اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Lima tahun sebelum..
SENYAP sunyi ruang meja makan itu selepas Ma'wa mengutarakan hasrat hatinya. Sudah lama dia menyimpan angan-angan itu. Waktu yang paling sesuai adalah harini memandangkan ibu bapanya bercadang mahu melangsungkan majlis makan malam untuk mereka semua atas kejayaan Ma'wa memperoleh straight A dalam SPM.
"Mind to repeat, Raudhah Ma'wa?" Rendah dan dingin suara Tan Sri Ruzain menyoal. Matanya masih tertancap ke arah wagyu yang dihidangkan buat ahli keluarganya. Perlahan saja gerakan tangannya memotong daging wagyu itu.
"I want to be a model, like mommy used to be." Serentak dengan itu, berdeting bunyi pisau dan garfu kutleri menghentam pinggan kaca Tan Sri Ruzain.
Mata hitam legapnya bersabung dengan anak mata Ma'wa yang tidak gentar berbalas tatapan dengannya itu.
"No means no. Daddy nak you jadi doktor." Ma'wa berdecit sebal. Doktor? Too cliche.
"Doktor? Ma'wa tak berminat nak hadap muka orang sakit hari-hari. It makes me sick!" Suaranya naik seoktaf merenung wajah bersahaja si bapa. Ma'wa tahu amarah bapanya kian memuncak kerana dia sudah meninggikan suara.
Tan Sri Ruzain menahan rasa yang membara dalam hatinya kerana sedar mereka sedang menjamu selera bersama.
"Model? You ingat jadi model boleh buat you berjaya? Nanti you dah tua kerepot, syarikat model pun tak pandang dah you. Diorang akan buang you macam pengemis!" Tan Sri Ruzain pulang paku buah keras semula pada anak gadisnya membuatkan lidah Ma'wa kelu mahu membalas.
"Mommy, tolong I. I taknak jadi doktor. Dari kecil hidup I diatur oleh daddy. I penat, mommy." Pandangannya beralih pula pada Puan Sri Kaysa. Dari tadi wanita itu diam membisu, langsung tak masuk canpur urusan anak beranak itu.
Tan Sri Ruzain tersenyum sinis melihat adegan Ma'wa yang beria-ria menyuruh Puan Sri Kaysa memujuknya. Anaknya ingat isterinya berani? Wanita itu sudah dapat lebih lagi.
Puan Sri Kaysa tersenyum tawar sambil mengusap pipi mulus anak gadisnya. Ditenung wajah berharap Ma'wa. Dia kasihankan Ma'wa, tapi apa boleh dia buat?
Dia dengan suaminya bagai langit dan bumi. Dia langsung tiada kuasa mahu melawan suaminya. Segala arahan suaminya wajib dipatuhi tanpa sebarang bantahan.
"I'm sorry. I cannot help you. Jadi model tiada gunanya Ma'wa. It ruins your life," pujuk Puan Sri Kaysa. Matanya melirik ke arah suaminya yang selera menikmati daging wagyu itu.
"Correction, mommy's life," tambah Tan Sri Ruzain tidak mahu kalah. Puan Sri Kaysa hanya mampu menunduk lalu menyambung kembali suapan makanannya itu.
Raudhah Ma'wa berdecak sebal. "Mommy dan daddy sama je! Daddy yang kuat mengarah, mommy yang terlalu lemah! You ingat jadi perempuan kena ikut telunjuk lelaki je ke?" luahnya tidak puas hati. Makin menggelegak hatinya melihat wajah tidak berperasaan Tan Sri Ruzain.
Lelaki itu tersenyum kemenangan. "You nak jadi model, silakan."
Nafasnya yang berombak naik tadi kembali tenang selepas mendengar keizinan daripada ayahnya itu. Wajahnya bercahaya memandang muka Tan Sri Ruzain.
Daddy beri greenlight ke?
"Tapi you keluar dari rumah ni. Semua harta dan barang you pakai akan ditarik balik oleh I. You nak? Tak cukup jadi anak derhaka sekarang nak jadi pengemis pula?" Mati terus senyuman Ma'wa. Daddy tahu kelemahannya yang tidak boleh hidup susah walau sesaat. Jika barang-barang mewahnya ditarik, bagaimana dia mahu teruskan kehidupan?
