31

296 24 0
                                    

Jalan raya macam tak layak panggil jalan je.Sunyi hanya dua tiga buah kenderaan saja lalu.Grab?taksi?bas pun tak nampak.Kemana semua orang pergi?

Hm mestilah semua orang berlumba hendak pulang ke rumah,nak rehatkan badan setelah seharian berkerja.

Keluhan berat,keluhan ringan,keluhan pendek semua dia dah guna.Sekarang dia berada di stesen hentian bas menunggu empat tayar bas bergolek datang depan dia.

Kalau nak balik ke rumah makan masa sejam dia jalan kaki tapi kalau nak tunggu bas mahu sampai subuh esok dia di sini.Jadi?Medina bangun,nak atau tidak dia kena teruskan hidup.Cewah macam askar pula.

Medina bangun dari buang masa tunggu bas baik dia berjalan kaki untuk pulang.Magrib pun sudah nak tiba,nanti berhentilah solat mana-mana masjid.

"Adeh,macam kena buang keluarga je aku ni"omelnya.Tak lama dia berkata begitu terus bunyi guruh,tersentak dia.Langit bertambah gelap apabila hujan panggil.Alamak!

Medina paling belakang,sudah jauh dia dari tempat tunggu bas tadi.Hujan mula turun dengan rintik-rintik.Itu buatkan dia terasa senang,nasib tidak lebat.Medina teruskan berjalan,air hujan terkena badan seakan membuang satu luka dalam diri dia.

Tapak tangan dibuka merasai rintikan air hujan yang jatuh.Dia senyum hambar,dalam hidup dia pertama kali benda ini terjadi.Diherdik,dirompak dan ditinggal seorang diri.Semua berlaku dalam satu masa.

"Uh.."pelik rasakan hujan tidak kena kepala dan badan dia.Dia mendongak apabila ada sesuatu atas kepala.Payung.Ada seperti bayangan seseorang sebelah, terus dia menoleh.

"Aidan?.."katanya perlahan,Aidan senyum nipis melihat dia.Apa dia buat kat sini?

"Just take a walk with me"ujar Aidan lembut bila rasakan Medina ingin berhenti.Dia di sini kerana papa wanita itu buat kali kedua.Mujur dia masih berada di tempat kerja.

Medina separa senyum,dia pandang depan.Payung Aidan pegang untuk mereka berdua.

"Kenapa awak dekat sini?"

"Papa kau telefon,dia risau"

"Kenapa mesti awak yang datang?"soal Medina lagi,dia berasa pelik setiap kali dalam bahaya atau sendiri mesti papa dia suruh Aidan.

Aidan tidak membalas.

'I'm your gurdian angel'

"Mana kereta kau?"

Sebaris pertanyaa itu sudah buat dia kaku.Dalam banyak-banyak soalan kenapa harus soalan itu?Maaf dia tiada jawapan.

"Aku tanya.."ulang Aidan sekali lagi,pelik kenapa Medina berjalan kaki dan langsung tidak balik ke rumah.Ada masalah kah wanita ini?

"Sebenarnya saya kena rompak.."perlahan Medina menjawab...Alangkah sedap kalau hujan lebat kan?

"Hah?!"Aidan terkejut besar tapi riak cuba dikawal,kena rompak.Payung yang dipegang terus dilepas dari tangan.Dia sambar bahu Medina supaya mengadap dia..

Terkebil-kebil Medina,weh apa ni?

"Kau ada cedera dekat mana-mana tak?"cemas Aidan membelek tubuh badan Medina.Meliar bebola mata mencari kesan luka atau sebaliknya.

"Erk..saya okay jelah..jangan risau."kekok Medina dalam keadaan begini.Tak pernah Aidan bersikap cemas begini,selalu beku je..

"Macam mana aku tak risau kau tu perempuan,ni apa kau nak jawab dengan papa kau?"bebel Aidan dengan nada perlahan.Mahu luruh jantung dia.Haih siapa berani rompak Medina ni?!

"Aidan."panggil Medina sedarkan Aidan dari perasaan risau itu.Atau lebih kepada supaya lepaskan bahu dia.Tahan malu haritu tak habis lagi,takkan nak suruh dia simpan malu ni dalam guni lagi.

IVYWhere stories live. Discover now