Makanan penuh terhidang atas meja dipesan oleh Abbas.Meja dipenuhi dengan para jejaka hangat.Iaitu Abbas,Aryan,Hans dan Aidan.
"Sorry abang Aidan kakak tak ikut sebab pergi dating dengan budak baru"kata Abbas kepada Aidan yang diam makan ubi kentang.
Wajah Aidan hanya mendatar,tiada kata untuk ayat Abbas.
"Kak Medina dating dengan siapa?"teruja Aryan menyoal Abbas ingin tahu.Mulut tanya Abbas mata mengerling Aidan yang beriak beku itu.
"Budak intern baru masuk"balas Abbas masukkan nugget emas ke dalam mulut.Renyah benda segi empat itu bila digigit!Nyumm!
"Lelaki ke perempuan?"soal Aryan lagi.Macam sedap je kisah cinta kakak Abbas kali ni.
"Perempuan"
"Prush!"tersembur air oren dari mulut Hans,segera dia capai tisu yang dihulur oleh Aryan.
"Nasib sikit je,selamat muka kau hari ni"sedikit semburan di wajah Aryan dilap.
Hans sengetkan bibir,semua Abbas punya pasal!.
Aidan mencicah fries dengan keju yang ada dalam mangkuk kecil depan Abbas.Abbas pesan dua mangkuk kecil saja keju jadi tak cukup untuk dia yang gemar makanan berkeju.
"Bello?"sapa Hayyan yang baru sampai,dia tepuk bahu abangnya,punggung malabuh sebelah Hans.Dia sengih dapat jelingan dari abang dia.
Hans pandang gaya Hayyan dari atas sampai bawah,baju kemeja dan seluar cargo dan berkasut snekear.Hairan,tak sesuai langsung kemeja dengan kasut dan seluar.
"Cop cop..sekarang baju kau ni macam mati bini je aku tengok.Dari mana?"Abbas juga berasa pelik,dia menyoal Hayyan.
"Ha'ah macam bangla pun ada aku tengok"sambung Aryan.
"Papa aku kejar aku tadi sebab tak solat subuh,aku capai mana sempat lah baju dan ini lah aku"jelas Hayyan penuh selamba mempuak makanan milik Hans.
Hans mengulingkan bebola mata ke atas.
"Maknanya kau tak mandilah ni?"berlapis dahi Aryan tanya.Nampak muka Hayyan macam dah mandi tapi tengok rambut serabai nak mampuih.
Hayyan letakkan fries di mulut gaya vampire lalu hanya sengihan menjawab soalan Aryan.
"Coiii kooo!busuk kalah bangkai ikan aku"kutuk Aryan mengepit hidung.Ibarat bau tu datang setelah dapat pengakuan dari tuan badan.
"Eyakkk..bangkai bewakkk"celah Abbas masukkan jari telunjuk dan jari hantu kiri ke dalam lubang hidung.Hayyan berdecit melihat taletah dua tiang itu.
"Mujur kau jauh dari aku Aryan,kalau tak dah lama mangkuk ni terbang masuk mulut kau"
"Kau ni otak cetek lah,aku boleh elak kot"balas Abbas mahu apikan Hayyan.Dia gemar bermain perasaan Hayyan.Sebab lelaki itu tidak akan mampu berbuat apa seperti mulut berkata.
Aidan dan Hans diam tidak masuk campur.Aidan pula entah kenapa terikut Aryan ke sini.Sisi syaitan dia berbisik untuk ikut.
*******
Sepasang mata tajam melihat seorang lelaki yang sedang bermesra dengan seorang wanita.Lelaki itu menyuap makanan ke dalam mulut wanita itu.Cis dasar penyondol.
Laju kaki Medina masuk ke dalam sebuah restoran yang sederhana.Meja bulat itu dituju oleh dia,sampai saja terkejut beruk pasangan bahagia itu.Ha sikit lagi nak hampir sama macam beruk!
"Medina"terbangun lelaki itu dari kerusi melihat wajah bengis Medina.Terkulat dia pandang Medina dan wanita itu bersilih ganti.
"Ha sekarang kau jelaskan Eijaz!siapa hamba tuhan yang kau sedap bersweet siap suap makan bagaikan bumi ni kau punya"hambur Medina terus tanpa kata pendahuluan.
"Me..."lelaki itu mula tergagap tidak tahu mahu berkata apa.Dia cuba nak pegang lengan Medina laju Medina larikan.Tak reti halal haram ke mamat ni..
"Hye you siapa nak tengking boyfriend i?"wanita itu mula bangun marahkan Medina.