"I hate you daddy! You derhaka dengan Tuhan boleh pula? You pun tak solat!" bidas Ma'wa kasar. Terdengar jelas rengusan kasar daripada dua ulas bibir Ma'wa. Kaki panjangnya menapak naik ke atas meninggalkan sisa makanan yang tidak habis.
Kuat bunyi hentakan tapak kakinya menghentam lantai tangga itu. Puan Sri Kaysa menjeling suaminya tajam.
"You tak perlu buat macam tu. Past is past. You terlalu kongkong hidup dia." Terhambur tawa Tan Sri Ruzain mendengar kata-kata isterinya.
"Kisah silam itu sepatutnya dijadikan pengajaran. Bukannya diulang semula. I don't want Ma'wa to be like you." Puan Sri Kaysa ketap bibir menahan rasa.
Hening suasana antara mereka berdua selepas Tan Sri Ruzain menuturkan kata-kata pedas itu. Janggal menerpa mereka membuatkan Puan Sri Kaysa tidak betah duduk di situ lama-lama. Akhirnya dia bangkit lalu bilik tidur anaknya menjadi tujuan.
Tan Sri Ruzain mencerlung tajam langkah si isteri yang semakin menjauh itu. Dia tahu apa yang dia buat ini terbaik untuk Raudhah Ma'wa. Sekurang-kurangnya dia tak suruh Ma'wa ambil alih syarikatnya. Itu sudah cukup baik. Itu pun tidak mahu bersyukur.
Dasar anak tak kenang budi.
•••
SETELAH seharian berfikir, akhirnya Ma'wa menemui jalannya. Dia tahu keputusan yang dia ambil ini terlalu berisiko. Namun hidup itu tetap perlu diteruskan, bukan?
Moto hidupnya 'you only live once' itu tersemat kemas dalam minda cantiknya itu. Lagipun, bosan juga hidupnya jika tiada sebarang cabaran.
"Terima kasih Mek Mah tolong Ma'wa. Ma'wa janji bila Ma'wa dah berjaya nanti, Ma'wa belanja Mek Mah makan sedap-sedap," ujar Ma'wa penuh ikhlas. Dia terhutang budi dengan wanita tua ini. Tanpa bantuan Mek Mah, mana mungkin dia boleh keluar daripada rumah agam itu.
"Mek Mah mungkin akan dibuang kerja. Tapi Mek Mah tak kisah hal kecil itu. Ma'wa lebih penting dalam hidup Mek Mah. Mek Mah akan berkorban apa-apa saja demi kebahagiaan Ma'wa." Air mata bertakung di pelupuk matanya saat mendengar aksara-aksara sayu Mek Mah.
Mek Mah yang menjaganya sejak kecil lagi. Mana mungkin dia akan lupakan wanita tua itu.
"Kalau menjadi model adalah kebahagiaan Ma'wa, pergi kejar. Jangan biar orang kawal hidup kita. Kita ada hak dalam memilih jalan kehidupan kita." Penuh lembut Mek Mah menasihatinya. Bahu Ma'wa diusap-usap lembut cuba meredakan tangisan pilu Ma'wa.
"Yang paling penting, jangan lupa Allah." Bagai direntap hatinya. Betul-betul terkena tepat pada tangkal hatinya.
Ma'wa mengangguk faham lalu badan Mek Mah ditarik masuk ke dalam dakapannya.
"Ma'wa sayang Mek Mah melebihi segala-galanya. Doakan Ma'wa," bisiknya penuh syahdu.
Mek Mah mengangguk penuh hiba. Kucupan ringkas didaratkan di dahi licin milik Raudhah Ma'wa.
"Lepasni Mek Mah boleh tengok Ma'wa kat kaca tv!" Sempat lagi Ma'wa berseloroh sebelum berpamitan pergi.
"Bye Mek Mah!" Lambaian terakhir dihayun ke udara meninggalkan rumah yang menjadi tempat berteduhnya selama 17 tahun itu.
'Semoga Raudhah Ma'wa sentiasa dilindungi Tuhan.'
—21/09/2023
Continue or stop?
Komen dan vote tanda hadir🤝🏻🤍
YOU ARE READING
Langkah Pendosa
Romance[On-Going] Hidupnya dibelenggu dengan dosa, terlalu mengejar dunia sehingga lupa akan kewujudan akhirat. Benar, Tuhan itu Maha Penyayang. Dia tidak pernah lupa akan hamba-hambaNya yang hanyut dalam lembah dosa. Buktinya, satu peristiwa hitam meni...