Semenjak kejadian Eijaz datang menyerang, Medina sudah tidak berani balik lewat lagi.Kerja setinggi gunung apa pun dia akan bawa pulang ke rumah demi keselamatan dia.Dan sejak peristiwa itu dia sudah jarang bertemu dengan Aidan.
Kadang-kadang mak ayah jejaka-jejaka itu ada juga datang ke sini dengan anak-anak mereka tapi jarang nak nampak batang hidung Tengku Aidan ke sini.Selalu nampak adik kepada lelaki itu saja,Aryan..
Medina betulkan urat leher yang tersimpul.Sudah dua jam hadap meja petak segi empat ini dan sehelai kertas yang penuh dengan aksara.Naik juling bola mata,lama-lama tengok nak muntah hijau pun ada.
Pen hitam diselit celah telinga,kebiasaannya apabila sedang berfikir.Papan kekunci laptop ditekan satu persatu.Berharap jari turut beri kerjasama untuk hasilkan ayat yang gempak.
"Salam sejahtera,terima kasih kerana sudah.."
Dia sedang menulis ucapan bagi sambutan majlis kelahiran syarikat LM.Jadi dia perlu perah otak untuk menyusun ayat.Zaman belajar bahasa melayu pun dapat A-.Datang lewat sangat habis tambah kena kebas.
"Kehadapan yang sa...arhhh!"terkejut Medina dek bunyi lagu kumpulan twice dari telefonnya.Medina mengurut dada.Kus semangat.
"Rubiena?"nama pemanggil dibaca berkerut dahinya.
"Hm.."telefon dikepit antara telinga dan bahu,terteleng kepalanya.Kesepuluh jari kembali sibuk memetik papan huruf itu.
"Kau sibuk ke?"
"Nak apa?"soalan dibalas soalan.Masam wajah itu melihat skrin komputer.
"Aku nak ajak kau pergi makan petang nanti,healing mak senah gitu"
"Buzy ni kau datang rumah aku jela,mama aku ada buatkan nasi ayam.Mari makan sini je tak payah nak healing sangat.Hidup single nak koyak apa nya"satu lembar kertas dia membebel terhadap Rubiena.
"Kau ni kenapa bendera salam taiwan ke?"
"Ha apa?aku cakap apa?"
Rubiena dalam telefon mendengus geram,sah Medina sedang fokus kerja.
Medina pegang telefon dia semula,lima jari kiri mengaru kepala tidak gatal.Aku cakap apa tadi?Dia pun tak sedar apa dia cakap tadi.
"Aku iyekan jelahhh,bye"
"Eh..ke"
Medina lihat telefon dia sudah gelap,Rubiena sudah matikan talian.Telefon diletak atas meja,rambut yang sedia serabai itu diserabaikan lagi.Kepala menjunam ke belakang.Kedua tangan direngang ke atas.
Kepala digerakkan ke kiri melihat pemandangan luar dari arah balkoni bilik.Beralun langsir ditiup oleh angin luar.Sejuk badan disapa angin,kipas langsung tidak dipasang.Jimat elektrik rumah.
Kaki yang melipat atas kerusi itu diturun jejak lantai.Kerusi beroda diseret dengan kaki ke arah balkoni.Tangan menyelak langsir mengintai suasana di halaman rumah.
Dari atas nampak Abbas sedang menyiram pokok bunga mama mereka.Tak sah kalau bukan dipaksa Abbas tu.Papanya pula membaca surat khabar,baru lepas pencen dari menjadi aset negara beberapa bulan lepas.
Disebabkan kisah papa dia tidak dapat sambut kelahiran dia,maka dia tidak mahu bersuamikan aset negara.Dia takut dia tak kuat nak hadapi kesedihan yang dialami oleh mama dia.Jujur dia seorang yang cengeng.
Medina mengerutkan kening apabila sebuah motosikal masuk ke dalam halaman rumah ni.Susah nak cam motosikal milik siapa sebab keempat jejaka yang dikenali oleh dia itu mempunyai warna yang sama.Hidup brotherhood katanya.
Tapi ditunggang oleh dua orang,Medina tunggu saja tuan motosikal itu turun.Dia sembunyi disebalik langsir tidak mahu menampakkan rambut dia.
"Hans dan Hay rupanya"bicara Medina sendiri,apa dua beradik itu buat dekat sini?jika sudah tertanya-tanya ni..Medina lihat cara pemakaiannya.Seluar paras lutut dan baju lengan pendek.
YOU ARE READING
IVY
ActionBook 4 ; PREQUEL (Alpha Is Mine) Tengku Aidan + Laura Medina Dark romaction "Kau nak kahwin dengan aku tak?"tawar Laura Medina seperti ikan di pasar. "Kalau aku taknak?"dingin Tengku Aidan bertanya. "Kau rugi sebab aku anak Luth Mateen ramai peminat...