"Kau nak kemana?"soal Hans melihat Aidan masukkan senjata ke dalam beg berbentuk gitar itu.Aidan juga memasukan sniper.Dia bangun bertenggek pada meja sebelah Aidan.
Tangan kanan Aidan yang dibalut dengan kain itu dipandang,takut nak bertanya bukan sebab takut tapi sebab takut tak dijawab.Ha begitulah kira-kiranya.
Aidan tidak menjawab,tegang wajah lelaki itu.Zip beg ditutup rapat.Jaket atas meja diambil lalu dipakai.Ada sesuatu hendak dilunaskan.
"Kalau rasa nak tahu,follow"ujar Aidan dingin,tali beg gitar disauk pada badan dia.Kunci motor dan telefon bimbit diambil terus dia berjalan keluar dari bilik senjata.
Mereka punyai senjata bukan secara haram,mereka sudah ada lesen memiliki senjata sejak Uwais hidup lagi.Aidan takkan biarkan lesen itu mati,kerana senjata adalah makanan sampingan lelaki itu.
Hans menjungit bahu,disebabkan dia ingin tahu dia ikut Aidan.Helmet disauk ke kepala.Dua buah motorsikal berkelas itu mula bergerak menluncur di jalan raya.Hans dibelakang mengikut tujuan Aidan sebenar.Langsung tidak dikhabar.
Sampai di belakang lorong bangunan yang usang Aidan berhentikan motorsikal.Hans pandang dengan riak tertanya apa pakcik Aidan buat dekat sini.Lagi pelik Aidan yang langsung tidak buka helmet itu.
"Kau nak buat apa sebenarnya ni?"helmet diletak atas motor.Aidan pandangnya dengan wajah yang tertutup itu.Kunci motor Aidan disambut.
"Aku nak buat amal jariah kejap,kau nak ikut atau tak terpulang kau.."balas Aidan dengan suara menebal.Sarung tangan diletak atas ton minyak.Tali beg dikemaskan.Sekilas dia pandang Hans sebelum membuka langkah ingin mencari masalah.
Hans tidak berganjak,malas.Dia bertengek di motor sambil mata memerhati Aidan naik tangga entah menuju ke mana.Plan pun takde,entah apa function datang sini.
Sampai di depan cermin gelap.Tali yang bersambung ke bangunan sebelah Aidan tarik lalu bergayut untuk ke seberang.
Prang!
Aidan masuk menembusi tingkap,habis pecah.
Dengan langkah senyap Aidan mendaki tangga naik menuju ke bumbung bangunan.Pintu dibuka,dia atur langkah ke birai bangunan.Beg dibuang dari badan.Helmet masih setia di kepala.
Suasana malam hari memudahkan kerja dia untuk laksanakan perang.Kepala separuh timbul mengintai manusia-manusia yang keluar masuk dari sebuah kedai.
Jam pada tangan dikerling sekilas,lima minit lagi mahu masuk pukul dua belas malam.Aidan membuka beg yang terletaknya senjata.Sniper paling mematikan dilaraskan dengan betul.
Tanpa membuka cermin helmet dia dapat aim sasarannya.Jari telunjuk bersedia menarik pemicu.
Kedengaran suara bising hamba Allah baru keluar dari kedai itu.Tempat geng kongsi gelap bertemu.Aidan menyipitkan mata kanan,putaran zoom di pusing ke kanan.
"Bismillah"
Zap!
Zap!Dua tembakan tanpa bunyi Aidan lepaskan kepada anak buah Firash.Segera Aidan tundukan kepala apabila semua mata mencari punca tembakan dilepaskan.
"ARHHHH!!"
Aidan berkemas peralatan senjata,beg digalas dengan kemas kemudian dia bergegas untuk pergi dari bangunan ini.Dia dapat dengar Firash memberi arahan kepada anak buahnya untuk mencari pelaku.
Telefon dalam poket diambil,pantas jari memetik nombor Hans.
"Ha pehal!"
"Get ready to fly"ujar Aidan sebelum matikan talian.Dia berhenti di anjung bangunan,sebelum melompat dia memeriksa ke bawah.Kosong dan selamat untuk dia lari.
YOU ARE READING
IVY
ActionBook 4 ; PREQUEL (Alpha Is Mine) Tengku Aidan + Laura Medina Dark romaction "Kau nak kahwin dengan aku tak?"tawar Laura Medina seperti ikan di pasar. "Kalau aku taknak?"dingin Tengku Aidan bertanya. "Kau rugi sebab aku anak Luth Mateen ramai peminat...