Terdiam Medina apa baru keluar dari mulut wanita itu.Boyfriend?
"Eh you,you tahu tak you bersweet bagai nak rak sampai aku on the way nak kencing manis..ni ni lelaki ini pakwe aku"geram Medina sembur depan muka wanita entah apa nama.Tak sempat nak tanya.
Saja nak labelkan Eijaz sebagai kekasih dia walhal sudah putus entah keberapa hari yang lalu.Putus tanpa lafaz,Eijaz sibuk sangat layan awek baru sampai mesej dia tak terbalas oleh lelaki pungut itu.
"Medina!"Eijaz menolak bahu Medina dari terus mendekat dengan kekasih dia.
"Eh lelaki jauhkan tangan kau dari badan aku!aku bukan macam wanita ni yang sesuka hati kau nak sentuh"lantang Medina berkata sempat dia sindir wanita yang berpakaian tutup belitup tetapi sayang aurat antara wanita dan lelaki tak tahu.
Pang!
Bunyi kuat itu mula menarik beberapa orang yang berada dalam restoran ini melihat mereka.
Selamat pipi kiri Medina ditampar oleh Eijaz.Terbuka kecil mulut Medina tidak percaya,tangan melekap pada pipi dia.Bergegar otak kepala dia.
Tubir mata Medina mula terasa panas.Dia pandang Eijaz yang beriak menyesal.
"Medi..."
"Kau tampar aku Eijaz!oh ni balasan kau dekat aku?kau minta putus dengan aku bagaikan aku yang salah rupanya kau ada perempuan lain"nada Medina tetap dikawal.Tatapan mata dia sudah dipenuhi dengan kebencian terhadapap Eijaz.Mak bapak aku tak pernah naik tangan tapi..
"Dan kau perempuan!baik kau putuskan saja hubungan kau dengan laki ni sebab suatu hari nanti kau akan rasa apa yang aku rasa"pesan Medina kepada wanita itu.
Mata turun melihat gelas masih berisi dengan air coklat.
"Kau dengar sini Jazz buaya!aku doa kau jatuh longkang mati menunggeng!"Medina berikan kutukan kepada Eijaz.Laju tangan capai gelas itu lalu dengan sengaja dia tumpahkan semua air ke muka Eijaz.
"Lelaki tak guna!"gelas dihentak kasar atas meja.Selepas maki Medina terus keluar dari restoran itu.Tak betah mata dia nak lihat lelaki tu lama-lama.Boleh sakit jiwa aku!
Medina keluar dari restoran itu,kesian restoran jadi tempat bergaduhan mereka.Sesekali Medina membongkokkan badan akibat sakit dalam perut.
"Ish dahlah first day,ni buat aku lagi nak meraung ni"emosi Medina tidak tentu hala.Hari pergaduhan jatuh pada hari pertama dia datang bulan.
Tangan melekat pada dinding kedai sebelah ingin rehatkan badan.Berlapis dahi dia menahan sakit,tadi tu tunjuk kuat lah nak berlawan mulut.Peluh mula merenek keluar dari dahi dia.
Orang lalu lalang depan dia hanya tersenyum nipis tapi manis dia berikan.Jangan nak kata aku sakit jiwa pula.
Bila terasa okay sikit dia bangun semula,badan digerakkan membetul tulang sumsum.Oksigen dihirup dalam sehingga bau sampah sarap menyapa hidung dia.
Medina kembali berjalan menuju ke kereta milik dia yang terparking di tepi jalan.Masuk saja dia sandarkan badan ke kerusi.Ingin mencari emosi stabil dia semula.
Entah kenapa dia tergerak hati mahu datang ke sini,rupanya Allah nak tunjuk pada dia perkara sebenar.Apa salah dia sampaikan Eijaz terfikir nak duakan dia.Apa kurang pada dia?
Medina menepiskan wajah Eijaz dan wanita tadi,dia tidak mahu berfikir lagi tentang lelaki itu.Apa dia dapat hanya hati yang sakit seperti dihiris dengan pisau.
Kereta mula bergerak atas jalan tar,lebih baik sibuk kan diri dengan diri sendiri.
Continued...
Salam June 🦋.
YOU ARE READING
IVY
ActionBook 4 ; PREQUEL (Alpha Is Mine) Tengku Aidan + Laura Medina Dark romaction "Kau nak kahwin dengan aku tak?"tawar Laura Medina seperti ikan di pasar. "Kalau aku taknak?"dingin Tengku Aidan bertanya. "Kau rugi sebab aku anak Luth Mateen ramai peminat...