36

296 28 4
                                    

Sudah dua hari Aidan terlantar atas katil hospital.Badan dia masih lemah untuk dibenarkan pulang.Bentakan lelaki itu langsung dipulaukan,degil dan keras kepala.Nyawa hampir melayang pun tetap dengan sikap ego.

Aidan membuka mulut kecil menerima suapan bubur ayam itu.Aryan memuncungkan mulut masukkan sudu logam dalam mulut abang dia.Dia diberi tugas untuk menjadi adik mithali sekejap sementara ibu dan ayah mereka bercakap dengan doktor soal ugutan Aidan.

Nak keluar juga kalau tidak Aidan nak balik New Zealand semula.Dasar anak tak matang.

"Aku dengar Theo balik?buat apa mamat tu kat sini?"

"Dah..ada kaki balik lah.."jawab Aidan mendatar.

Aryan jeling,macam tenuk bercakap dengan bulan je aku ni.

"Assalamualaikumm"

Aidan dan Aryan pandang ke arah sapaan salam tersebut.Hayyan dan Hans datang membawa sebakul buah-buahan tempatan sebagai buah tangan melawat kawan.Diletak bakul itu atas meja petak kecil tepi katil.Hans menarik baju Aidan bahagian belakang.Dua kesan jahitan dipandang dengan kening terangkat.Taklah sakit mana.

"Padahal aku yang banyak menembak,kau yang kena sakit.."sindir Hans duduk atas kerusi tepi Aidan.Dilihat keadaan sahabatnya,boleh tahan teruk juga si Aidan.Badan makan tiga peluru.Di bahagian bahu,belakang dan kaki.

Hayyan mencuit bahu Aryan,pantas Aryan menoleh ke arah cuitan itu.Hayyan buat jari satu,tunjuk bekas bubur itu beserta mulut dia.Nak rasa sikit.

"Oh.."dengan hati yang murah Aryan suapkan bubur ayam buatan ibu dia ke dalam mulut Hayyan pula.

"Sedap?"Aryan ingin tahu.Hayyan senyum segaris kepala terangguk.Sungguh sedap bubur itu mengelongsor masuk ke dalam perut dia.

Aidan lihat saja telatah dua kambing itu,dia pandang Hans.

"Mana Theo?langsung tak jenguk aku.."

"Kat luar.."balas Hans.

Aidan angguk faham,dua hari dalam hospital hanya muka sama melawat dia selain keluarga dia.Dalam diam dia tunggu seseorang malah hampa susuk tubuh itu langsung tidak kelihatan.

Hans senyum senget pandang Aidan yang sudah dalam dunia sendiri.Hayyan dan Aryan pula sudah licin habiskan bubur Aidan.


Rasa bersalah mengunung hebat dalam diri,selepas berjam berperang dengan perasaan akhirnya kaki kecil itu sampai juga.Medina capai bunga hidup di kerusi sebelah.

Badan keluar dari kereta menuju ke pintu masuk hospital.Tingkap berapa Aidan ditempatkan sudah dikhabarkan oleh Aryan.Sampai di tangga terakhir Medina lepaskan nafas lega.Sangat penat ya mendaki tangga.Lif ada tapi lambat.

Mata melilau mencari nombor bilik,maklumat lah anak kesayangan ibu mestilah duduk ruang vip.Sikit lagi mahu sampai Medina nampak seorang lelaki sedang berdiri depan pintu masuk bilik tersebut,lelaki itu turut pandang Medina.

"Erk..ni bilik Tengku Aidan ke?"tanya Medina takut tersalah bilik ke apa.

"Hurmm..masuk lah.."

"Erk..macam pernah nampak,awak yang se..aa"Medina tidak habis berkata sebaik saja kejadian amat malu bagi dia menerjah otak.Lelaki itu lah yang selamatkan dia dari diperkosa oleh Firash.

Theo diam.

"Saya Medina terima kasih selamatkan saya.."ucap Medina tundukkan kepala sikit.

"I'am Theo Dylan the sparking one"

Medina senyum nipis kepada Theo,nama yang cantik dan sesuai dengan wajah itu.Medina tunduk sekali lagi dia tolak pintu itu.

"Assala...erk.."

IVYWhere stories live. Discover now