4

441 27 0
                                    

Habis scroll muzik video kumpulan artis korea dia tonton.Sejam sudah berlalu dia panaskan bontot di sini.Rasa macam kena sidai je.Bateri pun dah macam ultraman liplapliplap.Merah biru..Tak cakap dengan perut lagi,keroncong dari subuh tadi.

Medina menunggu di kerusi panjang milik kedai baiki kereta.Masih tidak siap kereta dia.Kaki sudah naik lenguh bergetar dari tadi.Sekarang dia harus masuk kerja,banyak barang mahu diperiksa oleh dia.Client tak henti-henti telefon minta berjumpa.

Mata terpandang kelibat yang baru keluar dari pintu kaca itu.Aidan memakai baju ketiak,di lengan lelaki itu penuh calitan minyak pelincir.Usah dikata tangan lelaki itu sudah hitam macam arang.

Medina ketawa dalam hati saja lihat wajah Aidan yang tercalit warna hitam di pipi lelaki itu.Aidan melihat Medina,cepat-cepat Medina larikan pandangan dia.Aura matdan lain macaim.

"Kereta kau ni,esok siap"ujar Aidan menyepak kereta Medina dengan kaki.

"Eh janganlah sepak dia"kening Medina menurun ke bawah marahkan perbuataan Aidan terhadap baby white dia.

Aidan tidak hiraukan.Kereta dah sedia reput nak berhalus buat apa?

"Habistu saya nak pergi kerja ni"gusar sudah Medina melihat jam di dinding bengkel milik Aidan.

"Grab ada"jawab Aidan ringkas.

Medina cerlung Aidan yang sedang cabut body belakang kereta dia.Medina mengaru pipi sekejap,dia bangun tanpa beritahu Aidan dia keluar dari bengkel itu.

Aidan yang lihat itu angkat bahu saja,dah besar pandai-pandai lah hidup.

"Takpayah nak grab sangat!teksi ada bas ada apa susah!"omel Medina berjalan laju ke arah tempat menunggu bas.Habis basah tudung bahagian pipi dia bahana panas terik pagi ini.

"Auu"disebabkan dia pakai kasut bertumit,kaki nya melecet.Medina dongak kepala ke atas,bibir diketap geram.Selepas itu dia pandang bawah,terngaga mulut dia.Tumit kasut sudah tercabut.

"Haaa masa nilah kau nak buat hal wahai kasut.."bebel Medina angkat kaki kanannya lalu mengambil kasut tersebut.

Dibelek kasut yang sudah berusia dua tahun itu,dah tak dapat diselamatkan~~Tangan dijatuh ke sisi badan.Dia pandang hadapan dengan tatapan kosong.

"Mama~~papa~~Abbas~~"bibir sudah tercebek panggil setiap ahli keluarga dia.Medina nak balik!!!Baru nak melangkah ada sebuah kereta berhenti di depan dia.

Nissan gtr berwarna hitam pekat bercorakkan biru cahaya di tepi bawah pintu.Tayar berwarna emas perak itu menyerlahkan lagi keganasan.

Cermin tingkap diturunkan terserlah wajah Aidan yang sudah menukar pakaian.Lelaki itu nampak lebih kemas dan kacak dalam jaket warna hitam.Di kepala ,Aidan memakai sejenis topi jenis dad hat nampak lebih klasik dan keren.

"Naik"arah Aidan tanpa sebarang riak.

Medina kerling dengan ekor mata saja.Dia berjalan endahkan arahan jejaka itu.Sedap mak nenek dia je arah kita suruh naik.

Aidan tidak berkata apa,dia perlahan gerakan kereta seiring dengan Medina berjalan.Medina berdecit lalu berhentikan langkah kaki dia.

"Saya boleh pergi sendirilah!"tengking Medina melihat Aidan.Mata terbuka sedikit melawan sinaran matahari.Tak campur dengan tapak kaki yang sedia memanas lagi.

"Kau ingat aku nak percaya cakap kau?"ujar Aidan acuh tak acuh saja.Dia balas tatapan helang Medina itu.Kau keras kepala sekarang ea?tengok kaki ayam sebelah tu,rasa boleh sampai ke? ke tempat kerja..

"Kau naik sendiri ataupun aku dukung kau masuk?"tenang suara Aidan beri ugutan dan pilihan kepada Medina.

Medina diam tidak memberi jawapan,dia pandang kakinya yang bersandar pada pintu kereta Aidan.Tumpang sekejap panas sangat.

IVYWhere stories live. Discover now