Sepasang mata helang mencerlung dalam sedalam ke dalam anak mata yang berkaca itu.
"Kau memang sengaja nak bunuh aku kan?supaya kau boleh kaut semua harta mama dan papa"tengking Abbas begitu kuat.
Di dalam rumah banglo tiga tingkat hanya ada mereka berdua sahaja.Dalam genggaman Abbas ada serpihan gelas yang sudah pecah.Sisa kaca bertebaran atas lantai.Ada sedikit luka di tangan Abbas.
"Apa maksud Abbas?akak tak pernah terfikir pun nak rebut harta mama dan papa dan akak langsung tiada niat nak bunuh Abbas.Sampai hati Abbas tuduh akak macam tu"dengan keadaan yang lemah dia membela diri.
"Habistu kenapa akak tak selamatkan aku masa nak kena langgar dulu?akak tipu akak memang sengaja kan?"bertubi-tubi Abbas salahkan Medina.Dengan senyuman sinis dia pandang wajah sembab Medina.Air mata palsu!
"Ya Allah Abbas mengucap dik..Abbas satu-satunya adik yang akak ada..buat apa akak nak bunuh adik"Medina sedaya upaya memujuk Abbas.Semua yang dikata oleh Abbas tidak benar belaka.
"Kau tipuuuu!!"jerit Abbas kuat.
Medina pejam mata erat.Perit dada dia apabila ahli keluarga tidak percaya tidak percaya sesama sendiri.
Apabila mata dibuka terus kebelakang kaki Medina.Terkejut badan Abbas sudah berada di hadapan dia.
Abbas dengan senyuman seram pandang wajahnya.Raut wajah Abbas seakan dia dapat baca.Mata hitam melurut pandang ke bawah apabila merasakan seperti ada benda sentuh perutnya.
"Abbas"suara angin Medina pandang Abbas dengan bebola mata yang bergetar.Kepala mengeleng perlahan.
Sampai tahap macam ni sekali Abbas benci dirinya.
"Jangan Abbas.."rayu Medina bersahaja.Fikiran dia kosong dan entah kenapa tangan dan seluruh anggota badannya kaku tidak dapat berbuat apa-apa.
"Jangan disangka air yang tenang tiada buaya"sinis Abbas ujar.Tangan menolak kaca menusuk ke dalam perut Medina.
"Abbas"
Sakit.
Keluar muntahan darah dari mulutnya,kedua tangan memegang tangan Abbas di perutnya.
"Kau kakak paling tidak berguna dalam dunia ni"kaca itu ditolak lebih dalam tanpa belas kasihan dia putar kaca itu ke kanan dan ke kiri.
"Mama papa~~"ya Allah~~teganya Abbas perlakukan dia seperti ini.Apa salah dia sampaikan Abbas sanggup bunuh darah daging sendiri.
Abbas tarik kaca itu terus Medina terduduk atas lantai.Tenaga dia sudah habis begitu juga darahnya banyak keluar.Wajahnya sudah bertukar seperti mayat hidup.
"See you Medina.."Abbas tanpa bersalah melangkah keluar dari rumah.
"ABBASSSSS!!!!"
"Akak..akak okay tak ni?"terkejut Abbas yang tidur di sebelah Medina.Serta-merta dia bangun dengar jeritan Medina.
Medina pandang Abbas sekejap sebelum dia membelek perutnya.Tapak tangan dilihat,tiada darah dan tidak berasa sakit di bahagian perutnya.
"Okay tak?"sekali lagi Abbas tanya.Pelik dia dengan perilaku Medina sekarang ni.Sedar-sedar je dah menjerit macam tarzan.Apehal?
YOU ARE READING
IVY
ActionBook 4 ; PREQUEL (Alpha Is Mine) Tengku Aidan + Laura Medina Dark romaction "Kau nak kahwin dengan aku tak?"tawar Laura Medina seperti ikan di pasar. "Kalau aku taknak?"dingin Tengku Aidan bertanya. "Kau rugi sebab aku anak Luth Mateen ramai peminat...