Aidan menarik baju Eijaz,menjauhi lelaki itu dari terus merapati wajah Medina.Satu tumbukan diberi pada perut Eijaz.
Medina jatuh melurut atas jalan tar.Aidan pandang Medina sekilas,wanita itu sudah hamburkan tanggisan.Wajah Aidan tegang kedua belah tangan dikepal membentuk bulatan kemas.
Eijaz yang terbaring atas jalan itu didekati,Aidan cengkam baju Eijaz,tangan kanan berkerja menumbuk pipi kiri Eijaz dengan kuat dan berkali-kali.Dia tidak boleh melihat Medina menanggis lagi.
"Kau tak pernah nak serik!"keras Aidan berkata dicelah gigi.Rahangnya bergerak menandakan dia benci lelaki yang berani sentuh wanita itu.
"Tolong jangan apakan aku.."Eijaz sudah lunyai dibelasah oleh Aidan.Dia kenal lelaki itu,orang yang membaiki keretanya.
Tapi Eijaz tak tahu yang belasah dia dengan teruk adalah Aidan.
Aidan layangkan penumbuk terakhirnya sebelum Eijaz betul-betul tidak bernyawa.Lebih baik terus mati daripada hidup.Tiada guna nyawa disia-sia atas dunia ni kalau asyik nak buat jahat.
Aidan bangun dari menunduk,tangan kanan yang berdarah dilap pada baju Eijaz.Dia berpusing pandang Medina.Wanita itu berair mata turut pandang dia.Aidan mendekati Medina.
"Kau okay?"soal Aidan bercangkung hadapan Medina,wanita itu diam menunak mata ke dalam anak mata dia.
Laju Medina anggukkan kepala.
Aidan hembus nafas lega,dia keluarkan sehelai kain kecil diberi kepada Medina.
"Lap air mata kau"arah Aidan mendatar.Medina ambil terus lap air matanya dengan laju.
"Dia ada cabul kau mana-mana ke?"tanpa bertapis Aidan bertanya.Dia tanya begitu supaya Medina jawab soalan yang apa dia maksudkan dengan jujur.
"Tak.."bergetar suara itu menjawab.Aidan berdiri dia juga berdiri.
"Masuk biar aku drive"arah Aidan tegas,Medina tanpa bantahan laju ke kerusi sebelah.Dia pandang Eijaz sekejap,lelaki itu sudah tidak sedarkan diri.
Medina masuk saja terus dipakai seatbelt,dia toleh sebelah kanan Aidan sedang bercakap dalam telefon.Lama dia perhatikan wajah Aidan.Entah dari mana lelaki itu datang.Dari segi pakaian bukan dari tempat kerja.Kemas.
Aidan masuk saja terus Medina pandang ke depan.Dia dapat rasakan aura Aidan lain dari sebelum ni,raut wajah Aidan sungguh tegang seperti getah apabila ditarik.
Aidan betulkan tempat duduk dia,perempuan memang suka duduk rapat dengan stereng ea?Dada dia ni dua inci nak kena benda bulat tu.Bantal bawah punggung dilempar ke belakang.Ketinggiannya tidak memerlukan alas bontot.Setakat kereta myvi ni cabut kerusi pun sampai lagi.
Medina pandang dengan ekor mata,dia kemam bibir melihat Aidan betulkan kerusi.Kita ni pendek jadi macam tu lah.Kalau boleh nak duduk depan lagi.
"Awak dari mana?"soal Medina takut-takut.
"Rumah"
Tercengang Medina mendengar balasan lelaki itu,dari rumah?habistu buat apa dekat tempat kerja dia?banyak persoalan yang bermain dalam benak kepala tapi dia batalkan saja niat untuk bertanya.
"Lain kali jangan berlembut sangat,kau kena belajar seni pertahanan diri"ujar Aidan melihat cermin belakang sekilas.Nak diceritanya,papa kepada Medina telefon dia sama ada Medina ada singgah atau tidak bengkel dia,yelah bengkel dengan tempat kerja Medina dalam setengah jam saja.
Disebabkan Luth kata Medina belum pulang,terus dia gelabah keluar dari rumah.Dan dia sampai tepat pada waktu mujur wanita itu tidak apa-apa.
"Papa saya cakap wanita tak boleh kasar"jawab Medina dalam nada perlahan.Dia juga ada rasa nak belajar tapi papa dia kata jangan!so jangan lah!
YOU ARE READING
IVY
ActionBook 4 ; PREQUEL (Alpha Is Mine) Tengku Aidan + Laura Medina Dark romaction "Kau nak kahwin dengan aku tak?"tawar Laura Medina seperti ikan di pasar. "Kalau aku taknak?"dingin Tengku Aidan bertanya. "Kau rugi sebab aku anak Luth Mateen ramai peminat...