Medina keluar dari kereta sejurus tiba di destinasinya.Dia ada temu janji dengan sahabat karibnya.Kedai bertemakan kayu itu menjadi pilihan Rubiena untuk berjumpa.
Pakaian dibetulkan lalu Medina berjalan masuk ke dalam kedai tersebut.Sekali pandang saja dia sudah nampak Rubiena.
"Oittt.."tegur Medina cara kawan.
"Oiii duduk-duduk"pelawa Rubiena tunjuk kerusi di hadapanya.
Medina ketawa kecil.
"Lama kau dah sejam aku tunggu,bontot hampir nak leper dah ni.."
"Alahhh biar leper dulu nak tengok..sorry jalan jem.."ujar Medina menarik buku menu.Rubiena cebekkan bibirnya.
Ketika itu datanglah seorang pelayan ingin mengambil pesanan.Rubiena pesan terlebih dahulu selepas itu barulah Medina.
"Terima kasih"ucap Medina kepada pelayan wanita tersebut.
"Ha kau macam mana?sihat dah deman?"tanya Medina seingat dia sudah tiga hari kawan dia deman.
"Sihat dahhh.."deman lama-lama pun bosan juga.Teperap je dalam rumah tu.
"Glad to hear"syukur Medina.Dia tidak dapat melawat kerana mak kepada tidak membenarkan mereka berdua berkawan.Jadi mereka hanya diam-diam saja supaya tidak ketahuan.
"Habistu si Farid tahu tak kau deman ni?dia ada chat kau tak?"
Soalan itu buatkan Rubiena menunduk ke bawah.Bibir dikemam rapat.Soalan maut katanya.
"Hmm mesti dia tak ambil peduli kan?"tempelak Medina cuba meneka.
"Entah"perlahan Rubiena membalas.
"Huh sampai bila Ruby?"kesal Medina terhadap kawannya.
Rubiena pandang Medina hanya kepala mengeleng dan jungitan bahu saja di beri.
"Kenapa kau masih nak setia dengan dia?sedangkan dia dah berkali-kali sakitkan hati kau?"
"Aku sayang dia Dina"
Membungkam teruk Medina.Jawapan yang tidak patut dia dengar.
"Hey Ruby.Farid tu dah empat kali kantoi curang dengan kau tahu?kau still sayangkan lelaki macam tu?oh.."kecewa dia terhadap sikap Rubiena.Kau telan kapas ke tisu ni Rubiena sampaikan hati lembut sangat.
"Dia first love aku Dina"kata Rubiena seakan membela Farid.Farid satu-satunya lelaki yang terima dia dalam keadaan macam ni.
"Bukan!sebab dia je boleh terima kau dalam keadaan macam ni tapi aku rasa dia tak anggap kau istimewa pun Ruby.Please jangan tagih kasih sayang dengan dia"kedua belah tangan Rubiena Medina genggam erat.
Dia cuba salurkan kekuataan kepada Rubiena.Bukan dia mahu burukkan Farid tapi lelaki macam tu tak layak untuk Rubiena yang terlalu naif.
"Tak Dina..dia janji nak kahwin dengan aku"
"Stop lah Ruby..jangan terlalu yakin dengan janji dia.Kalau betul dia nak kahwin dengan kau.Dia dah jumpa lah mak kau.Tapi tengok tiga tahun korang bercinta tapi dia mana pernah dia nak kenal mak dan keluarga kau"ungkit Medina.Dari zaman belajar lagi dia dan Indah kenal perangai Farid tu.
Tapi mereka berdua diam saja tidak mahu Rubiena terasa hati.Tapi ni dah makan tahun yang tiada hasilnya.Farid sudah berkali-kali kantoi curang tapi Rubiena tetap maafkan meski itu adalah kesalahan berulang kali yang tidak patut dimaafkan.
"Aku cakap ni demi masa depan kau tolong putus dengan dia"bukan nak niat nak hancurkan hubungan orang tapi dia kasihan dan sayang Rubiena.Wanita itu layak dapat yang terbaik.
YOU ARE READING
IVY
ActionBook 4 ; PREQUEL (Alpha Is Mine) Tengku Aidan + Laura Medina Dark romaction "Kau nak kahwin dengan aku tak?"tawar Laura Medina seperti ikan di pasar. "Kalau aku taknak?"dingin Tengku Aidan bertanya. "Kau rugi sebab aku anak Luth Mateen ramai peminat...