Bang!
Disebabkan bunyi kuat yang datang dari luar rumah Luth,semua bangun bergegas keluar.Sampai saja depan pintu rumah terbeliak mata semua orang di situ.Luth bercekak pinggang kepala ke kanan dan kiri.Mengeleng.Adeh.
"Muhammad Abbas what are you doing ha?"lantang Luth laung melihat wajah anak bongsu dia.Tak buat hal sehari tak sah Abbas ni.
Abbas pamerkan riak tak bersalah kepada papa dia,tangan kanan naik mengaru kepala.Hayyan yang masih di belakang Abbas itu sudah berdebar,apa mahu jawab ni.
Tengku Aiman mengerling anak sulong dia yang berpeluk tubuh di atas motosikal.Kepala masih bersarungkan helmet.
"Kenapa?"datanglah Tihany dengan wajah kebingunan,dia terdengar suara bising.Tangan menekup mulut,alamak ini parah ni..
Medina dengan bekas ramen di tangan datang ikut mama dia.Lihat saja situasi sekarang membulat mata dia,bekas ramen terjatuh atas lantai.Membukam dua saat.
"Abbasssss!!!kereta kakak!!"meraung tak bersuara Medina melihat kereta dia rosak teruk di bahagian belakang.Ya Allah!Kejadah apa ni?!
"Apa adik buat ni?!"tengking Medina lembut ,tangan membelek kereta berjenama myvi putih milik dia.Aku kerja keras empat tahun tahu,nak beli king malaysia ni.
"Maaf akak Abbas tak sengaja"ujar Abbas menyimpul baju.Sekarang baru lah urat saraf takut datang.Singa tengok Medina lari.Abbas turun barulah Hayyan dibelakang itu turut turun.
"Mama papa!"laung Medina melihat ibubapa dia.Wajah Medina sudah nak menanggis.Siapa nak Abbas ambil lah aku nak jual!
Aidan turun dari motosikal dia lalu memecat helmet.Dia arahkan Aryan alihkan motosikal milik adiknya ke tepi.Aidan duduk bercangkung sebelah Medina.
Semua mata tertumpu pada pergerakkan Aidan itu.Tangan Aidan naik menyentuh bahagian yang sudah kemek itu.Medina lihat dengan ekor mata perlakuan Aidan.
"Bawa pergi bengkel aku"arah Aidan mendatar,usai periksa dia bangun semula.Tangan bercekak pinggang perhati manusia yang melihat dia.Ada masalah ke?
"Tulah anak dingin aku,pandang kita macam kita ni orang asing"perlahan Tengku Aiman mengata anak sendiri.Sepatutnya Abbas tu anak aku,nakal macam aku bukan Aidan yang serius bagai nak rak macam Luth ni.Geram nak cicah budu je.
Haider tepuk bahu Tengku Aiman sekejap sebelum berjalan ke arah Aidan,bahu kanan Aidan ditepuk lembut.Nak sah kan sesuatu,kalau pihak hospital tak dapat buat biar aku yang buat.
"Dari mana?"tanya Haider lagak seorang abang.
"Markas"balas Aidan sepatah.Tanpa nada dan perasaan.
"Senyum sikit boleh?"ujar Haider luaskan bibir hendak tunjuk barisan gigi.Nak ajar Aidan ni cara senyum.
"Smile when important"dingin Aidan balas suruhan pakcik Haider dia.
Haider gigit bibir bawah,tangan dikepal membentuk penumbuk manja.Dia pusingkan badan menhadap para warga emas itu.
"Sah ni bukan anak kau Eman,aku rasa Dan ni tertukar dengan Bas"kata Haider dengan deria yakin dia.Kalau aku ada anak beku dua puluh empat jam,aku dah minta dna dengan pihak hospital.
Luth mengeleng kepala dia mendengar ayat Haider.Masalahnya Abbas tu keluar lima tahun selepas Aidan.Kau nak buat fakta tu bijaklah sikit.
Tihany berjalan ke arah Medina,dia turut simpati pada kereta putih itu.Taklah teruk mana tapi bagi Medina kereta itu macam teman dia dah.
Medina tatap wajah adik dia dalam,Abbas tengok Medina sekilas kemudian dia buat muka macam tiada apa terjadi.Rasa nak lumat bagi makan buaya je anak mak tu..
Medina pandang lelaki sebelah dia pula yang bermain dengan telefon.Serius wajah Aidan mengetip skrin telefon.Abbas ikut Aryan ke arah bapa mereka.
"Papa..Abbas tak sengaja"dia memuncungkan mulut berkata ketidak sengajaan dia melanggar kereta kesayang kakak dia.Aryan yang suruh dia bawa motosikal berkuasa tinggi itu.Jadi dia ikut saja,sampai depan rumah tak sempat nak brek.
"Takpa,nanti minta maaf dengan kakak"Luth mengosok kepala anak teruna dia.Sepatutnya anak perempuan yang manja tapi lain dengan Abbas ni.
