7

415 28 1
                                    

Bush!

Stastik kaki Medina berhenti tepi jalan,tergaman melihat si adik yang sudah terbaring atas jalan.Laju kaki ke arah tubuh kecil itu.

"Abbas!!"kepala Abbas diletak atas pehanya.Kepala kecil itu mengeluarkan cecair merah.

"Tolonggggg!!!"jerit Medina meminta pertolongan,kereta yang telah melanggar Abbas sudah memecut tanpa berhenti.

Medina hamburkan tanggisan dia,bibir mencium kepala Abbas yang sudah berdarah itu.Beberapa orang awam berkumuran di sekitar dia.Seorang wanita telah menelefon meminta bantuan.

Teresak Medina menanggis melihat wajah Abbas yang tidak sedarkan diri.Sungguh dia menyesal tidak awasi adik dia dengan teliti.

"Kakak minta maaf...kakak minta maaf"tersedu-sedu perempuan berusia lapan tahun itu mengucapkan kata maaf.

"Kakak minta maaf adikkk.."

"Adikkk!!!"

Medina bangun menegak badan,membulat mata hitam dia dengan dada turun naik selepas mengalami mimpi ngeri itu.Peluh di dahi dilap perlahan sambil cuba mengatur jantung dia yang laju mengepam.

Butang baju dibuka sehingga menampakkan dada.Lengan baju disinsing sampai siku,angin dari kipas syiling menyejukkan diri dia yang kepanasan.Seperti duduk di atas bara api.

"Medinaaaa"

Ketukan dan suara Tihany dibiar begitu saja,otak dia masih tidak boleh berfungsi lagi saat ini.Mimpi itu selalu menhantui diri dia setelah 18 tahun berlalu.

Gelap dunia ini jika teringat kejadian di mana dia hampir kehilangan Abbas jika dia lambat sesaat.Waktu itu nyawa Abbas sudah dihujung tanduk,jantung berhenti berdenyut dan tika itu Medina salahkan diri dia kerana cuai.

"Medina sayang buka pintu nii..."suara papa dia mula kedengaran.Medina tersentak dari lamunan.Dia turun dari katil membuka pintu untuk kedua ibu bapa dia.

Buka saja pintu Tihany lantas peluk tubuh Medina,tangan yang mengosok belakang Medina terasa basah,Tihany melihat tangan dia kemudian beralih pada pakaian anak dia.

'Medina peluh teruk?'

Luth melihat itu masuk ke dalam pelukan isteri dan anak dia.Medina benamkan wajah ke dada papa dia.Merasa tenang apabila dekat dengan papa dia.

Luth dan Tihany sudah kalis dengan Medina yang akan menjerit tiba-tiba.Itu bermakna anak sulong mereka mimpi perkara itu.

"Papa...mama.."esakan Medina mula kedengaran.Tihany tak henti mengusap badan itu.Luth mengelus rambut panjang Medina.Tangan mengesat peluh yang tak henti keluar dari dahi Medina.

"Shuhhhh...it's just nightmare right.Abbas in good don't worry honey"bisik Luth di telinga Medina.Dia sebagai ayah tak sanggup anak dia dihantui kisah silam.

Pelaku sudah diberkas dan diberi hukuman yang sepatutnya.Nasib Abbas masih bernyawa kalau tidak Luth sebagai ayah akan turun padang mencari manusia yang tidak punya tanggujawab itu.

Benar salah Medina sebab kecuaian tapi pelaku itu perlulah berhenti dan bukan lari macam tu saja.Benda boleh bincang kot.

Luth dan Tihany lepaskan pelukan Medina.Rambut panjang Medina itu Tihany genggam dibawa kedepan sisi kanan.Baju bahagian dada yang masih terbuka itu ditarik tutup.

"Medina mandi yaaa turun makan,adik tunggu kakak dia nak makan sama-sama"pujuk Tihany lembut.Kedua tapak tangan mengusap wajah pucat Medina.Sayu hati ibu dia.

Medina angguk perlahan menerima pujukan mamanya.Mata hitam menatap dalam mata Tihany.Dapat dia serap kekuataan dari syurga dia.

Tihany kerling suami dia,Luth memberi isyarat mata saja.Tihany cium pipi Medina sekejap sebelum keluar dari bilik anak dara dia,pintu ditutup rapat.

Tutup saja pintu Medina terjelopok jatuh atas lantai,air mata dia berjurai jatuh dari kelopak mata dia.Kedua tapak tangan menekup wajah itu.Sesak dada dia rasakan tika ini.

