Gelanggang basketball bising dengan suara-suara pekikkan dari tukang sokong.Setakat empat orang pemain dan seorang penyokong apalah sangat.
"Prikkkk prikkkkkk"Abbas meletakkan jari telunjuk dan ibu jari ke dalam mulut dijadikan sebagai wisel.Itu lah pengadil selaku penyokong.
Medina jeling adik dia disebelah,manual betul wisel kau.Duit banyak nak buat pelaburan ke?sayang nak beli wisel satu.
Dia di sini atas paksaan Abbas yang suruh membawa dia kesini selepas habis saja kuliah.Dengan emosi tak stabil dia ikutkan juga,dah lah orang cuti hari ni nak betulkan kestabilan diri yang tak berapa nak stabil.
Mata beralih menonton perlawanan persahabatan.Pemain memakai pakaian seluar pendek bawah lutut dan jersi tanpa lengan.Lagak seperti pemain internasional dah kalau ditengok.
"Wuhhhhh...sini Dan!"saung Hans yang menanti bola dari Aidan.Dia berada di tiang gol sekarang ini.Aidan lihat Hans sekilas,dia melantuntkan bola atas lantai ke kiri dan kanan.Dihadapannya ada Hayyan yang ingin merebut bola.
Hayyan terkinjal kinjal menanti serangan yang akan dibuat oleh Aidan.Lambat betul penat dah mata nak ikut bola ni.
Aidan bawa bola ke hadapan muka Hayyan kemudian tanpa lepas dia menarik semula.Dia pusingkan badan lalu melompat melontarkan bola ke arah Hans yang dari tadi tunggu.Maaflah..
Hayyan terkesima sekejap,dia telah diperdaya oleh Aidan sebentar tadi.Kepala mendongak kagum dengan lompatan Aidan yang tinggi itu.Jelas otot lengan tertarik apabila Aidan melontar bola itu.
Hans sambut,dengan senang dia masukkan bola ke dalam jaring itu.Aryan terngaga mulut,sikit lagi air liur akan meneleh kalau tak disedut.Dalam diam dia bangga ada abang yang otak macam udang.Sempit tapi bijak.
"Prikkkk prikkkk..take five take fiveee"maklum pengandil tanpa gaji kepada pemain dunia.Aidan,Hayyan,Aryan dan Hans berjalan mendapatkan air dalam plastik sebelah Abbas.
Sampai saja di kerusi Aidan baringkan badan atas lantai.Yang lain duduk atas kerusi mengisi tenaga dengan air 100plus perisa shrek.
Hans lempar sebotol air mineral kepada Aidan.Tangan itu sambut dengan baik sekali.Penutup boto dibuka,dalam keadaan baring Aidan curah air ke dalam mulut dia.
Beginilah aktiviti diorang di hari minggu,basketball menjadi pilihan mereka sebagai sukan orang mampu milik.Biasa orang kaya main golf kan?boleh jalan lah golf tu,Aryan bawa bukan kayu golf tapi kayu hoki.Kau rasa?
Medina lihat itu jeling menyampah,tiada tomakninah langsung minum berbaring.Tersedak baru tahu,susahkan orang nanti nak bagi cpr bagai.
"Nak main?"pelawa Aryan melihat Abbas segak dalam pakaian baju kemeja,tali tie dan seluar slack.Bakal masa depan Night Fury ni.
"Kau rasa?nak suruh seluar aku koyak ke?"sinis Abbas berkata.Kalau ada orang nak belikan baru untuk dia,tiada masalah.Aku ambik gunting potong hingga paras peha takpa.Biar seksi sikit dari korang yang bawah lutut tu.
"Koyak baru jekpot Bas"celah Hayyan menutup botol air itu.Perut penuh dengan air dah,kalau masukkan ikan suruh berenang ni kenyang setahun dia.
Medina pasang telinga saja mendengar perbualan lima jejaka itu.Tak cukup sorang saja,Rizky anak pakcik Reza.Jarang nak nampak batang hidung mamat tu.
"Abbas akak nak keluar kejap"
Abbas annguk kepala menepuk bahu kakak dia sekejap.Maksud berhati hati,dia sambung bercakap dengan Hayyan dan Aryan.Hans dan Aidan membuka telefon.Jiwa lelaki lain dengan jiwa remaja seusia tiga orang itu.Dalam benak kepala bukan setakat kerja jadi masalah diorang,ada banyak benda nak difikirkan.Dunia dan dunia.
YOU ARE READING
IVY
ActionBook 4 ; PREQUEL (Alpha Is Mine) Tengku Aidan + Laura Medina Dark romaction "Kau nak kahwin dengan aku tak?"tawar Laura Medina seperti ikan di pasar. "Kalau aku taknak?"dingin Tengku Aidan bertanya. "Kau rugi sebab aku anak Luth Mateen ramai peminat...