Mundar-mandir Tihany memikirkan keadaan Medina sekarang ini.Tidak dapat menahan diri dari terus risau.Hampir saja jantung dia mahu luruh mendapatkan berita tersebut.
Rizky telah sampaikan kepada mereka melalui Reza.Semua berkumpul di rumah Luth,Aidan juga hilang jejak sejak tadi.Ditelefon langsung tidak diangkat.
Aryan memeluk bahu Mawar bagi kurangan kerisauan hati ibu mereka.Dia langsung tidak risaukan abang dia kerana lelaki itu pandai jaga diri walhal kena kejar dengan harimau pun dia tak kisah.
"Medina bang..mana dia?"Tihany mengogoi didada suaminya.Dipukul lembut dada itu,seangkat dengan hati tidak tenang.Apa yang Medina hadapi sekarang ni?
"Sabar sayang.."Luth gosok belakang badan itu.Sekarang Hans dan Rizky pergi mencari Aidan dan Medina.Mak bapak dua ketul tu pun susah nak lepas tapi terpaksa sebab mereka sudah lama hidup berkeluarga.
"Uh.."pening di kepala masih tersisa,mata perlahan terbuka.Mata meliar sekelinling,kepala dia ditutup dengan guni yang berwarna coklat.Cahaya dari luar terpancar melalui luar guni.
Medina cuba gerakkan tangan mahu membuang guni dari kepala tetapi tidak boleh.Dia yakin tangan dia sudah diikat.Main apa lah waktu macam ni..
"Dah bangun puteri?"
Telinga disapa dengan teguran itu,mata mencelik luas.Suara yang dia tak pernah kenal,tapi dia tahu pasti pemilik suara itu kenal dia.Masakah kena culik lepastu kena simpan.
Guni ditarik baru Medina perasan dia sudah tidak bertudung.Rambut serabai akibat tarikan guni tersebut.Dia menunduk kepala jikalau itu dapat menutup aurat dia dari terlihat.
"The woman from the heaven such like cotton candy"sinis Firash menutur kata kepada Medina.Tangan memegang dagu Medina untuk dongak melihat dia.Wajah cantik buat apa disembunyikan.
"Apa kau nak?"garang Medina soal di celah gigi.Dia cuba melawan tarikan pada dagu tapi lelaki itu lebih kuat.
Ampunkan dosa aku ya Allah.
Firash berdecit dia lepaskan dagu Medina dengan kasar.Firash berjalan mengelilingi badan Medina.Sampai di belakang,dia daratkan dagu atas bahu Medina.
Medina sedikit terkejut dengan tindakan itu.Jantung dia laju berdegup kencang.Terasa rambut dia dibelai lembut oleh tangan itu.
"Aku tahu kau wanita yang paling Aidan sayang,tapi kau bodoh tidak perasan selama niii..jadi aku akan gunakan kau untuk pancing guardian angel kau datang.."
"Uh.."sisi kepala Medina dipegang oleh tangan Firash.Tangan itu menolak kepala dia dari bergerak.Medina sudah pamerkan riak ingin menanggis dengan perbuataan tidak senonoh Firash.Pipi Medina menjadi tempat lidah lelaki itu menjilat..
Medina pejam mata erat,jijik!
Dia tak boleh lakukan apa-apa atau melawan.Dia wanita tidak pandai seni bela diri.Dalam diri sudah kutuk,baik dia ikut saja kata Aidan untuk pelajari seni liang..
"Jangannn..."Medina gerakkan kepala dia.Bibir itu mahu mencium bibir dia.Ini paling dia tak rela dalam hidup.Tubir mata dia mula memanas.
Semakin hampir bibir itu ingin ditakluki telefon Firash menganggu kerja dia.Firash mendengus geram,dia cium pipi Medina sekejap sebelum angkat telefon.Dia duduk bercangkung sebelah Medina.
"Apa bodoh?"
"Habistuuu!kau tak reti nak settle sendiri ke?!setakat geng babi jahanam macam tu sekali petik jelah bodoh!"tengking Firash kuat buatkan Medina terkejut.Firash jeling Medina disebelah,wanita itu mengalirkan air mata.
"ARHHH SIAL !!"Firash lempar telefon atas lantai.Suhu badan dia mendidih naik mendapat berita dari anak buah dia bahawa musuh dia sudah dapat lancak lokasi kubu dia.
YOU ARE READING
IVY
ActionBook 4 ; PREQUEL (Alpha Is Mine) Tengku Aidan + Laura Medina Dark romaction "Kau nak kahwin dengan aku tak?"tawar Laura Medina seperti ikan di pasar. "Kalau aku taknak?"dingin Tengku Aidan bertanya. "Kau rugi sebab aku anak Luth Mateen ramai peminat...