21

353 26 1
                                    

    Hotel Sri Kenanga hotel termewah di tengah bandar,hotel itu menjadi pilihan Medina untuk majlis ulang tahun syarikat yang telah diambil oleh dia sejak berumur 23 tahun.Sudah tiga tahun dia menceburi bidang seperti mamanya.

Masing-masing segak dan cantik peragakan pakaian yang sopan.Medina cantik berpakaian abaya warna merah dan tudung shawl dililit kemas dan menutupi bahagian dada.Dia wanita yang kurang gemar dengan kasut tumit tinggi seperti tiang rumah.Jadi dia pilih kasut tanpa tumit.Biarlah pendek pun asal dia selesa.

Majlis dimulai pukul sembilan tadi,selepas solat isyak.Tetamu sudah mula hadir.Luth dan Abbas menjadi penyambut tetamu mereka,ada yang kenal ada yang tidak kenal siapa Luth.Yelah masa muda lebih kepada pergi berperang.

"Jemput duduk yaa"pelawa Medina mesra kepada tetamu dia.Selesai menyantuni tetamu dia pandang ke arah gerbang utama.Kacak papa dan Abbas pakai tuxedo sama warna.Merah gelap ditempah khas.Tema pilihan Tihany.

Senyuman dia perlahan memudar,kening beralun melihat empat orang jejaka berjalan gah masuk ke dalam dewan.Kemas dan segak Aidan dan Hans berjalan di antara Hayyan dan Aryan.Adik beradik itu berjalan melepasi pintu gerbang.Luth dan Abbas tidak berkelip melihat itu.Apatah lagi orang lain.

Bisikan pujian mula dilontar kepada empat lelaki itu.Aidan dan Hans berjalan tanpa riak lain pula Aryan dan Hayyan yang senyum menunduk kepala beri sapaan kepada yang melihat mereka.

Medina senyum senget,nampak comel sangat adik beradik itu.Malam ini kurang seorang ahli daripada empat jejaka itu.Rizky selalu tiada.Medina ke arah mama dia yang sedang bercakap dengan Mawar dan Laila.

"Kenapa kak?"soal Tihany melihat anak dara yang memeluk lengan Laila.

"Takde lah ma,tu anak-anak Maksu dan aunty Mawar dah sampai"Medina tunding jari kebelakang.Tiga wanita itu berpaling ke ke arah tersebut.

Abbas sudah termasuk dalam kumpulan jejaka hangat.Elok semua ambil tempat di meja bulat lagak orang luar di situ.

"Alah anak aku"ujar Mawar melihat Aidan berpeluk tubuh pandang atas meja.Apa datang sini semata-mata nak usha meja ke ha?

"Anak aku tu nak ikut jejak abang dia lah tu"kata Laila pula mengenai Hayyan yang berikan dia kenyitan mata.Nasih keturunan kacak macam Haider,tinggi tak macam dia.

Sementara di meja para jejaka itu,diam macam duduk dalam masjid dengar ceramah.Berpeluk tubuh pandang satu sama lain,kau tengok aku,aku tengok kau.Tiada rasa nak isi perut langsung.

Datang lah Haider dan Tengku Aiman ke arah anak kandung mereka.

"Kalau rasa datang nak tunjuk muka baik balik,aku dengan pakcik Aiman ni dah cukup kacak nak sajikan kepada tetamu"herdik Haider geram tengok satu persatu wajah anak teruna.Dia tengok Aidan yang tidak berkutik itu,tengok muka aku pun taknak.

"Apa pakcik Haider ni,kami tunggu orang hantar makanan lah"ujar Aryan dengan wajah cemberut.

"Eh anak,ni majlis layan diri,kau nak makan bangun.Kaki jalan ambil pinggan pastu pilih nak makan apa..faham?"sabar Haider membalas ayat anak bongsu Tengku Aiman.Elok lah sekor diam nak mampus sekor lagi bising macam anjing husky.

"Papa pun...Aryan ni spesis mana faham bahasa,kalau papa cakap a dia kata z pa"celah Hayyan melihat wajah menahan geram papa dia.

"Kalau dah tahu Aryan ni spesis herbivor macam lembu,kambing,belalang tu takde akal jangan lah berkawan,membazir duit papa hantar kau sekolah"kutuk Haider sesenang itu saja,dahlah bapak budak ada sebelah dia saja.Apa nak heran Tengku Aiman marah aku taknak karoeke atas pentas nanti.

Pak!

"Eh anak aku sekurangnya dapat straight A tahu spm!"marah Tengku Aiman kepada Haider sesedap mulut nak kata anak dia tiada akal.

IVYWhere stories live. Discover now