Hayyan menolak pintu bilik,tempat dimana Demon dikurung.Di tangan dia ada satu plastik hitam,selepas balik dari latihan basketball terus dia diarah oleh Aidan untuk memberi makan kepada ikan nemo itu.
"Nah makanan kau.."Hayyan letak plastik itu di hadapan Demon yang meringkuk tidur atas lantai,tanpa beralas apa-apa.Semalam bagi bantal dan selimut tak mahu.Jual mahal sangat.
"Kau ni faham melayu tak sebenarnya?aku penat lah kalau asyik nak speaking je.Aku belajar takat diploma je bukannya degree bagai nak rak macam kau tu,pandai itali omputeh jawa bagai.."empat muka surat Hayyan berleter.
Demon diam langsung tidak bangun dari baringan untuk makan.Hayyan lepaskan keluhan menyampah.Dia buka plastik itu,bekas polistren putih dikeluarkan.Saat itu barulah Demon bangun.
Terhenti tangan Hayyan mahu buka bekas polistrin.Dia pandang Demon,terus bangun ea bila aku buka.Jangan suruh aku suap sudah..
Demon duduk bersila hadapan Hayyan,badan dia lemah menahan kelaparan dari semalam.Mata perhati tangan putih Hayyan yang membuka getah pada plastik kuah itu.Aroma chicken rice shop membuatkan selera dia membuak-buak.
Hayyan tolak bekas nasi ke hadapan Demon.Kemudian dia bangun hendak keluar.Demon lihat itu,laju tangan pegang kaki Hayyan.
"Arhhhh!! jangan apa-apa kan akuuuu..kau nak apa ni!aku dah bagi makan kan!!"takut-takut Hayyan menarik kaki dia dari terus dipegang oleh Demon.Lelaki itu mendongak pandang dia.Tahu lah mata cantik sampaikan aku dengki!
"Feed me.."pinta Demon pegang kedua belah kaki Hayyan pula.
"Weh tongkol kau tu bukan bayi nak suruh suap,besar gedabak dah macam ayah aku tau!"marah Hayyan kasar.
"Pleaseee.."rayu Demon.
Hayyan berhenti menarik kaki,dia terdiam sekejap melihat anak mata biru bergetar memanah anak mata hitam dia.Kenapa?timbul rasa kasihan dan simpati terhadap lelaki bernama Demon itu.
"Ha yelahhhh yelahhhh"pasrah Hayyan kasar,dia kembali duduk bersila depan Demon.Bekas nasi diletak atas tapak tangan kiri.Sebelum itu dia tunjuk tangan kanan dia kepada Demon.
"Aku tak basuh tangan ni tau!bekas aku garu bontot tadi..kau okay je kan?"kening kanan dinaikkan.
Terangkat kedua belah kening Demon,tak faham bahasa melayu.Dia jungit bahu meniyakan saja kata Hayyan.
"Ikut kau lah,kejadah apa lah aku buat kerja part time ni.Ni kalau Ar dan Bas tahu malu tujuh keturunan aku"omel Hayyan lagi,tangan mengaul nasi ayam.Ayam dicubit lalu ambil segenggam nasi.Dibawa ke mulut seksi itu.Demon sudah ngaga tapi Hayyan berhenti.Terkebil mata biru itu pandang Hayyan.
"Baca bismillah dulu.."
Demon mengeleng kepala.
"Haih kau niii islam ke tidak?"tanya Hayyan jatuhkan tangan sekaligus letak balik nasi ke dalam bekas.Demon meratapi nasi ayam itu.
"Speak englishhhh please"dingin suara itu berkata.
Hayyan mendecit,sibuk nak cakap bahasa matsalleh kenapa?dia gaul semula nasi itu.
"Bismillah"baca Hayyan bagi pihak Demon.Tak sempat nak korek maklumat tentang Demon sama ada islam atau tak.
"Islam or kristian?"
"Kristian.."
Hayyan pandang Demon dengan riak terkejut.Kristian?maknanya betul lah Demon ni bukan anak Hartini.Tapi siapa?
"Where you form?"
"Plasenta.."
"Ada aku tonyoh ayam dekat muka kan!aku pun dari plasenta juga!"Hayyan renjis nasi dalam bekas itu.Geram punya pasal dia malas nak bercakap banyak dah.Kut mu lah..
YOU ARE READING
IVY
ActionBook 4 ; PREQUEL (Alpha Is Mine) Tengku Aidan + Laura Medina Dark romaction "Kau nak kahwin dengan aku tak?"tawar Laura Medina seperti ikan di pasar. "Kalau aku taknak?"dingin Tengku Aidan bertanya. "Kau rugi sebab aku anak Luth Mateen ramai peminat...