Telefon milik Abbas atas meja diambil oleh Aryan,dia buka telefon itu tanpa kebenaran tuan badan.Entah ke mana hilang Abbas,sibuk lah tu.
"1203"Aryan menekan bola nombor dalam telefon samsung galacx s23 ultra itu.Senang je kata laluan telefon murah ni.Pejam mata boleh buka.
"Mana kau tahu pass dia?"tanya Hayyan ingin tahu,dia jengul kepala melihat telefon Abbas itu.
"Tarikh beday aku.."balas Aryan tidak bersalah,dia buka icon kamera.
Berkelip mata Hayyan,dia berdecit kecil.Bertuah punya badan tumpang kesenangan orang.
Aryan sandarkan telefon Abbas pada novel milik Hans.Dia laraskan lighting supaya wajah mereka kelihatan nur yang cerah sehingga boleh tembus bumi.
Hayyan membetulkan rambutnya begitu juga Aryan menjilat tapak tangan lalu mencalit atas helaian rambut perang hitam itu.Kau ingat tu pomade ke ha?
"Okay okay...ABBAS!"jerit Aryan kuat.Hayyan menekup telinga,luas kemain mulut,aku gunting kang!
Abbas datang dengan mengalas beg,seluar longgar di bahagian pinggang ditarik.Dia menuju ke arah Hayyan dan Aryan itu.
"Patutlah telefon aku hilang..kat sini rupanya.."ujar Abbas betulkan rambut melihat cermin kecil milik Hayyan.Itulah lelaki pantang nampak cermin mesti mula lah nak angkat bakul sendiri.
Hayyan tolak telefon kebelakang sikit supaya nampak wajah mereka bertiga.Aryan tekan butang merah mula merakam..
Hans,Aidan dan Rizky perhati tiga lelaki muda itu di hadapan mereka.Ada saja akalan mereka bertiga.Aidan berpeluk tubuh badan bersandar pada kerusi.Rizky sedap makan lolipop seringgit perisa oren.Dua belah kaki bersila atas kerusi.
"Ehemmm..hehe"Aryan sengih melihat pantulan mereka bertiga dalam telefon.
"Assalamualaikum..welcome back to my channel guysss..kami bertiga dari kumpulan Dominan dan saya paling muda..nama saya Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...Abbassssssasass"meleret Abbas kenalkan diri dia dengan senyuman manis.
"I'am the dolp of this group"kata Abbas lagi angkat dua jari dirapat ke mata.
"Wasup guyssss dan saya Ha Ha Ha Ha Ha Hayyannnnnnn.."giliran Hayyan pula kenalkan diri,dia letak tangan dimulut seperti ingin ketawa.
"Dan dimana adanya helah di situ lah ada saya the one and only trick"Hayyan buat gaya pistol diletak bawah dagu.
"And me obsessed with you?yes you...saya Arrrrrrrrrrrrrrrrrrr..."Aryan kenalkan diri dengan lidah ke atas menhasilkan getaran.
"Aryannnnn..."tangan kanan buat bentuk hati yang separuh kemudian ditekup pada pipi kanan dia.
"Me pacar semua wanita...musuh semua lelaki dia luar sana.."sambung Aryan lagi membuat bentuk hati besar atas kepala.
"Who we?"tanya Abbas.
"The dominan..."kata mereka bertiga serentak.Masing-masing buat gaya,nak berkoya sekejap sebelum kenalkan para pembesar hadapan mereka ni.
Dominan Spades terdiri dari Abbas,Hayyan dan Aryan.Lelaki paling muda dari mereka berenam.Gelaran itu diberi kerana mereka bertiga mempunyai bakat tersendiri.Lebih dari 25 tahun tahu lah apa tugas mereka sebenar.
Aryan ambil telefon,dia bangun bergerak ke arah Hans.Lelaki itu kerling Aryan yang menempel rapat dengan dia.
"Ni Hans second presiden kitaorang the golden shot,umur dah tua tapi takut nak berbini sebab mama dia garang nak mampuih.."tanpa bersalah Aryan berkata.Dia cubit pipi Hans itu.Hans menepis kasar.Aryan sengih dia berganjak ke arah Rizky yang selang satu kerusi dari Hans itu.Aidan paling terakhir kita kenalkan.
"Rezeki itu datang dari Allah tapi ini Rizzzzzzzkyy..Rizky korang kalau dapat dia..the hacker for your heart"Aryan cium sekejap pipi Rizky itu.
Rizky layankan saja dia lambai tangan terhadap telefon Abbas.Tersusun barisan gigi putih dia,apa boleh buat ada adik tiga orang ni macam bela kambing sekandang.
Aryan larikan telefon dari hadap Rizky lantas berganjak ke arah Aidan pula.
