19

417 27 1
                                    

Medina parking kereta di bawah sebatang pokok sesuai untuk 'Gegirl' nya berteduh.

Medina membuka makanan kepunyaannya.Air matcha sejuk dan keropok lembik.Rubiena pula beli takoyaki dan air teh sejuk kedai mamak.

"Hmm dapnya"dengan mulut penuh dia memuji keropok.

"Nak sikit"

Tangan menyeluk plastil keropok.Satu suapan perh hilang biji mata hitam Rubiena.Sumpah sedap!

Angin pantai seakan terkena wajah mereka walhal duduk dalam kereta tanpa membuka tingkap.Hanya nikmat penghawa dingin mereka rasai.

"Mak kau dah tahu pasal bapak tiri kau tu.."soalan Medina menhentikan wanita itu hendak menyuap makanan ke dalam mulut.

Rubiena menunduk menhembus nafas berat,diberi gelengan terhadap soalan Medina tadi.Kemudian makanannya dimasukan ke dalam mulut.

"Kalau aku bagitahu pun macam lah mak aku percaya,dia sayangkan laki dia dari anaklah"kata Rubiena mendatar.Dadanya sudah sesak mahu bercakap topik mereka sekarang ini.

"Apa kata kau kahwin je Ruby,hidup kau akan selamat dan tenang jauh dari keluarga kau.."cadang Medina,daripada kawan dia rasa terseksa hidup dalam sangkar syaitan yang tiada hari akan damai itu lebih baik mencari cara untuk lari.Dan kahwin salah satunya dapat jauh dari keluarga tapi perkahwinan tidak boleh dibuat main.Hm.

Rubiena angkat kepala pandang Medina,bukan senang nak kahwin.Dia hanya kerja kedai makan,siapa je nak dekat dia ni.Sebatang kara..

"Siapa nak dekat aku Dina?aku ni tiada harga diri dah,dicabul dengan bapak tiri.Benda yang aku simpan selama ni dah dilihat oleh orang lain."ujar Rubiena mendatar.Dia menunduk kepala saja tanpa melihat Medina.Makanan pun sudah tidak terusik lagi olehnya.Telan pun rasa perit nak masuk kerongkong.

"Tapi kesucian kau masih terjaga Rubiena,aku tahu kau rasa diri kau jijik tapi itu semua bukan kau nak"

"A..aku tak tahu Dina,kenapa aku dilahirkan dalam dunia ni..kenapa aku dilahirkan dalam keluarga ni"air mata suci Rubiena sudah keluar.Dia benci hidup begini.

Medina bergerak mendekati badan Rubiena,bahu Rubiena di usap lembut.

"Kalau Allah tahu kau tak boleh hadapi semua ini,kau takkan hidup Rubiena.Ujian ajar kau untuk terus kuat"

"Ta..tapi aku tak kuat!!"Rubiena hamburkan tanggisan dia,kedua tapak tangan menutup wajah merembeskan air mata.

Medina ambil makanan atas riba Rubiena diletak belakang,dia mendekati badan Rubiena,ditarik kepala itu ke bahu dia.Tangan Rubiena memeluk tubuh Medina.

"Bahu aku ada untuk kau"bisik Medina mengusap belakang Rubiena.Semua tentang Rubiena dia tahu,hanya dia saja..

"Aku nak kau kuat demi diri kau dan aku"

Rubiena mendengar kata Medina makin sebak diri dia,bersyukur dia dapat kenal wanita seperti Medina yang selalu beri dia kekuataan untuk hadapi semua rintangan.Dia tahu Medina dan dia jauh beza,kehidupan Medina lebih bahagia dari dia yang hidup dalam kesengsaraan.

"Terima kasih sebab ada dengan aku.."ucap Rubien dalam tanggisan yang sudah surut.

"Dah jangan nangis lagi.."pujuk Medina lembut.Dia lepaskan pelukan.Pipi kanan Rubiena ditepuk lembut.

Rubiena senyum tipis....

Rubiena senyum tipis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
IVYWhere stories live. Discover now