11

416 27 0
                                    

Kayu besbol diseret atas lantai,terhasil bunyi seperti pasir halus.Aidan menunduk kepala melindungi wajahnya disebalik hoodie supaya lelaki yang berada di hadapannya tidak kenal diri dia.Ruang kecil gelap hanya ditemani oleh lampu meja kecil.

Hans berpeluk tubuh melihat urusan yang bakal Aidan selesaikan.Hanya mereka berdua di dalam ruang kosong ini.

"Siapa kau?"terketar-ketir badan Eijaz bertanyakan.Bulu roma dia meremang seluruh badan.

Hans senyum senget,nampak mata hitam itu mengecil kerana ketakutan.Dia berada tidak jauh dari Aidan pun sudah takut.

"Dimana batang terguling di situ cendawan tumbuh"balas Aidan dingin.Dia saja perlahankan kaki berjalan ke arah Eijaz.

"Kau manusia paling rugi dalam dunia,lepaskan wanita macam tali tetapi sayang tali disambut oleh aku.."sambung Aidan lagi mendongak kepala sedikit mengintai wajah Eijaz seperti kucing melihat hantu.

"A..apa ma..maksud kau?"soal Eijaz tidak faham dan masih tertanya siapa lelaki itu.Walaupun Aidan dongak kepala dia masih tidak dapat melihat wajah itu kerana gelap.Hanya nampak kasut bercahaya dengan warna hijau saja.

"You have to accept this choice Eijaz"

"Jangan apakan akuu.."

Aidan senyum sinis,tak mudah lepaskan haruan begitu saja.Aidan berhenti sekejap,dia angkat kepala mencerlung Eijaz bagai nak telan.Dengan langkah laju dia berlari,kayu besbol diangkat tinggi.

"ARHHHH!!!"

Buk!
Buk!
Buk!

"Sakit.."Eijaz mengerang kesakitan di seluruh wajahnya dengan pukulan batang kayu itu.Badan dia sudah terjelopok jatuh atas lantai konkrit.

Aidan lempar kayu tersebut,tangan dikepal membentuk penumbuk.Permainanan dia masih belum tamat.Kolar baju Eijaz dipegang erat,dia duduk atas badan Eijaz.Penumbuk kanan sudah di awangan.

Buk!
Buk!

"Lelaki macam kau ni tak layak ada perasaan lah"

Hans perhati tanpa terniat ingin hentikan perbuataan kejam Aidan.Medina telah ditampar oleh Eijaz tapi entah kenapa amarah Aidan lebih had.

Sayang sangat wanita itu.

Puas melepaskan kegeraman,Aidan arahkan anak buah dia meletakkan Eijaz di tempat pembuangan sampah.Wajah Eijaz pecah habis dibelasah,bibir bengkak mata kedalam.

Hoodie dibuang dari tubuh badan,peluh sudah membiak ke seluruh badanya.Dia bersandar atas kerusi plastik.Penat buang tenaga.

"Settle"ujar Hans.

"Belum..kau ingat Eijaz tu akan serik ke?"sinis Aidan berkata dengan mata terpejam.Kedua belah tangan didepakan.Membiarkan angin kipas dinding menyapa badan dia.

"Kenapa tak matikan terus?"

"Dosa"

Hans mendecit.


Kereta myvi terparking elok di halaman rumah kawan lama mereka.Medina dan Rubiena keluar dari kereta.Petang ini mereka melawat Indah yang sedang berpantang di rumah keluarga.

Dua kali salam diberi pintu rumah langsung dibuka oleh Puan Aisyah ibu kepada Indah.Tangan tua itu Rubiena salam terlebih dahulu barulah Medina.

"Ini buah tangan dari kitaorang makcik"Medina berikan kepada Puan Aisyah hadiah dari mereka berdua.Kirim ikut mak Indah jelah.

"Terima kasih Dina Ruby..masuk lah Indah dari tadi tunggu korang"mesra Puan Aisyah berkata.Tangan pegang bahu Rubiena menolak lembut tubuh itu masuk.Pintu dibiar terbuka begitu saja.

IVYWhere stories live. Discover now