BAB 14

1.7K 170 31
                                    

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jangan lupa selit qunut nazilah untuk rakyat Palestin yang sedang berjuang🤍

MA'WA melangkah longlai ke arah meja makan yang menjadi tempat Aahil sekeluarga menjamu selera. Wajah Ustazah Asiyah yang tadinya risau berubah ceria saat tubuh Ma'wa menyapa pandangan matanya.

"Ma'wa okay dak?" tanya Ustazah Asiyah bernada risau. Dipimpin tubuh si gadis yang lemah itu untuk duduk di sebelahnya. Keringat peluh yang mengalir di dahi Ma'wa dikesat lembut oleh Ustazah Asiyah.

Perbuatan itu berjaya menarik perhatian dua lelaki di situ. Masing-masing bertatapan sesama sendiri melihat perilaku umi yang terlalu mengambil berat akan gadis itu.

Encik Musyrif pandang anaknya. Anaknya mengangkat bahu tanda tak tahu sebelum menyambung suapan nasinya yang tergendala itu.

"Hang okay dak?" Soalan Encik Musyrif dibalas dengan anggukan berskala ringkas.

"I nak spaghetti." Jangan tanya dia. Tanyalah bayi yang dikandungnya itu. Dia tidak selera melihat lauk yang dijamu untuknya. Memualkan.

"Apa? Pati?" Tersedak Encik Musyrif sehingga dia terbatuk kecil membuatkan Aahil cepat-cepat menghulur segelas air kosong kepadanya.

"Pati? Pati ayam ke?" Aahil geli hati melihat umi dan abi yang benar-benar tidak tahu tentang makanan berasal dari Itali itu.

"Aahil? Hang tau ka?" Umi bertanya pada Aahil. Dikerling sebentar raut muka Ma'wa yang benar-benar tidak selera dengan juadah pagi ini.

"Ala macam mi kuning tu tapi versi oversea." Setelah mendengar jawapan Aahil, barulah Ustazah Asiyah dan Encik Musyrif dapat membayangkan rupa  makanan itu.

Macam mi rupanya.

"Lah, awat tak habaq nak mi je? Hang ni pun." Dengan Encik Musyrif sekali nak tahu apa itu pati.

"Bukan pati tau, umi. Tapi spa-ghet-ti." Sebutir-butir Aahil menyebut perkataan spaghetti itu. Haihlah umi. Spaghetti dibantainya pati.

"Kedai runcit Rogayah tu ada jual ke?" Polos umi menyoal. Maklumlah dia bukan tahu pun makanan-makanan orang sekarang. Jauh benar citarasa orang dulu dengan sekarang.

"Ada kut. Sat gi Aahil usha," balas Aahil lalu melirik Ma'wa dengan senyuman sinis. Ceit! Nak makan pati konon! Kemain memilih.

Nasi ada tapi nak juga makan mi kuning versi oversea itu.

•••

SEMENTARA menunggu Aahil yang kononnya mahu membawa dia ke kedai runcit Rogayah itu, Ma'wa mengambil kesempatan itu untuk ambil angin di luar sebentar.

Rasa canggung mahu duduk bersebelahan dengan orang yang tinggi ilmu agamanya. Sedangkan dia? Rasa kecil benar seperti kuman. Tak pernah seumur hidup Ma'wa berasa insecure sampai tahap macam ni.

"Sorang je ke?" Teguran daripada seseorang mematikan lamunannya. Dia kerling wajah wanita tua itu yang turut duduk bersebelahan dengannya di atas bangku konkrik itu.

"Baru pindah sini?" Haih ramah pula orang tua ini. Ma'wa hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Bisu ke?" Okay ni dah melampau sampai sentuh hal itu. Hei dia belum bisulah!

"Alhamdulilah tak. Masih boleh bercakap, mendengar dan melihat," jawab Ma'wa dingin. Tidak lama selepas itu dia menepuk bibirnya perlahan setelah menyedari sesuatu.

Sejak bila dia reti cakap Alhamdulilah?

"Lah, kenapa ditepuk mulut tu. Kesian dia.." tegur makcik tua itu.

Langkah PendosaWhere stories live. Discover now