26

333 25 2
                                    

Medina mengambil cuti selama satu minggu dari mencari rezeki.Dan seminggu itu juga dia terbongkang dekat rumah,saja nak healing katanya sambil pulihkan keadaan yang tidak berapa stabil lagi

Dalam pada itu dia berfikir dan terus berfikir soal tempoh hari.Disebabkan bahu,dia jadi tertanya-tanya.

"Siapa yang tembak aku?"

"Ada orang tak puas hati ke?"

Medina bercakap dengan diri sendiri.Masalah ini sangatlah serius sampai bermain dengan nyawa.Kalau hantar santau boleh lah juga ni main tembak-tembak.

Dia mencari jawapan sendiri tanpa bertanya kepada sesiapa.Hm sampai bila-bila pun dia tidak akan jumpa jawapan.Lebih baik diam.

"Kakak"bunyi ketukan dan panggilan itu menhentikan lamunan dia.Suara merdu disebalik pintu itu buatkan dia bangun lalu pintu dibuka.

"Ye ma"sahut Medina.

"Sibuk ke?"soal Tihany senyum manis melihat anak daranya.Wajah Medina masih lagi kelihatan pucat kerana enggan makan ubat.Kena paksa dengan Luth barulah boleh jalan.

Medina mengeleng.

"Kenapa ma?"

"Nak ajak kakak teman mama pergi rumah maksu kejap,nak hantar barang"pinta Tihany.Semalam dia baru pulang dari kampung,jadi Laila kirim buah durian.Maklumlah musim durian,tak menyabar Laila suruh dia hantar.Suruh datang sini taknak,driver kerja.Anak-anak pun sibuk dengan kerja masing-masing.Hmp!

"Oh..boleh je ma..nak pergi pukul berapa"tanya Medina mata mengerling jam di dinding.Sepuluh minit lagi nak masuk waktu zohor.

"Lepas zohorlah,mama nak mandi dulu panas tanam pokok tadi"badan dimamah usia ni,kerja pun pencen dah bertahun-tahun.Jadi dia cari hobi duduk rumah.Tanam pokok jelah.

Luth pula hidup macam askar pencen tapi belum tiba masanya lagi.Luth masih berkhidmat dalam dunia tentera.Dia masih sayang nak tinggalkan kerana kerja itu dia dapat jumpa si isteri yang cantik lagikan ayu.

Cis!

Medina siapkan diri terlebih dahulu,usai selesai solat zohor terus dia menyauk tudung sarung.Cara paling mudah kalau dah datang malasnya.

Hanya dompet kecil dan telefon bimbit dia bawa.Disebabkan nak pergi rumah Laila je dia malas nak bawa barang,cukuplah dalam dompet tu ada duit,ic dan lesen.

"Amboi yangg nak pergi mana?"celah Luth melihat dua figura wanita kesayanganya ingin keluar dari pintu.

"Lah abang dah balik?bila masa masuk?"soal Tihany.Hairan dia tak dengar bunyi kereta pun.

"Baru je sampai.."jawab Luth mengambil plastik di tangan Tihany lalu melihat isinya.Durian?haha mesti adik dia nak ni.

"Saya dah cakap kan?"Luth dipersoal sambil kedua belah kening ternaik.Dia dah mesej Luth minta izin nak keluar.Suami dia pun bagi izin.Ni nak ditanyakan lagi.

Medina terlebih dahulu keluar,laki bini ni kalau dah jumpa lama sikit sembang.Plastik di tangan papanya dirampas.

"Hati-hati di jalan raya tauu"pucuk hidung Medina dicuit manja.

IVYWhere stories live. Discover now