"Meh masuk dulu anak ayah"mesra lauangan Tengku Aiman kepada Aidan.
Aidan dongak kepala,hanya tapak tangan diangkat kepada ayah dia.Tengku Aiman mendecit.Sumpah aku masukkan balik dalam perut ibu kau..
"Kau Aryan jangan ikut perangai abang kau,ayah ni dah sedia gila fikir apa ibu makan masa mengandungkan Aidan tu"kata Tengku Aiman merangkul bahu anak bongsu dia masuk ke dalam rumah Luth semula.
"Elok ayah buang je abang tu masa otak dah sedia biul"cadang Aryan menepuk punggung ayah dia.
"Kannn..tapi tak boleh abang tu anak emas ibu entah ibu dulu buang ayah"kata Tengku Aiman bibir dicebir ke depan.Mawar tu makin lama,makin garang sejak nak berusia ni.
"Hurm..elok juga"tanpa bersalah Aryan menjawab.Ayah dia pun tak sedia betul,otak asyik mereng pagi-pagi kejutkan anak bangun solat subuh.Macam ajak berperang je.
"Hurm,yelah nak"pasrah si ayah.
Apa nak dikatakan lagi?
Medina menurun ilmu dari mama dia,belajar dalam bidang yang sama dengan Tihany ambil dulu.Dan tamat saja pengajian terus Luth serap dia berkerja di syarikat papa dia sendiri.
Selama dia belajar,ada seorang lelaki yang berjaya menawan hatinya.Medina tertambat akan personaliti lelaki itu kerana memenuhi cita rasa dia.Seorang yang lemah lembut dan soft spoken.Tapi sekarang?
Tubir mata diseka lembut,dia duduk bersandar di dinding.Rubiena dapat tangkap teman lelaki dia keluar dengan wanita lain,Medina sudah cuba hubungi dan mesej tapi langsung tak dibalas.
"Dahlah ramen tak makan habis,kereta kena langgar lepastu dapat mesej ma..?"keluh Medina mengenangkan nasib dia yang tak berapa baik hari ni.Lengan ditekup pada mata dia,dada dia mula bergetar.
"Kau okay?"sapa suara garau itu.
Medina turunkan tangan dia dari menutup mata.Dia dongak melihat Aidan yang berdiri sambil bersandar pada dinding.Lelaki itu pandang hadapan dengan kedua tangan dalam poket seluar jeans hitam.
Medina tidak menjawab malah kembali pandang telefon dia.Aidan sempat mengintai cahaya dari telefon itu,mata helang dia nampak apa isi pesanan itu.
"Aku tahu kau penat tapi dalam masa yang sama kau kena act normal sebab masih ada orang yang memerlukan kau"kata Aidan jelas supaya Medina dengar.
"Termasuk aku.."ayat itu hanya Aidan sendiri yang dengar.Masakah dia berani nak suruh Medina dengar,wanita itu sudah berubah seratus enam puluh darjah.
Aidan tahu Medina jalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yang cukup dia kenali,dan sejak itu hubungan antara mereka berdua renggang tidak seperti dulu lagi yang selalu mesra.
Ayah kepada Medina selalu bercerita soal anak perempuan dia kepada Aidan.Medina dari luar terlihat kuat tapi dalam diri itu tiada siapa yang tahu.Ada kala malam Medina akan menanggis kerana penat dengan kehidupan.
"Kami masih baru,saya berharap hubungan kami bertahan tapi kenapa dia buat saya macam ni?apa kurang nya saya?"teresak Medina mengadu kepada Aidan.Entah kenapa diri dia rasa murah nak luah kepada lelaki itu.Hati dia sudah koyak separuh menerima berita dari Rubiena.
"Tu maknanya hati kau masih lemah untuk menerima cinta,When you love excessively, be ready to lose."kata Aidan melihat tubuh Medina yang bergetar hebat itu.
"Jangan curahkan air mata kau demi lelaki yang tidak tahu erti hargai,tapi menanggis lah kepada lelaki yang sudi hidup dan mati bersama kau"tenang suara itu berkata.
"Dia tak baik ke?"tanya Medina mencebik..Telefon digenggam kuat.
"Dalam dunia ni kita hidup ada takdir dan pilihan,dimana kau hidup berjalan atas takdir dan kau diberi untuk buat pilihan.."kata Aidan lagi.
"Jadi itu pilihan dia dan takdir kau"Aidan tunduk kepala melihat wanita itu sebelum berlalu pergi.
Biarlah wanita itu dalam dunia sendiri.Pilihan ada dalam tangan masing masing.
🦋
YOU ARE READING
IVY
ActionBook 4 ; PREQUEL (Alpha Is Mine) Tengku Aidan + Laura Medina Dark romaction "Kau nak kahwin dengan aku tak?"tawar Laura Medina seperti ikan di pasar. "Kalau aku taknak?"dingin Tengku Aidan bertanya. "Kau rugi sebab aku anak Luth Mateen ramai peminat...