28

250 22 0
                                    

"Mama akak keluar kejap.."laung Medina di depan muka pintu,kena siap dulu baru minta kebenaran.Dia menyauk selipar warna merah jambu itu lalu berlari ke arah kereta axia milik Abbas.Kereta dia papa dia kebas entah dibawa kemana.

"Nak ke mana tukakakk.."laung Tihany lebih kepada menjerit.Dia berada di pintu rumah,Medina sudah berada dalam kereta.Bertuah punya anak.

Medina turunkan tingkap kereta,dia undur kereta kebelakang.

"Kakak nak pergi jumpa Rubiena kejappp.."kata Medina melihat cermin sisi kiri,takut terlanggar sesuatu kan haru dia kena ganti rugi.

"Jangan balik lewattt hari nak hujan ni"pesan Tihany melihat langit sedikit gelap.Baru pukul tiga petang tapi cuaca tak seterang seperti selalu.

"Bye mama"kereta sudah hadap pintu pagar.Medina keluarkan tangan melambai mama.Tihany lambaikan saja nampak wajah sengih Medina di cermin sisi.

Hilang kelibat kereta itu Tihany senyum kecil.Seminggu terperap dalam rumah akhirnya keluar juga anak dara dia.Si papa larang anak keluar,tu tak tahu lah nasib balik nanti macam mana.

Medina memandu kereta axia milik adiknya ke lokasi utama dia.Sudah dua hari dihurung rasa bersalah,makin difikir makin menebal.Jadi baik dia kurangkan rasa bersalah dia.

Kepala mendongak pandang langit sudah gelap mahu hujan.Waktu macam ni nak hujan,setitik demi setitik air hujan mula menembak cermin depan.Medina buka wiper tahap dua.

Semakin lama semakin lebat hujan,Medina perlahankan kereta.Hujan lebat sukar untuk dia melihat jalan raya.Biarlah lambat asalkan selamat sampai dahh...

Setengah jam memandu akhirnya sampai juga dia.Mata mengecil lihat sebuah kedai besar tidak jauh dari tempat kereta dia parking..Kedai servis kereta milik Aidan.Ya itu tujuan dia hari ini.Wajah Aidan bermain dalam kotak kepala sejak Abbas beritahu hal sebenar.

"Hujannnn oh hujaaannnn berhenti lah sekejap"sapa Medina kepada hujan,bukan nak tolak rahmat tuhan tapi dia tak bawa payung sekarang ni.Nak terjah kan,tak ke mandi kali kedua..

Nak tak nak Medina ikut kepala sendiri.Dia matikan enjin kereta,beg silang dicapai pintu dibuka,percikan hujan masuk ke dalam kereta.Beg silangnya dijadikan payung ala kadar.Dia keluar terus pintu ditutup.Berlari tak cukup tanah dia..

"Ahhh!"selipar belah kanan dia tercabut.Dipandang sepi dia terus kan larian dia..Kenapa rasa lama pula nak sampai.Tengok macam dekat..

Medina lepaskan keluhan apabila kaki selamat sampai ke tempat berteduh.Dia betulkan tudung bahagian dada.

Aidan yang sibuk membaiki kereta itu gerakkan kepala ke kanan merasa ada orang datang.Berkerut wajahnya kenal sangat pelanggan kali ni.

Aidan tegapkan badan dari terbongkok,kain kecil atas bonet kereta diambil untuk lap tangan yang kotor.Dia berjalan dekati Medina.

"Kau buat apa dekat sini?"tanya Aidan pandang atas bawah.Basah baju hitam itu sehingga melekat pada tubuh.Mata berhenti di kaki,separuh berkaki ayam wanita itu.

"Saya nak jumpa awak kejap"

Terpana Aidan,suara Medina kali ini lembut bukan seperti sebelum ini yang asyik nak cari gaduh tak tentu hala.

"Bosss.."Baim seru bos dia dari belakang.Aidan dengar itu segera berdiri depan Medina.Menghalang Baim dari melihat tubuh Medina yang agak seksi itu.

"Erk.."

"Nak apa?"tanya Aidan dingin kepada Baim yang jelas dengan riak tertanya siapa belakang dia.

"We talk later"putus Aidan lama tunggu Baim hendak keluarkan suara.Baim akur berlalu pergi.Aidan tarik nafas lega,dia pusingkan balik wajahnya mengadap Medina.

IVYWhere stories live. Discover now