"Maafkan kakak Abbas"

           
Abbas menunggu Medina di luar rumah untuk bergerak ke tempat kerja kakaknya itu.Sudah seminggu dia goyang kaki dalam rumah bagaikan anak raja menanti hari angkat sumpah.

"Maaf lamberttt"Medina berjalan ke arah kereta diikuti Abbas dibelakang.Di tangan itu ada ipad pemberian papa mereka.Sempena dapat empat rumah flat dalam exam baru-baru ini.

Medina fokus pada pemanduan dia,tanpa pasang radio suasana dalam kereta sudah sedia bising dengan volume dari cerita Abbas.Lelaki itu tonton cerita berasaskan action.Bergema bunyi berdeting senjata lawan senjata.

Setengah jam memandu akhirnya sampai juga mereka.Medina betulkan urat badan dia,keras bontot duduk dalam kereta.Abbas perhati kakaknya mengoles gincu di bibir,wanita memang macam ni ke?kenapa tak pakai sebelum keluar rumah je.

"Jom"segala barangan kerja diambil.Abbas datang sehelai sepinggan saja,dompet tinggal rumah yang ada hanya ipad.Medina ikut Abbas masuk ke dalam syarikat yang akan jadi milik Abbas suatu hari nanti.

Medina ambil alih sekejap saja sementara tunggu diri berpunya.Medina terselit sifat keibuan jadi jangan hairan kalau dia manjakan Abbas macam budak kecil.

Sampai tingkat atas sekali,Abbas meluru laju masuk ke bilik Hans.Itulah sebab datang sini,nak korek rahsia dengan sepupu dia tu.

Hans dongak kepala mendengar bunyi pintu kayu dibuka.Dia senyum sebaris dengan kehadiran sepupu muda dia.Abbas lambai tangan melabuhkan duduk kerusi depan Hans.Ipad dicancangkan dengan casing.

"Tiba-tiba je datang,kenapa?"tanya Hans melihat tangan Abbas yang mengetik skrin ipad itu.Apa yang budak itu lakukan tak tahu.

Abbas diam,dia senyum pusingkan ipad dia kepada Hans.Berkerut seribu kening lelaki itu.Dalam skrin itu ada wajah Aidan dan Aryan yang sedang duduk dalam sebuah bilik.Tak salah mereka berdua mesti berada di bengkel Aidan.

"Nak apa telefon aku?takde kerja lain ke ha?orang dahlah nak mengatal usha awek ni"kata Aryan di sana.Aidan diam di sebelah Aryan.

"Takda kerjalah aku telefon kau,abang Hans ajak keluar makan tengah hari nanti,on ke tak?"kata Abbas menyegetkan kepala melihat Aryan yang makan aiskrim solero warna hijau.

"Eh bila masa aku a..."

Abbas meletak jari telunjuk di bibir Hans menhentikan lelaki itu terus berkata.Hans menurun kening dia,geram.Lidah keluar menjilat jari itu.

"Ish abang ni,kau tengok Yip abang Hans lapar sampai jilat jari aku"Abbas tunjuk jari dia yang basah sedikit dijilat oleh Hans.

Jatuh rahang Hans dituduh dengan mudah oleh lelaki muda ini.Allahu..

Aryan menyiku lengan Aidan,abang dia sibuk bermain telefon dari tadi.Membelek stok kedai yang hendak ditempah.

"On aa tapi Aidan tak ikut sebab ada kerja"putus Aryan.Kalau Aidan diam tu makna malas lah.

"Okay,tapi kakak aku ada juga tau.."bersahaja Abbas berkata,saja ingin memancing bakal abang ipar dia.Dia dan Hans senyum kecil,Aidan sempat kerling skrin sekejap.

"Doh aa,bertimbun kerja nak kekoh ni.Jumpa satgi"

Aryan matikan talian mereka.Abbas kembali duduk selesa tempat dia tadi,ipad dipusingkan dari terus mengadap Hans.

"Abbas pandai math?"soal Hans tiba-tiba.

Abbas pandang Hans sekejap.

"Abbas benci math"

"Why?"

"I so tired of math,it's always X and Y.Why can't it be U and I"

Terdiam Hans dengan jawapan Abbas,punah dah budak ni.Baru nak suruh tolong kira angka.

Continued...

Sebulan satu chapter,amacam?

IVYWhere stories live. Discover now