"Kau ni rendahkan sikit badan tu dah tinggi macam galah aku tengok,ni baru aku,kalau zirafah tengok mesti mengamuk dia"kata Abbas menyuruh Rizky disebelahnya rendahkan badan.
"Lah pehal zirafah nak mengamuk pula?"penat lah dia layan kenyataan yang tak masuk akal si Abbas ni.Betul ke bakal peguam budak ni?naya lah dalam mahkamah nanti.
"Yelah sebab kau tinggi dari dia"
Rizky diam mendengar kenyataan Abbas.Masalahnya zirafah tu tinggi dari aku bukan aku terlebih tinggi.
"Diamlah bodoh,cakap pakai lutut.Kwang soo tenang je hidup kau nak sibuk kenapa?"celah suara garau dari belakang.Abbas diam sudah tahu gerangan manusia yang menyampuk.
Rizky henjut bahu.
"Otak aku jatuh bila aku nak kutip balik hilang"kata Rizky sebelum larikan diri dari perang mulut yang akan terjadi sekejap lagi.
Abbas dan Aryan ni tak boleh duduk berduaan lama-lama nanti akan jadi perang dunia setengah.Lebih baik dia berambus cepat-cepat.
"Kau pendek diam"kutuk Abbas tunjal bahu Aryan.
Tercegang Aryan.Pendek?
"Eh Samad aku ni kurang seinci je dari kau tahu!jangan nak acah tinggi sangat"balas Aryan geram.Rasa nak picit-picit je mulut tu kasi lumat.
"Eleh kau dengki?"masih tidak mahu mengalah.
"Kau ja-..."
"Eh budak-budak cepatlah dah lambat ni"celah suara Hans dari arah bertentangan.Abbas dan Aryan pandang wajah abang kacak mereka.
"Belum habis ea"Aryan ingatkan pergaduhan mereka sebelum berlalu pergi,sempat dia kenyit mata mendengar decitan dari Abbas.
Vroommmmmm!!
Tiga biji motorsikal memecut laju atas jalan,mengejar sebuah kereta hummer yang dipandu oleh musuh sejati mereka.Aidan memulas habis kelajuan,semasa mereka sedang bersantai Hans perasan ada seseorang intai mereka jadi di sini lah mereka malam ni.Terbang seperti batman.
Vroommmmm!!
Hans mengendong Hayyan dibelakang turut menhabiskan meter kelajuan.Hayyan memeluk pinggang abang dia,gerun dengan kelajuan sekarang ini.Aku redha ya Allah.
Manakala Aryan dan Rizky di belakang sudah ketinggalan jauh dari empat orang itu.Benda boleh santai buat apa nak gaduh?Rizky sedap makan ais krim magnum yang sempat mereka beli di 7-eleven tadi.Tu yang ketinggalan ni.
"Lambat lagi ke diorang nak boleh tangkap?aku penat lah malam-malam macam ni main kejar"omel Aryan santai bawa motor pada pukul tiga pagi.Siku kiri menongkat atas peha Rizky yang layak jadi meja je.
"Book hotel lah,aku pun mengantuk gila nak mampus dah ni"cadang Rizky,air krim pun dah cair,separuh hilang entah ke mana.
"Hotel apa tengah highway ni,hutan ada lah kau nak?"
"Kalau kau berani aku on je"acuh tak acuh Rizky menjawab,batang ais krim diletak dalam kepala hoodie Aryan.
Aryan berhenti dari berkata,telefon dalam poket seluar dia bergetar.Aryan seluk poket ambil telefon.Huyung- hayang motor cuba capai telefon.
Ba ba ba ba na na
Ba ba ba ba na na
Po..."Hello!"jerit Aryan kuat melawan angin,dia menjawab panggilan daripada Hayyan.Rizky di belakang mendekatkan telinga ingin mencuri dengar.
YOU ARE READING
IVY
ActionBook 4 ; PREQUEL (Alpha Is Mine) Tengku Aidan + Laura Medina Dark romaction "Kau nak kahwin dengan aku tak?"tawar Laura Medina seperti ikan di pasar. "Kalau aku taknak?"dingin Tengku Aidan bertanya. "Kau rugi sebab aku anak Luth Mateen ramai peminat...