27

287 17 1
                                    

Aidan renung bulan penuh malam ini,jarum jam dua minit lagi mahu masuk pukul dua belas.Tapi dia masih di bawah langit gelap melepaskan perasaan.

"Langit tak selalu cerah"Aidan keluh nafas berat.Entah kenapa fikiran dia terima banyak perkara tentang wanita itu.Wanita itu hilang ingatan dia sudah bersyukur sekurangnya Medina tidak ingat masa lalu mereka berdua.

"Uh"terhinjut sedikit bahunya mendapat sapaan di bahu.Aidan leretkan bibir ke kanan disajikan dengan wajah cantik ibu dia.Kaki yang bersila dijatuh ke bawah.Duduknya dibetulkan.

"Kita semua bersinar seperti bulan,bintang dan matahari"bulan penuh dipandang sekilas sebelum Mawar melihat wajah anak teruna dia.

"Maksud ibu?"soal Aidan tidak faham maksud disebalik kata ibu dia.

"Waktu malam munculnya bulan,waktu siang munculkan matahari"

Aidan kerutkan kening,ibu dia bagi kata falsafah apa ni?Mawar ketawa kecil lihat raut polos Aidan.Pertama kali Aidan buat wajah begitu.

"Maksud ibuuuu,tak selamanya kita di atas adakala kita diuji dan ujian itu Allah turunkan untuk kita terus kuat bukan lemah,kalau kita penat kita berhak berhenti..faham?"Mawar jongketkan kening kanan ke atas.

Aidan tayang riak kosong sebelum dia senyum nampakkan barisan gigi atas.

"Jadi inti ibu malam ni apa?"

"Ibu tahu kamu suka Medina kan?"

Wajah Aidan berubah keruh apabila ibu dia buka topik soal hati.Ni paling dia lemah sekali.

"Kalau taknak sakit jangan cipta kenangan Aidan,hidup dalam kenangan tak mudah di mana kamu harus lalui fasa melepaskan"

"Takde kena mengena langsunglah ibu"jawab Aidan mendatar.Malas nak cakap soal perasaan waktu sekarang ni.

"Kita manusia ada hati dan perasaan Aidan,kamu penghuni sulong rahim ibu.Ibu taknak Aidan sakit,kalau Aidan suka Medina terus terang je,jangan seksa perasaan terlalu lama.Kalau dia terima itu rezeki kamu.."

Mawar mentautkan tangan dia dengan tangan Aidan.Permukaan tangan Aidan diusap.Sudah lama tangan kekar ini tidak bersatu dengan tanganya.

"Medina tak sukakan Aidan bu"sayup-sayup Aidan berkata.Dia benci perasaan ini!

"Kenapa Aidan cakap macam tu?kamu dah purpose ke?"

Aidan mengeleng.

"Habistu?"

Aidan diam tidak menjawab.Mata langsung tidak melihat ibunya.

"Atau kamu takut Medina tahu cara kamu bekerja?"

Jantung Aidan laju mengepam,dia angkat kepala lihat Mawar.

"Ibu korek dari uncle Luth .."sambung Mawar lagi senyum melihat tangan besar Aidan.Sudah lama dia tidak berkeadaan begini dengan anak sulongnya.

Lebih hebat jantung Aidan mendegup.Bergetar mulut dia ingin keluarkan suara.

"Ibu tahu anak ibu baik,kamu pegang nama kumpulan tu sebab terpaksa kan.?"

"Uh.."suara nafas saja yang keluar.Bagaimana ibu dia tahu.Sudah pasti uncle Luth beritahu semua perihal dia.Dia sudah tandatangani kontrak tanpa pengetahuan ibu dia dan hanya ayah dia yang tahu dan juga jejaka veteran.

"Ibu cuma nak pesan,sebelum bertindak fikir sehabis baik..you are not killer but you are protective"lembut Mawar berkata.Sisi kepala Aidan di usap manja.Mula-mula bila dapat tahu kerja anak sulong dia, hampir nak tidur atas katil hospital.Dia mahu hamburkan amarah dia tapi tak jadi apabila wajah penat Aidan mengetuk ruang minda dia.

IVYWhere stories live. Discover now