"Antara awak dan saya ada dan kan??Dan inilah Aidannnnnnnn..cik presiden Knight Night Fury.Orangnya handsome kacak bergaya macam saya..."ceria Aryan kenalkan abang dia,siap puji bermangkuk tingkap lagi.Dah gen sama mestilah nak dapat nama juga.
Aidan tidak melihat kamera malah membaca novel yang menjadi tempat sandaran telefon Abbas sebentar tadi.Dibiarkan saja adik dia buat kerja separuh masa menjadi wartawan.
Aidan,Hans dan Rizky pula paling tua.Hanya Rizky yang suka melayan ketiga lelaki muda itu.Dan dengan itu,Aidan dan Hans mempunyai bala yang sukar mahu dikawal.Ada Aryan dan Abbas meletup kepala mereka berdua.Hayyan masih boleh diperbaiki..
Night Fury
Sejak kematian Uwais Leornade,semua harta diwaris kan kepada anak lelaki Tengku Aiman iaitu Aidan kerana Aidan lelaki sulong antara anak kawannya yang lain.Kalau Medina lelaki sudah tentu Uwais berikan kepada anak Luth.
Dalam tak rela Aidan terpaksa juga,dia berhijrah ke negara luar untuk menimba sedikit ilmu tentang dunia Uwais.Namun,dia tak sekejam Uwais yang digelar sebagai Dark Killer,ada agama tetapi tidak berpegang teguh.Hanya atas ic semata-mata.
Dengan itu bermula kisah Aidan bersama ahli dia yang lain dalam memegang nama kumpulan tersebut.Musuh?sudah tentu ada Uwais bekalkan untuk mereka.
Cinta?sudah tentu dia ada perasaan cinta,tapi terlalu benci dengan diri sendiri sehingga perasaan cinta itu hilang.
Kalau ditanya,kau percayakan cinta?ya sudah tentu dia percaya sebab dari dulu sampai sekarang dia masih cintakan seorang wanita.
Terpaksa?betul dia terpaksa berundur demi kebahagian wanita itu.
Redha?tidak itu bukan Tengku Aidan,selagi wanita itu tidak berkahwin selagi itu dia ada peluang.
Cara?itu satu hal yang susah untuk dia lakukan kerana sedar akan diri yang kurang sempurna itu.
Usaha?dan inilah usaha dia mulai dari sekarang.
Aidan mencuit bahu Hans,lelaki itu berpaling,alah main cuit pula.Aidan gerakkan kepala beri isyrat untuk keluar.Hans faham dia bangun bersama Aidan itu.Hans tepuk bahu Rizky.
Rizky yang teruja lihat tiga lelaki Dominan itu terbantut.Senyuman tak lepas dari bibir pandang Hans.
"Jom bla,aku nak bakar markas ni biar mati tiga ekor tu.."kata Hans mendatar.Dia lihat Hayyan yang goyangkan punggung mengikut ekor kepala Abbas dan Aryan itu.
Rizky ketawa kecil dia bangun ikut Hans dan Aidan keluar.Abbas lambai tangan kepada Rizky...
"Arhhh macam kayu aku tengok kau Hay!sekali lagi!"pekik Aryan tidak puas hati lihat rakaman mereka bertiga tidak menjadi.Hayyan jeling Aryan yang sedap mengutuk diri dia.Kayu pun handsome tau!
Aryan angkat tinggi telefon Abbas,telefon mangsa bateri dah tinggal lima peratus.
"Okeyyyy...witoshiii.."Aryan gerakkan telefon ke kanan.Hayyan keluarkan kepala,dia membuat tanduk syaitan atas kepala.Kalau goyang macam kayu kita buat jahat macam syaitan.
"Witoshiii..."Aryan gerakkan telefon ke kiri pula.Abbas letak kedua tangan ke belakang kepala,lutut membengkok sedikit lalu digoyang punggung itu.
Aryan senyum puas,baru nak tekan save tiba-tiba telefon sudah gelap macam masa depan mereka.Senyuman Abbas dan Hayyan terus hilang.Sudah!
"ARHHHHHHHH!!!"jerit Aryan bergema ruang bilik tersebut.Perlahan badan Aryan melurut jatuh atas lantai.Abbas melihat itu terus rampas telefon di tangan Aryan.Nanti aku nak pakai nokia je.
Hayyan merangkul bahu Abbas mengajak lelaki itu keluar dari markas Fury.Nak booking minyak petrol bakar satu headquarters ni..
Sedikit pengenalan tentang new generation Night Fury.
YOU ARE READING
IVY
ActionBook 4 ; PREQUEL (Alpha Is Mine) Tengku Aidan + Laura Medina Dark romaction "Kau nak kahwin dengan aku tak?"tawar Laura Medina seperti ikan di pasar. "Kalau aku taknak?"dingin Tengku Aidan bertanya. "Kau rugi sebab aku anak Luth Mateen ramai peminat...