13

368 24 0
                                    

Hans berjalan ke arah Medina yang sudah tunggu dia di kereta miliknya.Medina bertenggek sambil melihat rupa barangan yang ditempah.Mereka baru selesai berurusan dengan pelanggan mereka.

"Sorry lambat"

Medina menguman dia masuk ke dalam kereta selepas Hans menekan punat buka.Laju tali pinggang dipakai,kereta tak hidup lagi.

"Aku nak singgah dekat Aidan kejap ni"

Kepala Medina bergerak lihat Hans disebelah,dia buat muka cemberut.

"Kau hantar aku balik dulu lah"ujar Medina tidak suka.Malas lah dia nak bertembung dengan Aidan tu.Dah dua kali dia malukan diri sendiri sebab Aidan.Haih.

"Tayar belakang aku angin keluar,sekejap je ea?"enjin kereta sudah dihidupkan.Hans lihat Medina yang sedang berfikir.

"Yelahhh"putus Medina,nak tak nak kena ikut juga.Lagipun dia tumpang Hans.Kalau tahu macam ni bawa kereta sendiri.Dahlah segan nak mati kalau pandang muka Aidan tu.Banyak perkara mereka berdua tidak disengajakan.

Hans senyum nipis,dia mulakan pemanduan bergerak ke bengkel Aidan yang tidak jauh pun.Kalau diikut kan memang boleh nak berhenti mana-mana stesen pam minyak tapi dia malas nak pam.Kalau ke bengkel Aidan ada yang tolong pam kan.

Dalam sepuluh minit kereta Hans sampai depan bengkel Aidan.Kereta audi r8 itu masuk begitu saja ke dalam tempat baiki kereta.Hans matikan enjin dengan itu Medina terpaksa keluar.

Hans nampak dua orang pekerja Aidan.Dayana dan Baim saja.Bos besar tak datang lagi ke?baru hendak bertanya deruman enjin motor kedengaran dari luar bengkel.Sudah pasti itu Aidan.

Medina pusingkan badan dia hendak melihat motor itu,waktu yang tepat Aidan melintasi Medina.Kepala yang berhelmet itu pandang ke arah Medina.

Terkebil mata Medina,cermin gelap jadi sukar untuk dia nampak wajah tuan badan.Mata ikut sampailah Aidan parking motorsikal di tempat khas hanya untuk dia.Kaki menurunkan tongkat.Helmet dibuang.

Tergaman Medina melihat Aidan tanpa berkelip.Aidan letakkan helmet atas kerusi kecil,tangan membaiki rambut.Jaket hitam dipecat dari tubuh badan itu,Aidan mengenakan baju t putih di dalam.Seluar Aidan sudah siap dengan seluar kerja.Berselipar sandal tulisan 'adidas'.Kemas dan segak dipandang.

Hans berdehem kuat melihat sepupunya itu.Amboi usha anak teruna orang.Medina buat-buat pandang ke lain.Dia berjalan duduk di kerusi panjang.

"Kau sakit apa hari ni?bontot terbelah dua ke?"tanya Aidan mengambil air tin dalam peti.Tiga tin di tangan dia.Dua tin diberi kepada Hans,untuk Medina satu.

"Sakit tayar..kempis dah dua hari,aku lupa nak pam"balas Hans sambil berjalan untuk berikan air kepada Medina.

"Bontot memang terbelah dua pun"bisik Medina sendiri.Dia kusyuk bermain telefon sementara tunggu kereta siap.

Medina dongak kepala pandang Hans sekejap sebelum melihat air bertin itu.Dia sambut dengan baik,dahaga juga duduk dalam ni.Wap lain macam.

Aidan berpusing melihat kereta Hans.

"Belakang?"

"Hurm.."

Terus Aidan lakukan kerja dia,wayar pam tayar diheret ke tayar belakang kereta Hans.

"Hayyan ada bagitahu apa-apa dekat kau?"tanya Aidan membuka penutup tiub.

"Pasal apa?"soal Hans bercangkung sebelah Aidan.

"Kau tanyalah dia"kata Aidan mendatar.Mata dia melihat Medina yang mengantuk itu.Kepala pun dah tersenguk-senguk.

"Rizky telefon aku semalam,musuh kau dah keluar dari kandang tikus.Sekarang dia tengah cari kau nak balas dendam"

IVYWhere stories live. Discover now