Rizky menapak ke arah Aidan yang sibuk membelek fail warna hitam di atas meja.Hari ni dia baru ada masa percuma untuk jumpa dengan Aidan secara berduaan,sebelum dia pulang ke Terengganu dia ada sesuatu yang ingin dibicarakan.
Aidan gerakkan anak mata melihat Rizky yang baru saja labuhkan duduk hadapan dia.Tangan setia membelek fail kerja berkaitan bengkel dia.Dunia jahat dia tiada kerja untuk diuruskan jadi dia ke sini hanya untuk tenangkan fikiran yang sedia kusut.
"So did Hans tell you about Salim?"
Aidan dengar saja nama tersebut terus menutup fail,dia fokus kepada Rizky untuk membuka bualan.Fail ditolak tepi,kesepuluh jari disemai sesama sendiri.Dia pandang Rizky penuh dalam.
"He know where i'm?"
"Grateful,his still looking for you.Salim beli anak buah kumpulan gangster untuk cari keberadaan kau tapi kau tahu lah kan tiada siapa yang akan cam kau"
Aidan angguk kepala dengan penyataan Rizky.Rizky angkat bahu dia mencebikkan bibir.
"Aku dah suruh kau bunuh je dia tu tapi kau taknak.."ujar Rizky lagi.
"Uwais nak aku untuk ganti tempat dia bukannya bunuh Salim,kematian Uwais dengan aku langsung tiada mengena Uwais mati sebab itu takdir dia.."balas Aidan mendatar.
Kematian Uwais berlaku depan mata dia sendiri,Salim bakal musuh dia yang bunuh Uwais depan mata dia sendiri tapi pada ketika itu dia tidak menguasai ilmu pertahanan diri dan yang dia ada hanya wang untuk sumbat Salim ke dalam sarang tikus.
Dan kini Salim telah pun mencari keberadaan dia tapi sayang tiada siapa yang kenal Tengku Aidan walhal nama atau paras rupa kerana dia dalam penyamaran ketika itu.
"Geng dia yang lain menanti waktu untuk keluar,selepas lima tahun dalam penjara aku rasa tak mudah untuk dia lupakan kau"
Aidan diam mendengar kata Rizky,semua tidak puas kerana Aidan sumbat musuh Uwais dalam penjara.Hanya sebabkan itu,musuh Uwais mula berubah target.
"Dia sentuh,dia mati"kata Aidan bersahaja.Badan disandar habis ke kerusi.Mata dipejam memikirkan ayah dan ibu dia yang akan bising soal ini jika mereka dapat tahu.
"Bapak kau tahu?"Aidan menyoal Rizky yang baru saja mahu bangun.
"Buat apa jadi dewasa kalau benda kecil pun tak pandai handle"balas Rizky menjeling Aidan sekilas sebelum keluar dari markas kumpulan lelaki itu.
Rizky berkerja sebagai polis atas dasar ingin menolong kumpulan Night Fury.Dengan syarat dia tidak akan terlibat dalam keganasan mahu pun campur tangan.Ini amaran keras dari ibunya.
Jadi Rizky hanya bantu dalam mencari maklumat tentang semua musuh Uwais yang berada dalam penjara.
Aidan melepaskan keluhan berat,tegang dahi dia memikirkan perkara ini.Sepatutnya dunia dia sempurna ikut jejak Tengku Aiman,tapi tak sempat nak temuduga peluang dia melayang kerana tindakan bodoh seseorang yang berani hancurkan kehidupan dia.
Tidak lama Aidan bangun dari kerusi,kunci kereta dan telefonnya disambar.Dia harus berhenti fikir masalah ini dengan melakukan kerja.Iaitu sibukkan diri dengan rumah keduanya.
Menjadi anak awan sudah terbantut jadi dia ambil keputusan untuk memenuhi ilmu dalam bidang mekanik selain menjadi ketua besar Night Fury.
Beberapa orang orang bawahan Aidan menundukkan kepala melihat ketua mereka keluar dari pintu utama markas.Seorang lelaki sudah membuka pintu kereta buat Aidan.Sebagai balasan Aidan senyum senget.
Enjin kereta mula dihidupkan,memecut keluar dari lorong markas yang kini mutlak menjadi milik dia.Atau suatu hari nanti dia akan hancurkan nama besar Night Fury dengan tangan dia sendiri.Dosa memang senang dibuat tapi kalau hari-hari solat taubat,terasa diri ini tak berguna pula.
YOU ARE READING
IVY
ActionBook 4 ; PREQUEL (Alpha Is Mine) Tengku Aidan + Laura Medina Dark romaction "Kau nak kahwin dengan aku tak?"tawar Laura Medina seperti ikan di pasar. "Kalau aku taknak?"dingin Tengku Aidan bertanya. "Kau rugi sebab aku anak Luth Mateen ramai peminat...