"Abbas keluarkan kepala ke kanan.Tapak tangan melekat pada pipi.

"Si alien"Hayyan keluar kepalanya ke kiri.Turut tangan di pipi.

"Si alien durjana!"serentak mereka berkata kecuali Aidan dan Hans.Terpaksa tebalkan muka.Rizky dia ikut je kepala senak ubi tiga lelaki muda itu.

Aidan mencangkung manakala yang lain semua kedepan.

"Tapops mengembara satu galaksi!"rangkap terakhir diambil oleh Abbas.

"Hoiiii!!!"bergabung suara mereka.Tangan dilambai ke atas.

"Anakkkkk papaaaaa!!!"saung Haider tak habis tepuk tangan kepada Rais Hans dan Rais Hayyan.

"Anakkkk ayahhhh"laung Tengku Aiman pula kepada dua orang anak teruna dia.Tengku Aidan dan Tengku Aryan.

Aidan menjeling ayah dia dengan riak menyampah,dia terlebih dahulu turun dari pentas diikuti dengan Hans.

Yang lain masih atas pentas,mahu dendangkan lagu lain pula.Abbas merampas mikrofon dari juruacara.Manakala Rizky mengambil alih tempat dj malam ini.Terkanjal dj itu.

Aidan duduk di sebelah Mawar.Hans juga duduk sebelah mama dia.Laila mengusap rambut perang anak sulong dia.

"Sabarlah bang,mama tak tahu kenapa boleh terpikat dengan papa kamu"ujar Laila faham perasaan anak sulong dia mengenai Haider yang terlampau aktif walhal umur dah layak nak masuk kubur.

"Your husband really annoying mama,kalau bergabung dengan pakcik Aiman tu,nauzubillah"kata Hans mengutuk kedua orang tua yang duduk di kerusi hadapan sekali.

"Aidan nak makan tak?"

Aidan geleng kepala kepada soalan ibu dia.Dia pandang kosong manusia di atas pentas.Mikrofon sudah bertukar tangan.Aidan lihat adik dia,Aryan sudah ingin membuka mulut.

"Bila Izrail datang memanggil.Jasad terbujur dipembaringan,Bila izrail datang memanggil
Jasad terbujur dipembaringan"Aryan pejam mata menhayati dengan lebih mendalam.

"Allahu "keluh Tihany lihat anak Mawar.Lagu tak kena dengan majlis masalahnya!

Luth memicit kepala dia pening,Aryan menurun perangai siapa ni?Rasa terinsaf kejap.

IVYWhere stories live. Discover now